27.12.09

Test

Cubaan 123
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20.11.09

mythbuster - busted!

mythbuster adalah siri dokumentari untuk mencabar apa yang kita pikir betul, misalnya, betulkah kereta boleh terbakar kalau telepon bimbit berbunyi masa kita tengah isi minyak.

kadang2 eksperimennya boleh percaya, tapi kadang2 macam mereka nak perbodohkan penonton dengan buat eksperimen yang bodoh, tak simulate perkara sebenar, atau sekadar ambil jalan mudah.

tadi aku tengok macamana mereka hancurkan mitos penerbangan hasan lagari.

setelah buat 2 kali eksperimen untuk mencari roket sesuai, mereka dah kata yang tak mungkin penerbangan lagari pernah berlaku. adduuhh.... sempitnya otak!

sebelum lagari naik roket ciptaan dia, mesti dia dah buat berpuluh2 kalau tak beribu2 eksperimen untuk pastikan roketnya selamat. takkan dengan dua eksperimen, dan bila gagal, terus kata tak mungkin dan terus tolak mitos tu. come on la!

aku mula sakit hati dengan mythbuster ni bila mereka nak uji rapid de compression bila ada orang lepaskan tembakkan dalam pesawat masa kapal terbang tengah terbang.

ujikajinya sekadar memberi tekanan kepada kapal guna ground cart, lepas tu tembak. bodoh apa! beza tekanan masa tu mungkin cuma beberapa psi dan tekanan akan kembali sama dalam masa sekejap.

realitinya, bila kapal di cruising altitut, katakan 30,000 kaki; sedangkan dalam kabin tekanannya cuma 800 kaki. lihat saja pada beza angka di situ!

keduanya, ketebalan kulit kapal (aircraft skin) perlu juga diambil kira. katakan tembakkan tu kena pada model kapal yang nipis kulitnya (no manufacturer name mentioned here), pasti kesannya berbeza!

bayangkan keadaan bila satu lubang kecil saiz peluru, dan tekanan dalam kabin menyesak keluar untuk samakan keadaan tekanan altitud 800 kaki kepada 30000 kaki. mungkin saja jadi macam kapal terbang aloha!

well, y not?

mahu tak mahu, orang yang banyak duit, dan saintis roket kena ajar jamie dan adam ni sains. replikat semula penerbangan lagari, agar mereka tahu, jangan mudah ketepikan mitos dengan kebodohan sendiri.

aku yakin penerbangan lagari tu boleh buat, dengan syarat projeksi pelancaran kena betul, dan insulasi bahan bakar dan 'kabin', agar lagari tak mati hangus.

tak ada orang mahu cuba?

18.11.09

dikemaskini

maaf kerana dah lama tak kemaskini. baru sudah habis peperiksaan.

tadi masa mau log in pun dah lupa kata laluan.

ni dah jumpa kembali.

anggap ini notis hidup kembali.

28.10.09

bajet semalam utk rakyat malaysia!

berita bajet 2010 cepat betul pudar!

ada yang kata bajet tahun ini tak cukup umph! bagi aku, ianya bajet yang lucu. bagaimana tidak? kanak-kanak berumur 13 tahun dapat naik keretapi dengan separuh harga; untuk perjalanan jauh! ya Tuhan, masa zaman mahathir pun dah ada kad pelajar KTM ni, tak ada kecoh2 pun. lawak kan?

ok, sekarang kita masuk bahagian yang tak lawak. ingaatt, jangan ketawa. ini janji2 pemerintah. janji mereka tentang bagaimana mereka akan gunakan duit kita. kalau janji2 ini tak ditepati, kita harus persoal; apa jadi kat duit kami?

mari kita imbas semula, apa jadi kat bajet tahun lepas, aka bajet biliyon biliyon.

-Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. (hmmm... tak pernah dengar pon!)

-Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak. (hmm... orang sabah dan sarawak, jalan dah siap?)

-Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus. (cerek sekarang ni murah lah, cerek yang bernama rosmah).

-K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel. (apa bas? apa rel? hang nak bohong siapa?? 3 biliyon tu banyak oi! takkan langsung tak nampak?)

jadi, katak2 yang memuji bajet tahun ini adalah katak yang mudah lupa. eloklah katak itu berkawan dengan khairy jamaluddin.

wutt??

22.10.09

cerita pagi jumaat

Sekarang aku sedang tunggu roti kosong sambil menghirup the halia.

Tadi dalam perjalanan aku terkejut terpandang 2 orang kanak2 'mengejar' lori sampah. Aku berhenti motor, tengok kalau2 anak2 itu mmg ikut bapa mereka bekerja angkut sampah.

Jangkaan aku meleset bila tengok ada 2 insan lain sedang baring di kaki lima, kedai, mungkin mak bapak mereka.

Ya Allah, sayu gila hati beb! Nak makan pun hilang selera!

Aku pusing motor, bagi kad nama dan not 10 hengget kat budak tu, buat sarapan. Dengan suara ceria dia terima kaseh. suara ceria tu yg tikam kalbu tu. Kau tidor tepi jalan dan kau masih boleh hepi? Gila gaban!!

Esok aku akan tunggu kalau2 dia telepon. Kawan, aku kena minta tolong kau kali ni utk dapatkan azmin. Ni kawasan dia.

Dan kepada perokok2. RM10 tu cuma boleh beli 20batang, tapi utk budak2 yang tidor tepi jalan, dan 'main kejar2 dengan tong sampah', besar sangat nilainya.

Hahahh... Saja nak kongsi pagi jumaat ni..


Salaam..

Zul, hj tapah taman permata

18.10.09

PATI indon adalah lipas

Pendatang indon yang berlambak2 di malaysia menjadi sumber baru wabak penyakit dan keruntuhan moral.

Kebanyakkan dari mereka terperangkap dengan penipuan ejen2 pekerjaan di indonesia yang kononnya menjanjikan pekerjaan yang lumayan, dengan syarat membayar sejumlah wang sebagai deposit. Sebahagian yang terpedaya, meminjam wang dari keluarga, ada yang menjual tanah dan ada yang sanggup menggunakan dengan peminjam wang haram dengan bunga yang tinggi.

Setibanya di malaysia, mereka dibiarkan dengan tanpa paspot sah, kad pengenalan atau permit kerja. Akhirnya mereka terperangkap, tidak dapat pulang ke indo, dan tak dapat kerja di malaysia.

Adalah lebih malang bagi mereka yang sudah berkeluarga dan melahirkan anak di sini. Anak2 mereka takkan dapat pendidikkan formal, dan akhirnya kekal bodoh sehingga dewasa.

Ada juga indon, kerana tertekan, terpaksa mencari jalan mencari duit dengan cara jenayah.

Kerana itu mereka dianggap seperti lipas di bumi malaysia, jijik, tidak berpelajaran, miskin, pengotor, menjadi sebab jenayah dan akan kekal lipas sehingga selamanya!

Ini adalah sinopsis filem district 9 pada pandangan aku. Ada yang cuba mentafsir filem ini mirip apatheid di afrika. Bagi aku, usahlah tengok jauh ke afrika sedangkan di tempat sendiri pun ada masalah yang sama. Menafikannya takkan membuatkan diri kamu mulia!

Makhluk asing dalam D9 mirip PATI indonesia, malah juga pendatang2 tanpa izin dari negara lain. Banyak yang tertipu dengan sindiket sehingga terpaksa hidup melarat di bumi asing, bukan atas kehendak sendiri, tapi terpaksa.

Orang malaysia yang mengaku manusiawi pula mengambil langkah mudah dengan tangkap, sumbat dalam kem2 transit yang dalam keadaan jijik, malah ada yang disebat!

Masalah ini takkan pupus sendiri, PATI itu sendiri bukanlah masalah, tapi ejen2 penipu dan mungkin rasa tamak ingin kemewahan mudah akan jadi punca utama.

Kalau pemerintah malaysia memaafkan terus PATI, lebih banyak PATI akan masuk ke malaysia secara haram. Tapi kalau diseksa dan dilayan seperti lipas, itu lebih binatang!

D9 menyelongkar hati setiap satu hati manusia, bukan untuk memberikan jawapan, sebaliknya untuk menilai sejauhmana ada manusiawi disebalik jasad2 berbentuk manusia itu. Jadi, sejauhmanakah manusianya anda?

(Rakyat Indonesia, bukan lipas, dan tidak dianggap seperti lipas, cuma D9 guna perumpamaan itu, yang mana aku pikir bagus, jadi aku gunakan lah jugak. Maaf pada yang tersinggung!)

16.10.09

EUREKA!

tunggu bumilangitblog yang baru.

lebih cun, lebih mikro dan yang penting, lebih bangang daripada biasa!

hahahahahahah!!!!!

13.10.09

blog dan mikro blogging

dah lama aku tak tulis blog kerana menumpukan ketagihan aku dalam mikro-blogging.

dan aku juga sedang siapkan ceritot aku, cerita besar dari bila pungguk bertemu bulan.

bila aku rajin, aku dah lulus exam, dah siap semua paperwork, dah jalan semua program pencerahan, dah banyak duit, dah balik jakarta, dah lulus ujian QA, nanti aku taipkan dan pos dalam blog.

buat masa ini, selamat menyambut bulan bahasa. erk! bukan puasa, bulan bahasa, wut ever that means... hahahaha!!!

26.9.09

rasul melayu, ahli umno

persamaan utama utusan Tuhan yang kononnya turun khas untuk kaum melayu, tak ubah seperti UMNO, parti satu kaum yang mana tak seorangpun ahlinya bukan orang melayu.

ada yang akan mempertikaikan, bekas presiden umno, mahathir mohd bukanlah seorang melayu, namun perlulah dijelaskan di sini yang mahathir mempunyai jurai pertalian darah yang sama dengan parameswara yang mengakui berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. begitulah juga dengan mahathir, cuma mahathir bukanlah dari keturunan Alexander the great atau iskandar zulkarnain itu, tapi dari susur galur iskandar kutty. ada sikit-sikit2 sama tu, kira aci lah.

kembali kepada rasul melayu, encik kahar ini pahamnya ultra melayu mirip UMNO. niat murni kahar untuk membawa kemajuan dunia dan akhirat kepada melayu dan melayu saja; kerana dia diutuskan kepada orang melayu. keadilan dan hak saksama hanya untuk orang melayu. begitulah juga dengan Umno, kononnya dengan menekan bangsa lain, 'kemajuan' akan jadi milik orang melayu. padahal disebalik tabir, pemimpin2 umno bersetongkol dengan tauke2 besar dari bangsa lain untuk mengisi poket mereka (yang kemudiannya duit itu akan membantu bangsa melayu). begitu juga rasuah dan kronis; semuanya halal kerana untuk membantu orang melayu. aku rasa kahar takkan buat begitu. kerana itu kahar lebih baik sedikit dari umno (dalam hal ini-lah).

UMNO, kumpulan orang melayu,yang mana ketuanya akan merasmikan sebuah lagi parti bangsanya asal dari negara india, yang dulu pernah dilabel 'haram zadah' kerana mempunyai hubungan dengan Tamil Tigers. Makkal Sakti dilihat cara terbaik untuk memecah belahkan kaum India yang selama ini cuma terbahagi dalam PPP dan MIC; sementara Cina berpecah dalam MCA dan Gerakan. sebarang apapun yang tidak baik untuk bangsa lain, adalah baik untuk Melayu; dan apapun yang buruk (seperti Isa Samad), tetapi kelihatan baik untuk Umno, maka ia baik untuk melayu.

Umno seperti mana juga rasul melayu percaya, satu kaum saja boleh berjaya masuk syurga dunia atau akhirat. jadi halal untuk mencantas bangsa lain, dan anggap mereka seperti binatang ternakan; yang tidak mempunyai hak. tapi melayu bukanlah yahudi kerana itu melayu benci sangat kepada yahudi.

jadi sesuailah umno inipun diharamkan saja seperti ajaran rasul melayu; ajaran nasionalis sempit, sendat dan sudah tiada tempat dimana2 saja di dunia ini. satu ajaran sesat.
--------------------------------
ikuti siri kedua; bagaimana 1malaysia sesuai dengan akidah ahli sunnah wal jamaah dan patut diimani selepas ini.

13.9.09

29 babak, 1 cerita sama. masih tak paham ka?




29 babak yang sama akan berlalu;

"bila petang, aku lapar, lalu di pasar juadah, mahu mahu beli semuanya! ari tebu, laichikang, air batu campur dan jeli. semuanya aku akan paksa masuk dalam tengkorokku, kalau boleh dalam masa sama, serentak. agar hilang semua dahaga dan lapar ku, dengan air tebu, ABC dan laichikang."

dan bila azan berkumandang, satu gelas air cukup untuk melepaskan segalanya.

dan cerita ini berulang-ulang, 29 kali, cerita yang sama, tentang tamak.

tapi kita masih tak paham. walaupun diulang-ulang, cerita yang sama, 29 kali, di bulan ramadhan.

18.8.09

benarkah ahli umno takkan masuk syurga wahai nik aziz?

Kata tok guru nik aziz, ahli umno takkan masuk syurga, seolah-olah syurga miliknya dan dialah orang yang menetapkan, sapa masuk syurga, dan siapa masuk neraka. Sekurang-kurangnya, penyataan inilah yang mahu disebarkan oleh media umno dan para cybertroopers yang karat moral.

Yang paling tersentak dengan kenyataan begini ialah rakan2 dalam pakatan yang selama ini melihat agamawan (islam atau agama lain) sebagai jumud, kolot dan mempergunakan agama untuk tujuan peribadi.

Timbulnya sosok2 seperti Nizar, saari sungib khalid samad dan tok guru sendiri berjaya mengubah pandangan ini, dengan membawa imej progresif dan terkedepan, dengan cara menghidupkan Islam dalam keperibadian mereka dan pemerintahan. Ini memberi keyakinan baru kepada agama untuk menjadi ubat kepada masalah politikus yang mempunyai sijil bergulung2 tapi korup akhlak.

Sebaran massa tentang kenyataan tok guru itu merupakan fitnah yang ultra jahat, kerana menggugat usaha dakwah, hanya untuk kepentingan yang sedikit; iaitu memenangi sebuah kerusi DUN.

Semoga orang2 jahat ini diberi balasan di dunia oleh Tuhan, agar menjadi teladan kepada orang lain.

Ameen..

15.8.09

batu pahat; batu nisan UMNO

tadi satu perhimpunan raksaksa dibuat bagi mengulangi kutukkan Muhyiddin Yasin terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa melayu.

perhimpunan diadakan di negeri lahirnya UMNO, Johor, negeri yang paling sukar ditembusi oleh Pakatan Rakyat. rata2 menganggap, rakyat Johor jika dilukai, akan mengalirlah darah biru pekat, simbolik warna bendera BN.

setelah dua tiga minggu menghangatkan isu khianat dalam surat khabar, dengan meniup api perkauman yang dangkal, hari ini harapnya Umno dapat mengumpul sekurang-kurangnya 10 ribu umat untuk melaknat tubuh anwar ibrahim di negeri lahirnya Umno yang rakyat memang pekat ke-umno-annya.



hari ini, kurang 500 orang hadir. 2 bas digunakan untuk mengangkut orang-orang kampung, entah apa trik yang digunakan untuk memujuk mereka datang.

untuk kubu kuat umno, tidak; kubu TERkuat umno, bila hanya kurang 500 orang hadir, sedangkan TPM muhyiddin dijanjikan hadir, amatlah malang.

sedangkan malam sebelumnya, ceramah tok guru Nik Aziz dan Idris Ahmad di parit raja senang2 mencecah 4 atau 5 kali ganda jumlah kehadiran perhimpunan umno.

mungkinkah rakyat sudah lali dengan politik perkauman tajaan Umno yang sanggup menghantar Anwar bin Ibrahim ke 'jahanam'?

pastinya wajar kita bertanyakan pada masa depan; adakah peristiwa batu pahat ini akan menjadi tanda batu nisan untuk umno apabila majlis mereka disambut dingin oleh masyarakat setempat?

semoga ini menjadi kenyataan, ameen.

terima kaseh buat : http://gomalaysian.blogspot.com/2009/08/perhimpunan-10000-orang-ops1000-sahaja.html

10.8.09

13 perkara masa berbincang

Berdiskusi bagi aku ada 2 sebab, pertama, mencari kebenaran atau kata putus. Dalam hal ini seringkali toleransi amat perlu untuk mendapat matlamat akhir atau keputusan.

Perbincangan juga boleh jadi untuk menentukan kalah-menang, menunjukkan satu pihak lebih pandai dan satu lagi lebih bodoh atau mungkin hanya untuk mengesahkan sesuatu tindakan atau keputusan.

Ada 13 perkara penting untuk kita awasi ketika berbincang untuk memastikan ada hasil dalam persoalan yang kita cuba leraikan atau dalam mencari kata putus, yang pertama, elakkan menyerang personaliti pihak lawan. Misalnya bila najib razak cuba mengatakan PAS tidak Islamik, kita balas dengan mengatakan rosmah lagi teruk kerana tak bertudung. Sebaiknya kita perlu berbincang dari segi idea PAS itu sendiri dan bukan menyerang peribadi najib.

Kedua, elak dari menunjukkan kita lebih tokoh dalam hal yang dibincangkan, misalnya dalam hal pengusiran peneroka bandar di kg berembang. Jangan kita kata, "aku berada di tempat kejadian, tiada seorang pun menteri hatta YB umno datang membantu", kerana ini akan terus membungkam hujah lawan ketika mereka cuba bercerita tentang kes kg buah pala.
Satu lagi contoh baik dalam hal ini ialah, aku makan garam dulu dari kau. Kan tak bagus berhujah macam tu.

Ketiga, 'hujah' dengan kata, kalau pendapat kau salah, maka buruklah akibatnya.kalau undi pakatan maka melayu kena jual. Hujah macam tu hanya layak untuk ahli nujum bencana yang mengancam orang lain dengan malapetaka kalau tuntutannya tidak di penuhi.

Perkara keempat yang perlu dielakkan ialah perkara itu benar kerana belum dibuktikan salah. Misalnya najib tidak membunuh altantuya kerana belum dijatuhkan hukum, atau ekonomi malaysia baik kerana belum ada bank yang bankrup. Perkara2 sebegini tidak membantu dalam diskusi.

Kelima, berhujah dengan bersungguh2 yang kalau perkara itu akan terjadi pada masa depan, tanpa bukti atau hujah sokongan, hanya sekadar percaya bersungguh2.

Berhujah dengan suara yang nyaring atau tengking2.

Ketujuh, menggunakan cara perli yang melucukan kepada pihak yang lagi satu, misalnya, "jika benar2 umno membantu melayu, maka rambut najib akan seperti rosmah, dan bukannya botak!".

Kelapan, menggunakan alasan tiada data konkrit, maka hujah itu tidak boleh dipakai. Misalnya, "beritahu aku, berapa juta yang disonglap dalam projek stadium trengganu, kalau tiada angka yang tepat, mungkin ia tidak berlaku".

Nombor sembilan, cuba mengalihkan perhatian diskusi dengan kononnya cuba melihat isu yang lebih makro atau mikro, misalnya, "buat apa kita bersembang tentang isu korupsi yang menyebabkan MRR2 retak? Lebih baik kita bincang isu perpaduan melayu".

Perkara sepuluh, menggunakan kata2 profesor atau tokoh untuk menguatkan hujah anda. Profesor ada yang kangkung. Tokoh juga tidak selalunya benar terutamanya bila tidak membawa dokongan fakta.

Sebelasnya, menggunakan pendapat bukan ahlinya, misalnya, "pakcik aku seorang dukun,dia percaya yang plan stimulus najib akan berjaya".

12,membuat kesimpulan terlalu umum, misalnya, "aku yakin PR akan kalah pada PRU depan, lihat saja patungnya yang besar di batu caves."

Dan yang terakhir, menggunakan bahasa lunak untuk membenarkan yang batil, misalnya, "ISA merupakan langkah pencegahan yang digunakan secara berhati2 untuk menjamin kesejahteraan rakyat umum".

Seperti yang saya terangkan pada awal tulisan, 13 perkara ini haruslah dihindari untuk berdiskusi dengan baik dan aman. Dengan menjauhi 13 perkara ini, kita akan dapat berbincangan yang penuh tolenransi.

Namun dalam berdebat atau untuk menang dalam satu2 'perbincangan', 13 perkara ini adalah senjata ampuh untuk menghancurkan oponen anda. Tapi gunakanlah secara wajar.

Ok, kalau bos kita panggil kita dan ajak kita 'berbincang', dan menggunakan salah satu dari 13 perkara di atas, maksudnya anda sedang diperbodohkan. Jika anda rasa risiko yang diambil wajar, gunakan 12 lagi perkara lain dan bodohkan dia pula. Hahahah!!

Selamat mencuba...

9.8.09

hasil tangkap untuk balas dendam

(entri ni aku tujukan khas buat tok mudin).

selepas 2 bulan berhenti membaca buku non teknikal, sekarang aku ingin membalas dendam. berikut ialah hasil tangkapan.

1) granada (genosid kebudayaan di andalusia oleh radwa ashour) untuk ika

2)kenangan perempuan penghibur melankolis ( gabriel garcia marquez) untuk ika

3) layla majnun oleh nizami

4)biografi sigmund freud oleh rachel baker

5)anna karenina oleh leo tolstoy

6)al quran syamil (untuk mama)

7)al quran nisa' (untuk mama ika)

8) indonesia unggul (kumpulan tulisan SBY)

9) ya Allah, benarkah sejarah ini? (buku untuk melihat semula kebenaran sejarah 'islami')

10) politik untuk kaum muda (sarwono kusumaatmadja)

11)renung dan canda pelawak berserban (nugroho suksmanto)

12)membedah mitos2 budaya massa (ronald barthes)

13) sejarah hermeneutik (jean grondin)

14) berfikir seperti filosof

15) filsur jagoan

16) himpunan tulisan leo tolstoy (dah habes dalam kurang 24 jam. yeay!)

kos tangkapan? jangan tanya.

janji hati hepi. lepas ni kalau blog ini sepi, kamu tahulah kenapa. tapi semoga Tuhan benarkan aku menulis lagi dengan entri2 bukan sampah. hahahah!!!

tok mudin, aku sebenarnya cemburu dengan hasil tangkapanmu pada pesta buku lalu. itu saja. hehe.

6.8.09

peniaga pasar malam rugi RM10juta? LHDN, bergeraklah!

satu malam, kira2 400 orang penjaja pasar malam rugi RM10,000,000.00 .

kita kira2 cara bodoh, seorang rugi RM25,000.

kalau mereka berniaga, mereka untung berapa RM,ya?

kaya juga peniaga melayu ni.

Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pusat Pungutan Zakat, sila lah siasat.


ini dah kira bukti UMNO berjaya bela melayu! hahahahah!!!!

1.8.09

penat demonstrasi tadi

aku betul2 tak paham tindakan polis yang membuat provokasi berlebihan.

kenapa perlu sekatan jalan raya?

kenapa perlu tembak air asid dan gas pemedih mata?

kalau pihak polis benarkan perhimpunan berlangsung dengan aman, kan bagus. biarkan saja demonstran hantar memo kepada YDP Agong, sedia kan plan jalan, tutup untuk laluan perarakan, kan lebih sopan begitu?

tadi, bukan demonstran yang bikin kacau, bukan demonstran yang pukul orang, tapi polis!

aku rasa mahu nyanyi lagu SCAB, some cops are bastards.

scab scab scab....

(yang tak bastards pun ada, mereka ini baik2 belaka. tapi yang terajang orang tadi memang bastards.. semoga anak kamu tak dapat nombor satu dalam peperiksaan).

31.7.09

perwaris batal perhimpunan 1 ogos

Esok sepatutnya ada dua kumpulan ISA akan berhimpun di KL, satu sokong, satu lagi tentang.

Namun setakat hari ini, empat pecahan dari kumpulan penyokong ISA sudah menarik diri.

Yang sudah menarik diri ialah, Pesaka, silat lincah, pemuda umno; manakala pihak perkida gagal mendapat kata putus untuk bersama perwaris atau tidak.

Maka wajarlah tindakan ibrahim ali untuk membatalkan cadangan mereka untuk berhimpun.

26.7.09

bukti geng tiga line samseng

baru-baru ini, geng tiga line atau PERKIDA (pertubuhan kebajikan Islam dan dakwah?) akan turun untuk sokong perhimpunan Pro ISA 1 ogos ini.

ini adalah salah satu usaha untuk menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA yang telah dirancang akhir tahun lepas lagi.

namun, pihak pro ISA menafikan hal ini dengan mengatakan semua itu kebetulan.

~~~

kepada siapa yang tak kenal tiga line PERKIDA ini, mungkin filem ini dapat beri sedikit pengenalan awal tentang pertubuhan yang sewenang2nya gunakan nama agama untuk menghalalkan cara.

dalam filam pendekar bujang lapok ini, pengarahnya, arwah Tan Sri P Ramlee bukan saja sarkastik dalam menceritakan perihal 3 line, malah juga menggelarkan Umno sebagai Sarkas.

perhatikan baju yang dipakai oleh tukang kutip duit haram ini. untuk maklumkan, tradisi kutip duit ini diteruskan secara terbuka sehingga hari ini.



(saya bukan ahli sosial atau ahli sejarah, maka saya mungkin salah).

jangan marahh aa.....

23.7.09

buka telinga kepada pro ISA

aku dah layari laman kumpulan2 pro ISA untuk tahu sebab kenapa mereka nak pertahankan akta zalim dan haram dari segi syariah Islam ni.

berikut adalah laman2 yang aku cuba dapatkan jawapan; http://pewarismalaysia.blogspot.com/ (kepala pro ISA)

http://www.pekida.org/ (aku dah masuk forum, tak ada apa2)

http://silatlincah.com.my/ (geng ni kuat mengampu saja!, dalam laman mereka pun tiada apa-apa)

http://www.graduanmelayumuda.blogspot.com/ (cuma cerita tentang 'perpaduan melayu' saja) tiada tentang ISA, malah ISA tak termasuk pun dalam senarai musuh mereka)

ok, tu saja.

jadi sesiapa yang ada hujah dan fakta kenapa ISA perlu dipertahankan, ceritalah, saya sedia mendengar. tapi tolong tapis hujah anda kerana pembaca blog ini hanya terdiri dari warga bertanggung jawab, maknanya insan2 bijak, berilmu dan tidak suka dibodoh-bodohkan.

(amaran: jika aku tak dapat juga sebab kenapa ISA perlu dipertahankan, aku ugut untuk ke kelab2 malam sekitar bukit bintang malam minggu ni dan mengira berapa banyak kereta yang ada pelekat 'tanda' 3 line atau perkida).

ahahahahah!!

19.7.09

blog ini; isu, sastera dan lain-lain seni

tadi semasa sembang2 dengan adihamka di desa melawati, terserempak dengan rakan2 umno yang baru habis mesyuarat (agaknya lah, masih dengan seragam).

aku disoal kenapa blog ini sudah lama tak dikemaskini.

mungkin kerana aku dah lama tak tulis mengenai politik kot. bukan aku dah malas, atau berundur dari medan 'perjuangan'. bukan juga kerana aku kena demam kura-kura, tapi kerana memang niat aku untuk menulis perkara2 yang bukan bermusim, seperti isu agar tulisan aku dapat hidup di masa hadapan. tulisan2 mengenai isu, seringnya mati bila isu itu mati atau lapuk, jadi secara tak langsung macam perbuatan sia-sia juga lah.

tapi kalau aku menulis perkara2 yang bertahan lama, mungkin entri blog ini boleh dibukukan. (mungkin blog ini akan dibukukan selepas raya eidul fitri, insyaAllah).
jadi sebab itulah aku cuba-cuba berseni dalam setiap tulisan. ada mesej dia tu, cuba senilah, halus dan kadang2 bersembunyi.

tapi pertanyaan rakan tadi telah sedikit sebanyak melempang muka aku agar tidak lupa untuk mengupas isu dengan pandangan yang lebih kreatif, dan bahasa mudah. ya, memang itu yang aku lupa.

semoga Allah beri semangat dan ilham untuk aku terus menulis, bukan untuk menghentam Umno atau puak2 yang aku tak berkenan, tapi untuk kita sama2 berfikir dan mengkoreksi semula instrumen betul-salah yang kita gunakan untuk menentukan nilai moral dan tindakan.

ameen.

18.7.09

cerita bawah meja

Lokasi:taman selera jalan 223

Masa: baru saja tadi


Dia datang menyapa aku.
"Abang,saya dah mati 7 kali kerana cinta. 7 kali saya bunuh diri kerana putus cinta, 7 kali saya mati.Dan malam ni saya akan bunuh diri lagi."

Aku tanya, "Nyawa berikutnya kau nak buat apa?"

Dia jawap," saya nak mati kerana Tuhan".

Kucing itu terus berlalu dicelah2 kaki aku.aku tak sempat tanya nama, yang aku perasan, matanya cantik seperti mata doktor 'thirdteen' dalam siri house.

Tamat.

12.7.09

11 janji najib goncang Pakatan

ini artikel serius, jangan harap untuk gelak setelah habis baca.


11 janji PM najib semalam sempena 100 tahun pemerintahannya memang bagus malah dijangka mampu untuk memikat semula hati pengundi pada PRU 13. malah, PM najib juga akan dilihat tidak sekadar menabur janji pilihanraya kerana menabur janjinya secra konsisten sepanjang pemerintahannya.

pemimpin PR pula dilihat kurang berminat untuk komen 11 janji ini menandakan cuba mengelak untuk mempopularkan janji2 ini. malah pemimpin pakatan mempunyai masalah untuk memberi serangan balas dalam dasar PM najib kerana kebanyakkan dasar yang diusulkan Pakatan telahpun dilaksanakan oleh PM najib, sebagai contoh, dasar liberisasi ekonomi dan dasar bahasa dalam PPSMI.

namun, semua janji2 najib ini akan dinilai semula secara KPI atau tidak pada hari hujung. kesemua 11 janji, semua plan stimulus berbilion2 ringgit bukan dinilai dengan hebat atau tidak janji itu, sebaliknya rakyat akan lihat secara terus bagaimana janji2 ini mengubah hidup rakyat dan pada masa ini, rakyat masih menunggu perubahan dari plan stimulus berbilion2.

ini cabaran untuk PM najib, bukan untuk sekadar menunaikan janji, malah dilihat berjaya oleh rakyat. jangan sampai rakyat menyanyikan lagu ziana zain, sepi tapi rela kepada BN pada PRU 13 nanti!

Kesannya teramat jelas
Luka di hatiku
Makin beredar waktu
Makinku terasa rindu
Sukar berulang kali
Sering kau ulangi
Dusta yang kau dekati
Kabur cinta sejati..

Bila bayangan datang
Memenuhi ruang..
Hati yang sudah terluka
Rasa hiba
Tidak terdaya
Hendak kulupa
Walaupun pedihnya..

Dikau harus mengerti
Masih dalam hati
Janji yang kau lafazkan
Tinggal hanyalah janji

Biar penuh redha
Cinta kita bina
Di hujung benua
Sepinya tanpa rela
Di hujung benua.
Sepi tanpa rela
Di hujung benua
Sepi tanpa rela
Di hujung benua
Sepi tanpa rela


Sepi Tanpa Rela - Ziana Zain
tapi kenapa ziana?

kui kui kui!!

10.7.09

cara memilih perdana menteri

aku tuliskan cara untuk memilih Perdana Menteri walau pada zahirnya, rakyat tidak berhak untuk memilih perdana menteri kerana presiden Umno secara automatik adalah perdana menteri. ini perlembagaan tak bertulis. tapi aku tuliskan juga dari satu rujukan kitab kuning lama.

"maka diceriterakan oleh orang tua pendeta akan pantang-larang memilih perdana menteri. ikutlah kata pendeta semoga selamat di dunia."

pak lah- jangan pilih perdana menteri macam ini. suka tidur. menantu banyak jahat.

anwar ibrahim- ini lagi bahaya. ejen israel, amerika, UK dan uganda. selain itu dia juga suka liwat orang.

najib- ini pun tak bagus. lebih banyak negatif dari positif. tergesa2 batalkan PPSMI dan jambatan ketiga.

muhyidin yasin- dia tak layak sebab wajahnya tak ada cahaya. tak ada nuur. sembab semacam. macamana nak pimpin orang kalau orang tengok muka dia rasa macam nak tidur. mungkin lebih bahaya dari paklah.

tun mahathir mohd- dia ni bagus, cuma yalah; dia sudah bersara. tapi kalau rakyat bersungguh2 mahukan beliau, mungkin dia akan kembali. tapi tua-tua ni, eloklah berehat di rumah.

mukriz mahathir- haaaa... macam inilah pemimpin yang kita cari!!!

**rujukan kitab; 'tajul muluk' yang disusun semula oleh maulana mahathir kutty.

kui kui kui...

6.7.09

senja di UNISEL


::ringkas2 saja::

-tadi aku ke UNISEL yang terletak di hujung dunia menaiki motorsikalku yang kool. aku terus berkejaran dari tempat kerja selepas habis syif pukul 4.15 petang.

-aku bantu i-rakan dan MPP UNISEL untuk edar risalah dialog DS Anwar Ibrahim dengan mahasiswa/i di sebuah pasar malam yang terletak dihujung dunia.

-menariknya program ini, ianya bukan berbentuk ceramah, sebaliknya dalam bentuk dialog, maksudnya kita boleh tanya apa saja kepada DS Anwar. aku mahu lihat bertapa tajamnya soalan2 anak muda untuk Anwar jawab nanti. harap2 tiada 'leading question' untuk hentam BN atau soalan mengampu.

-aku balik dari hujung dunia ketika waktu senja. jalan sunyi. tak banyak selisih kenderaan. ada sedikit seram. kalau ada awek cun tahan tepi jalanpun, aku takkan berhenti. apatah lagi kalau pakai baju serba putih.

-solat maghrib di masjid sebelah petronas Ijok. tazkirah diberi dengan bantuan visual dari laptop dan projektor. canggih juga hujung dunia ini.

-sampai rumah sekitar pukul 8.45 malam. penat.

kalau ada masa terluang, atau rumah anda sekitar hujung dunia, datanglah ya!

3.7.09

apa mahu dalam hidup?

soalan ini timbul bila aku lihat rakan2 dah pakai kereta besar dan berpangkat besar. aku juga mahu seperti itu.

aku rasa, aku mahu;

pangkat tinggi, jadi seperti seorang bos yang banyak kuasa. bila dipandang orang takut. bila suruh orang buat kerja, hanya tunjuk kaki. orang pun tak berani melawan perintah ku. bila berjalan, semua orang kenal dan ampu, "bos semakin slim-lah".

aku juga mahu harta banyak! kereta mewah besar yang tak mampu dibeli orang pengusaha MLM. aku mungkin mahu hummer, atau BMW dua pintu, atau honda baru. bila di jalanraya semua kereta akan memandang. aku mahu duit banyak, agar aku boleh pergi ke serata dunia, lihat kebun limau di itali, berbasikal menyusuri kebun anggur di perancis, berguling2 di ladang lavender di korea dan berjalan perlahan2 di antara batas tulip di belanda. aku juga mahu rumah besar di atas bukit, yang mana anjungnya mengadap hutan hijau. bayangkan kamu bangun pagi2, tersedia kopi di meja, dengan permandangan pokok dan burung melompat2. apa lagi yang lebih hebat dari bau kopi dan udara segar?

dan gadis2 comel. putih gebu dengan skirt pendek. mata besar dan bibir mugil tunggu digigit. dan bayangkan begini, bila setiap pagi, kamu ingat kamu dah mati kerana bila buka saja mata, ada bidadari sedang tidur di sebelah. satu lagi permandangan indah!

atau aku mahu terus begini, menolak dunia, kerana yakin adanya hari pembalasan, yang akan mengira satu per satu setiap perbuatan ku. setiap sen masuk dan setiap sen keluar.

decartes kata, "pernahkah kamu dilihat hari kiamat? syurga? neraka?, jadi bagaimana kau tahu ianya wujud? rugi kamu kalau tolak semua ini".

aku jawab, "pernahkah kamu tengok hari esok? jika tak, mana kau tahu kau akan hidup esok? jual semua pelaburanmu dan habiskan semuanya hari ini".

aku rasa, biarlah aku terus begini.

26.6.09

kalau umno=komunis; PAS=ba..

pemuda umno kelantan buat aku marah bila repot kepada polis tentang tuduhan karut tok guru nik aziz terhadap UMNO. adakah patut dia kata umno itu macam komunis?

aku petik kata2 ketua Pemuda UMNO, Anuar Safian, dari malaysiakini, dia bertanya kepada semua rakyat malaysia yang bijak, "berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya?"

mana pernah umno bunuh orang, apatah lagi ulama'. memali tu bukan umno yang bunuh, tu polis. mana pernah umno bunuh ulama! tahanan politik semasa menentang itu Perikatan tu pun bukan kerja Umno, tu polis. tapi lihatlah! umno yang bebaskan mereka, walaupun masa tu dah separuh mati.

mana ada menteri umno rogol/perkosa orang. yang kat brickfield tu raba-raba, bukan perkosa. tu pun tak tau ka?

memang tok guru nik aziz ni tak reti. ayah pin dengan umno mana sama.geng ayah pin pakai baju BN, bukan Umno. tolong sikit,ye.



ingat ya tok guru, raba-raba, bukan rogol. memali syahid, bukan bunuh. ayah pin sokong BN, bukan Umno.

jadi, kalau umno=komunis, maka PAS=baa... ba apa yek?

habes.

24.6.09

matahari senja langkawi




gambar ni aku ambil di gerai laksa power, sebelah airport padang mat sirat. tapak bagus untuk nikmati matahari senja dengan murah dan makanan yang enak.



ini pula gambar dari verandah bilik aku. ok,lah- lebih kepada chalet. disebelah depan ada laut, dibelakang gunung mat chinchang. dan ditepinya tupai2 terbang dan kera.

19.6.09

kenapa kita perlukan politikus?



pernahkah kamu terpikir bertapa 'penting'nya makhluk berkerjaya politikus. bolehkah kita hidup tanpa mereka? berikut disenaraikan sebab2 kenapa kita perlukan politikus dalam kehidupan seharian.

1) sumber hiburan, badut2 adalah kilang ketawa yang bagus.

2) membuatkan kita bimbang. politikus akan membawa isu2 yang membuatkan kita lebih stres. barulah hidup mencabar!

3) politikus pandai berlakon, sebagai saingan kepada 'soap opera'.

4) memberi harapan yang bagus2. tak kisah lah betul atau tak, janji kita berkhayal dan 'hepi'.

5) politikus yang berwajah hodoh, memberi kita keyakinan untuk terus hidup. kita boleh saja kata, "orang burok macam tu pon boleh jadi MB terengganu, pastinya aku boleh buat lebih bagus!".

6) membuktikan kita tak bodoh. (ada orang yang lebih bodoh dari kita).

7) membikin undang2 untuk kita, tanpa kita paham dan kita tahu, walaupun kemudiannya kita dipaksakan untuk ikut tanpa rela.

8) sumber inspirasi kutukkan yang bagus. mudah kata, tempat lepas tekanan.

9) untuk rasmikan tandas awam, mesyuarat PIBG dan dewan orang ramai.

10)menyekat otak kita dari berkembang. kita biarkan badut2 ni buat undang2 dan dasar, cerita bermacam2 kegelisahan, kemudian memberi harapan dengan berbagai2 idea yang selalunya 'bodoh', dan merayu sambil menangis2 (dalam kes2 tertentu, tersembur air liur), minta dipercayai.

kesimpulannya, kita perlukan politikus untuk kita berhenti berpikir, dengan timbal balas yang sering kali menyusahkan kita.

salahkan politikus? tak.. salahkan diri anda!

14.6.09

mencari 'perubahan'

aku dok cari drama jepun bertajuk 'change' yang menceritakan tentang seorang guru sekolah biasa, dilantik menjadi perdana menteri.

aku harap cerita ni lebih bagus dari GTO yang sehingga kini menjadi sumber inspirasi utama dalam pergaulan dengan rakan2. (haha!)

sapa kenal tauke DVD yang ada cerita ni, bagitau aku. buat masa sekarang, aku nak pi seksyen 2, wangsa maju. mana tau kot2 ada...

10.6.09

kamu sokong BI dijadikan matapelajaran wajib lulus?

tapi aku takkan bagitau muhyidin perkara ini kerana tindakan itu akan menyokong aksi tak demokratik beliau.

mana boleh sesuka hati tanya rakyat, sapa setuju nak jadikan BI matapelajaran wajib, angkat tangan?

rakyat yang dongoi2 ni pun angkat la tangan. maka dari mata sembabnya, inilah cara paling demokratik. haha! ngok.

kenapa kamu nak pilih benda yang kamu tak tahu? mana kajian impak pelaksanaan dasar ini? mana kajian kaedah perlaksanaan sistem ini? nak buat macamana? nak buat bila? guru2 dah bersedia kah belum? pelajar luar bandar sudah sedia? kalau belum, apa caranya?

semua ini belum dibentangkan.

dan dongoi2 pun angkat tangan sokong dan bantah.

demokrasi para dongoi.

7.6.09

kenapa melayu PAS, PKR dan DAP lawan melayu UMNO?

ramai yang menentang usaha perbincangan PAS dengan umno, tak kurang juga yang bertanya, "apa salahnya jika untuk perpaduan melayu?".

atau mungkin juga yang mengharap kerajaan perpaduan ini dapat membina malaysia baru yang mana persaingan sihat akan berlaku untuk membuktikan parti mana yang lebih bagus dan parti mana yang retorik semata.

secara asasnya, memang perbincangan UMNO-pas adalah usaha yang baik, walaupun jika masih belum jelas hala tujunya. adakah untuk membina kerajan perpaduan? atau untuk menjatuhkan calon bukan melayu (tak kiralah, dari PR atau BN) untuk teruskan dominasi melayu dalam parlimen. mungkin saja,kan?

apabila diterangkan tentang kerajan perpaduan, namun fokus atau target negosiasi itu masih kabur. apa yang PAS mahu sebenarnya? cukupkah sekadar beberapa kerusi menteri berpotfolio penting dalam kabinet? yaaa... persoalannya, cukupkah dengan itu?

masalah Malaysia ialah masalah sistem. dari kepala PM, hingga ke kuku ketua cawangan UMNO bermasalah. dan malaysia, tanpa siapa pun boleh nafi, ialah negara UMNO, negara parti UMNO. jadi, jika PAS pikir dengan beberapa potfolio yang akan dipegangnya, dapat menyelesaikan masalah besar malaysia, aku sangat pesimis.

jadi apa yang diharapkan dengan kerajaan kerjasama ini?

yang paling lawak jenaka nya ialah bila PAS seolah2 membantu UMNO ketika dia sedang nazak. kenazakkan umno ini, diakui sendiri oleh pemimpin umno. bukan kita saja2 sebut. kenapa tidak terus berusaha bersama PR dan tamatkan terus nyawa umno yang mengkhianati rakyat selama ini, dan membina kerajaan baru, yang meneruskan usaha reformasi.-

jadi, persoalan 'kenapa nak wujudkan kerajaan perpaduan ini' dan 'kenapa nak tubuhkan ketika umno sedang nazak', adalah persoalan yang bagus untuk dijawab oleh PAS.

aku suka bayangkan bagaimana UMNO pulih selepas kerajaan perpaduan dan menikam PAS melalui SPR dan polis. owh, ini bukan dejavu, tapi sejarah.

selamat terhegeh2 mintak appoinment dengan khairy dan najib. sabar ya!

1.6.09

membijakkan rakyat atau mempergunakan massa

PRU 13 lama lagi. kita katakan 2 tahun itu lama. dan jika 6 bulan, itu juga masa yang lama.

parti politik sekarang sudah bersedia dengan jentera untuk PRU13, semuanya berlumba2 meraih sokongan. bezanya ada dua, satu mengambil cara mempergunakan rakyat, satu lagi membijakkan rakyat.

mempergunakan rakyat maksudnya terus menerus menanam rasa benci yang kadangkala tak munasabah untuk terus mendapat sokongan. mereka tidak mengajak rakyat untuk berfikir, sebaliknya terus mengajar rakyat apa yang mereka mahu rakyat pikir.

dengan itu, massa akan terus bersama mereka.

membijakkan rakyat pula adalah tindakan memberi rakyat alatan untuk membuat analisis sendiri, mengajar rakyat cara membuat keputusan sendiri dan seterusnya mengajak rakyat untuk bersama-sama memajukan negara.

langkah ini bukan suatu jalan yang popular kerana mungkin melahirkan lebih banyak 'pemberontak' yang berpikiran kritis dan, cara ini bukanlah cara yang mudah untuk dilaksanakan. keputusan kepada cara ini ialah terbentuknya masyarakat madani yang mana rakyat sensitif kepada isu semasa (politikal mahupun tidak), dan membabitkan diri dalam perdebatan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah masyarakat.

masakini, PR dilihat mengambil kedua2 cara ini untuk meneruskan survivalnya dalam politik.

malangnya, cara pertama lebih popular dan ini akan terus membodohkan rakyat.

malang, kan?

25.5.09

Surat kepada Sita

(aku layarkan surat ini atas angin, agar ia masuk ke salur nafasmu dan terus meresap ke hatimu).



kehadapan kekasihku sita,

ini aku rama yang telah merentas segala sungai, duri dan ombak untuk dapatkan kamu. yang telah berjalan sejauh manusia mampu berjalan. aku rama, manusia yang telah bersungguh2 cuba untuk mendapatkanmu; demi cinta.


dan bertapa remuk hatiku bila kamu tak mahu pulang.


maaf jika surat ini kaku. tiada bunga dan harapan, sepertimana sering surat ditulis kepada kekasih. kerana surat ini bukan untuk bersayang-kasih. dan lidah ini bukanlah lidah madu. aku rama, cuma seorang lelaki yang sungguh percaya kepada cinta.


dan kecewanya aku bila kau pilih untuk bersama Rakshasa.


kepada sita, kekasihku. aku rayu agar hatimu pulang. kembalilah walaupun sekejap. kerana selepas ini, aku berjanji, akan hancurkan semua yang melacurkan cinta.
dengan pedang ku. dengan segala kudrat ku. dengan setiap nafas ku.


dan hari itu, aku tidak lagi kenal kamu.

22.5.09

bumilangit bercuti

aku bercuti untuk hadapi peperiksaan.

insyaAllah, jika diberi peluang akan bertemu lagi.

doakan aku

18.5.09

bosannya nak kutuk BN!

pilihan BN untuk tidak sertai PRK penanti memang tepat. kerajaan dapat jimat kos entah berapa juta dari dibazirkan pemimpin2 umno. setiap kali PRK, mereka akan tabur projek mee segera, itu belum kira majlis perasmian mega (bukan projek mega, perasmiannya saja). bapak2 menteri yang datang pula bawa polis eskot berduyun2. macamlah orang kampung tu semuanya penyamun.

dan aku berharap BN juga akan mengambil langkah 'bijak' seperti ini apabila DUN perak dibubar nanti. biar semua dapat kat pakatan. kah kah kah!

teh boh air kopi,
orang bodoh jadi menteri.

16.5.09

bila pungguk ketemu bulan




pada mulanya

matahari mulai mengantuk, matanya semakin berat, kadang2 sengaja dia pejam untuk hilangkan pedih mengantuk. cahayanya semakin kuning bertukar jingga. kemudian langit menjadi unggu dan malam pun tiba.

pungguk keluar perlahan-lahan menjenguk ke langit. matahari sudah hampir lena, sebentar lagi bintang akan menyusul diikuti bulan. ya bulan. bulan yang amat dirinduinya buat sekian lama. terlalu lama sehingga dia terlupa. bulan yang amat dia sayang segenap hatinya. pernahkah kamu paham? pernah kamu jatuh cinta? pernah kamu tulis nama kekasihmu berulang2 kali hanya untuk mengubat rasa rindu? kemudian kamu senyum sendiri dan berharap untuk berjumpa dengannya. bukan untuk mengucapkan kata setia dan bukan untuk melepaskan rasa. cuma untuk duduk disebelahnya.untuk melihat wajahnya dan tenung matanya dalam2. kamu pernahkah bercinta? pungguk melompat ke ranting lebih tinggi untuk menunggu sang kekasih yang amat dicintainya- sang bulan.

pari2 baru bangun dari tidur. seluruh badannya terasa lenguh. sudah tiga puluh tahun dia menentang fitrah pari2, tidur siang jaga malam. selama itu jugalah dia terbang kepelusuk dunia mencari tangisan perindu bulan. baginya, tangisan itu telah meragut segala kegembiraan dalam dirinya. setiap kali malam, dan setiap kali pungguk menangis, air matanya akan turut mengalir. hatinya sebak tidak semena-mena. dia tidak kenal si pungguk, tapi dia tahu itu suara pungguk. dia tak tahu apa kisahnya pungguk dan bulan.dan dia tak kesah. dia cuma sayu bila mendengar rayuan pungguk. hatinya turut menangis bila pungguk menangis. dia juga pernah bercinta. dia nekad untuk hentikan tangisan ini, apa cara sekalipun, agar sang pari-pari bisa senyum semula.

Bulan menjengah di sepenggalah langit. Dia sudah lama di situ, Cuma silau matahari membuatkan dia tidak kelihatan. Sudah lama dia melihat sang pungguk dan pari2. sang pungguk adalah kekasih yang setia- terlalu setia mungkin. Setiap malam dia khusyuk mendengar lagu rayu sang pungguk tanpa pernah bosan. Bulan memang sayangkan sang pungguk. Segenap hatinya. Tapi dia sendiri sedar cinta ini takkan kemana-mana. Setiap malam ingin saja bulan menjerit agar sang pungguk berhenti mencintainya. Cukup! Cintamu sebenarnya menyeksa aku. Tapi dia tinggi melangit sedangkan pungguk di muka bumi. Jika dia jerit dengan sepenuh hati, tidak mungkin pungguk dengar suaranya. Bulan terseksa. Kamu pernah bercinta? Kamu pernah melihat kekasihmu dari jauh tapi tak mampu mendekatinya dan bisikkan terus ke telinga bertapa kamu sayangkan dia? Bulan yang besar dan hebat itu sebenarnya banduan cinta. Kamu hanya akan paham jika kamu pernah bercinta.

malam yang disangka malam takdir

Bulan juga perhatikan pari2 setiap malam. Terbang ke sana ke mari tak tentu haluan. Bukan aku dan pungguk saja merana, kasihan sang pari2 kerana terlibat sama.
Malam itu malam takdir, pungguk seperti biasa menyanyikan gita setianya. Setiap perkataannya disempurnakan setelah sekian lama menyanyikan. Setiap sebutan lahir dari hatinya. Tulus, dan terus dari hati. Pilu, sedih, rindu, rayu diucapkan betul2. setiap malam begitu. Begitulah dia sempurnakan syairnya.

Pari2 berterbangan seperti kelip2, kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan, mencari sang pungguk. Malam ini malam takdir katanya, dia dapat rasakan pencariannya akan tamat malam ini. Suara pungguk yang dapat didengar diseluruh alam itu semakin lama semakin dekat, telinga tajamnya digerak-gerakkan mencari sumber bunyi yang sekian lama mengganggu jiwanya. Sesekali diam terbang tinggi, untuk mencari sang pungguk. Sayapnya bercahaya terang malam itu. Hatinya lupa untuk menangis. Apakah itu malam takdir yang akan ketemukan dia dengan si pungguk?

Bulan melihat kejadian itu dari atas. Ingin dia senyum kerana akhirnya pari2 dapat berjumpa dengan pungguk. Tapi sayu suara pungguk benar2 meresahkan jiwanya. Setelah sekian lama, bulan masih belum lagi bosan dengan lagu pungguk, malah, semakin hari bertambah pula rindunya kepada pungguk.

Pungguk melihat dari jauh ada cahaya terang menghampirinya. Gita yang dinyanyikannya terganggu kerana cahaya itu. Pemburu kah itu? Bagus juga, rela aku mati saja dari begini selamatnya. Ataukah itu pesuruh bulan yang datang membawa berita kepulangan kekasihnya itu. Matanya masih merenung bulan. Semakin lama semakin dekat pula cahaya itu. Ah! Kalau itu pemburu yang datang untuk membunuh aku, aku akan mati tanpa sempat bersama bulan. Bulan pasti bersedih, atau mungkin juga dia akan gembira!

Bulan cemas. Apa yang pari2 akan buat kepada pungguk? Dia tak pernah fikir soalan ini sebelum ini. Gita sang pungguk memang telah menyeksa si pari2. dia telah tinggalkan segalanya hanya untuk mencari suara pungguk. Mungkinkah pari2 akan membunuh pungguk? Ya, mungkin saja. Penderitaan pari2 akan berakhir dengan terhentinya alunan sedih lagu pungguk. Ya! Mungkin saja! Tapi bagaimana aku nak beritahu sang pungguk? “Lari pungguk! Lari!”

Bulan tahu suaranya takkan sampai ke telinga pungguk. Terlalu jauh. Bulan terduduk. Harap-harap pungguk takkan diapa-apakan.mungkin saja pari2 datang untuk memujuk pungguk. Pari2 ada pengalaman hitam. Dulu masa isterinya hilang, pari2 juga hilang arah. Tapi setelah sedar kekasihnya takkan kembali, pari2 mulai redha. Ya! Semoga dia dapat memujuk agar pungguk redha. Hentikan kerja sia-sia ini. Kita takkan dapat bersama!

Pari2 dapat melihat susuk pungguk. Ya! Malam ini malam takdir! Malam ini malam terakhir dia perlu terbang macam pari2 gila. Masih dia ingat bagaimana rakan2nya menasihatinya agar tidak membuat kerja sia2 mencari pungguk. Dia masih ingat bagaimana rakan2nya menariknya agar tidak teruskan niatnya itu. Dia tak peduli. Malam ini akan jadi saksi. Malam ini malam penamat. Malam ini malam takdir.

“Wahai pungguk, dapatkah kau berhenti menyanyi?”



harganya cinta

Gitanya terhenti. Pungguk menoleh ke arah pari2. ini kali pertama dia berhenti menyanyi bila disapa. Rakan2nya sedia maklum untuk tidak menganggunya ketika dia sedang menyanyi. Jika dimarahi pun, belum tentu pungguk akan berhenti. Tapi ini lain. Pari2 yang berdiri di hadapannya itu nampak tulus. Pemintaannya bukan kerana benci, tiada amarah terpancar di wajahnya. Malam itu gelap. Cuma ada cahaya bulan dan cahaya pari2 itu. Pungguk terus merenung pari2 itu. "Aku mahu paham apa maksudmu."

Wahai pungguk, lagu kamu benar-benar menyiksa jiwaku. Gitamu aku rasai dengan sepenuh ragaku. Wahai pungguk, jika kamu kasihani aku, berhentilah menyanyi.
Sang pari-pari menunjukkan wajahnya. Rayuannya kudus. Dia harap benar sang pungguk paham. Namun dia tahu pemintaannya tak mudah untuk diterima sang pungguk.

“Wahai pari2, kau datang dari entah mana, dan permintaan kau bukan mudah untuk aku tunaikan. Wahai pari2, maaf aku tak boleh berhenti.” Pungguk tidak teruskan lagunya. Dia masih mahu dengar apa yang pari2 mahu katakan.

"Pungguk, aku datang dari jauh. Aku sudah lama mencari kamu. Jiwaku tidak aman bila mendengar suaramu. Hatiku menangis bila mendengar lagumu. Aku tak tahu kisahmu, tapi aku dapat rasakan, kita senasib. Oleh itu, kasihani aku wahai sahabat."

Pungguk pula tunduk. Dia tidak tahu lagunya telah mengganggu jiwa orang lain. "Maaf". Jawap pungguk pendek.

"Kalau kita senasib, kau akan paham kepayahan aku. Kalau kau pernah bercinta, kau akan dapat lihat aku merana. Wahai pari2, permintaan kau tidak dapat aku penuhi. Tapi sahabat, jika ada permintaan lain, katakan saja, jika dapat aku langsaikan."

Pari2 paham. Dia sangat paham. "Apa yang dapat aku lakukan untuk kau berhenti menyanyi?"

Pungguk tersentak. "Ya Tuhan, ini memang malam takdir! "

"Kau pun tahu aku ada kesaktian, katakan apa saja. Aku cuba lunaskan."

Pungguk menghampiri pari2. "kau tahu, aku pernah cuba terbang untuk ke bulan selama seminggu. Selama itu aku tidak makan dan tidur. Aku cuma terus terbang dan terbang. Sampai satu masa, aku pitam dan jatuh kembali ke bumi. Wahai pari2, bolehkah kau membawa aku ke bulan?".

Pari2 menarik nafas panjang. Udara malam itu disedut memenuhi paru2nya. Dihembusnya perlahan-lahan. “Boleh”. Diantaranya nafasnya itu dia telah membuat keputusan untuk menggadaikan nyawakan untuk cinta sang pungguk. Pari2 maklum, dia perlukan segala kesaktiannya untuk membawa pungguk ke sana malah ia mungkin mengundang maut!

Tapi dengan satu syarat, kau mesti pulang sebelum matahari menjelma.


Sang Pungguk pun ketemu bulan


Bulan melihat pungguk melompat2 gembira. Dia sendiri tidak tahu apa nak rasa. Dia ada banyak sebab untuk tidak gembira. Dia tahu, ini akan menambah luka kerinduan. Tapi dia takkan menolak untuk bersama kekasihnya. Ah! Bulan mengelupur. Mana satu ni? Nak suka atau nak sedih?

Pungguk tersenyum lebar. Dia masih ingat untuk senyum rupanya! "Cepat pari2. Cepat hantar aku ke sana."

Pari2 diam. Matanya tertutup rapat. Tangannya memegang sayap pungguk. Pungguk rela. Dikatup sayapnya dan kini seluruh badannya dalam genggaman pari2. terkumat-kamit pari2 membaca doa. Sayapnya terang benderang. Tiba-tiba pungguk hilang. Pari2 rebah. Tiada lagi cahaya dari badan pari2. mukanya pucat. Matanya masih terbuka, mulutnya ternganga. Tiada bunyi nafas dari dadanya.

Kenapa kau sanggup wahai pari2? Kenapa kau korbankan nyawa untuk diri yang kau tak pernah kenal? Adakah demi cinta? Kerana kau kenal cinta?

Dunia kelam. Bila pungguk buka matanya, dia berada di bulan! "Wahai sayang. Kita ketemu juga. Wahai bulan, katakan kepada ku sesuatu. Apa saja. Aku rindu suara mu. Aku rindu dakapan mu. Aku rindu semuanya tentang mu. Aahh… tak mungkin semudah itu. Biar aku ceritakan semuanya, semua benda yang aku rindu."

Pungguk mendakap bulan. Didepangkan sayapnya ke tanah bulan. Pelukkannya tak berbalas. Sunyi. Tiada satu pun kalimat keluar dari mulut bulan. Air matanya mengalir lagi.

"Hai bulan! Setiap malam aku menangis. Setiap malam aku merinduimu. Padamulanya aku tandakan rasa rindu aku dengan satu cakaran di tanah bumi. Bila aku sedar, cakaran itu menjadi kawah dalam. Bila aku rindu padamu, setitis air mata ku jatuh. Bila aku sedar, kawah itu menjadi tasik. Wahai bulan, katakanlah padaku sesuatu, walaupun dengan dengan satu kata."

"Pungguk, kenapa kau ke mari sayangku? Tidakkah kau tahu perpisahan kali ini akan merobek hatiku? Tidakkah kau tahu nyanyian mu saban malam bagaikan pisau tumpul yang menghiris perlahan hatiku? Kenapa kau datang malam ini? Tidakkan kau tahu pertemuan ini hanya seketika?"

"Wahai bulan, walaupun aku hanya dapat bersamamu untuk sedetik dua, akan ku datang jua."

"Tapi perpisahan ini akan menjadikan aku gila."

"Aku telah gila tanpamu."

Bulan senyap. Dia cuma ingin terus dalam dakapan pungguk. Biar dia tenggelam dalam suasana itu.

"Oh bulan, berapa lama sudah aku tak mengalami cinta sebegini?"

"Aku sentiasa memerhatikan kamu. Aku sentiasa mendengar rayuanmu. Apakah dayaku."

"Maaf jika lagu itu mengganggu hidupmu"

"Tidak. Dialah temanku. "

Sunyi lagi. Pungguk dapat melihat bayang2 bulan di bumi. Dia masih tak percaya dia dapat memeluk bulan malam ini. Dalam hatinya ada seribu cerita yang nak dia kata kepada bulan.

"Kamu harus berhenti begini. Cinta kita memang tiada harapan. Kau pun tahu."

"Tapi odisi teruskan jua, kan penolope? Walau mati hidup semulapun, odisi harus bersama penolope. Walau penggantinya bidadari, aku masih mahu penolope."

"Odisi cuma sesat dilaut. Tapi kau pungguk, merindui bulan!"

Pungguk diam. Dia tau itu benar. Persoalan yang susah-susah ini membuatkan dia mahu terus diam.

Malam itu bumi sunyi dari suara pungguk.

Tapi esok bagaimana?

menentang matahari

Pagi itu matahari bangun awal. Dia buka mata perlahan2. Dia akan menjengah dunia dari ufuk timur. Seperti setiap hari, tanpa gagal.

Pungguk terjaga dari lena. “Ahhh!! Matahari sudah jaga. Hay bulan, aku tak mahu berpisah dengan kau lagi”. Bulan tersenyum tanpa kata. Bibirnya terukir senyum. Air matanya melimpah. Dia menangis sepanjang malam. Pungguk hilang arah. Semuanya menjadi gelap. Kini pungguk berada di bumi.

Pungguk berlari2 mendapatkan pari2. Pari2 masih terbaring di tempatnya semalam. Wajahnya putih pucat. Pungguk mengoncang2 tubuh longlai pari2. “Hantar aku kembali ke sana!”. Pari2 tidak menjawab. Pungguk sendiri tidak pasti samada pari2 masih hidup atau tidak.

“Ini semua salah kau! Kalau kau tak bangun, aku akan masih bersama bulan! Kenapa kau perlu bangkit dari tidur? Kenapa kau tak biarkan aku terus bahagia?”.

Matahari terpingga-pingga. Air kopi dan roti canainya masih belum di sentuh. Dia masih memegang buku yang sedang dia usahakan untuk habis. Matanya sekarang tepat memandang ke arah pungguk.

Pungguk tak peduli lagi. Dia terus melompat untuk dapatkan matahari. Dia mahu menentang matahari. Kerana mataharilah dia dan bulan terpisah tadi. Dia meluru ke arah musuh barunya. Kenapa kau mesti jaga? Semakin tinggi dia terbang, semakin panas rasanya. Bulu pelepahnya mula terasa bahang.

Matahari menghirup kopi o. Biji kopi itu dikisarnya sendiri.

Pungguk masih berusaha menentang matahari. Dia pejamkan mata kerana sinar gemilang sang matahari.

Matahari mengambil pen dan menulis sesuatu di buku yang sedang dia bacanya tadi. Dibaling buku itu tepat mengenai kepala pungguk.

Punggung pening. Semuanya menjadi gelap semula.

pulas

Matanya dibuka perlahan2. Berpinau2 rasanya. Di kirinya dilihat tubuh pari2 masih terbujur kaku. Di hadapannya sebuah buku usang. Itulah buku yang dicampakkan matahari kepadanya. Dia menghampiri buku itu. Ada tulisan matahari, “ini untuk kamu”.

Ada bulat pada satu frasa. Katanya, “barang sesiapa yang tidak belajar dari zaman tiga ribu tahun yang sudah berlalu, hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. –GOETHE

Pungguk tundukkan kepalanya. Badannya direbahkan ke tanah. Malunya rasa. “Bodoh betul aku ini”.

terima kaseh guru

cikgu, saya taknak tulis banyak2. kalau puji banyak2 pun belum tentu dapat sama dengan jasa cikgu.

terima kaseh cikgu kerana ajar saya jadi manusia.

kalau tak ada cikgu, entah2 saya jadi unta.

kalau bukan kerana cikgu2, mungkin saya dah jadi 'kurang siuman' dan sertai pemuda umno.

kesian kerana mereka tak dapat cikgu2 hebat seperti cikgu saya.

kepada cikgu rosli yang berani tahan pengundi dari masuk sekolah selepas pukul 6 masa PRU-11. (masa tu, satu selangor dapat masa kecederaan, tapi tidak di tempat cikgu rosli jaga).

kepada cikgu ghazali, yang memberi lampu hijau untuk lari pergi ceramah malam2 masa duduk asrama dulu. (aku antara insan istimewa yang diberi peluang untuk bela janggut. yang lain semua kena cukur, macam ayam togel!)

kepada cikgu shukri, yang tak pernah bosan layan kerenah aku! haha. saya tak masuk al qaeda la cikgu, jangan risau!

kepada cikgu jaizah. kan saya dah cakap, saya takkan fail! antara pass atau keadilan saja!

kepada cikgu naimah. saya salut cikgu. kalender tok guru tu memang kool habes!

ustazah2 di gombak dan kangar/arau. jangan marah saya sebab saya kool! muahahaha!!

kepada guru2 refomis yang lain. yang tidak makan gaji hanya untuk mengkatikkan pikiran anak muda. yang mengajar anak2 tentang erti merdeka dan kebebasan.

dan yang memberi anak2 ini peluang untuk melawan.

terima kasih cikgu!!

(dan yang paling istimewa untuk ibu dan abah, cikgu yang paling baik dan berjasa. terima kaseh!)

15.5.09

fynn di pentas 152



terima kaseh kak fynn! insyaAllah, program depan, kita jumpa lagi!

12.5.09

pesan nenek tentang takut

aku dibesarkan dalam keluarga tipikal melayu. mitos, tahyul dah jadi semacam darah daging. aku tak tahu dengan bangsa lain, tapi melayu ni memang kuat mistiknya.

masa aku duduk bersama nenek, rumah kami tepi kubur. bilik air kami cuma ada kolah (yang air pilinya sangat perlahan), telaga, dan pelita minyak tanah. setiap subuh pagi sebelum ke sekolah aku akan menghadapi dua ketakutan, pertama ingatan hantu dari kubur sebelah rumah dan sejuknya air dari telaga.

kalau boleh bayangkan, setiap pagi atau senja, aku kena mandi dengan bantuan cahaya api pelita. api pelita ni pula nakal menari2 untuk menggamit khayal aku tentang hantu. selalu saja bayang2 aku 'menyerupai' makhluk2 seram untuk teman aku mandi.

nenek aku ada berpesan. katanya, kalau rasa macam ada sesuatu kat belakang, toleh dan tengok benda tu. ia akan hilangkan kegusaran dihati. kalau rasa macam ada hantu kat belakang, toleh saja belakang, bila tengok tiada hantu, hati akan tenang semula. tapi semua ini perlukan keberanian untuk menoleh. nasihat inilah teman aku untuk mandi setiap subuh dan senja. setiap kali rasa macam ada lintasan, aku akan toleh untuk buktikan kepada diriku yang benda itu tak ada sebenarnya.

walaupun tok teh dah lama tak ada, tapi aku masih sentiasa toleh bila aku rasa sangsi. walaupun kini bilik air aku ada water-heater dan lampu kalimatang, namun aku sentiasa mencari keberanian untuk mencabar benda tahyul.

sekian lama masa berlalu, barulah aku paham dengan perkataan 'fear of the unknown'.

aku tak rasa nenek pernah paham istilah ni.

tapi pesan tok teh memang berkesan; jangan takut dengan lembaga ciptaan diri sendiri. benda yang tak ada mungkin tak wujud. beranilah melawan takut.

hebatkan nenek aku?

5.5.09

malu tengok ratu 'langkasuka'

aku malu. aku baru tengok 40min filem itu dan aku dah tak sanggup teruskan. penat rasanya dada ni.

aku anggap filem ini bukan filem propaganda kehebatan siam, buddha dsbnya. aku pandang positif filem ini walaupun tidak menyebut kerajaan 'langkasuka' itu adalah kerajaan melayu muslim. tak perlu agaknya seorang pengarah filem bukan islam melakukan usaha dakwah dalam filemnya. tiada tanggung jawab atas bahunya untuk mantapkan jatidiri melayu muslim dalam filem itu.

dalam filem ini, kerajaan langkasuka digambarkan seperti catatan liang-shu, pengembara cina pada kurun ke tujuh. tak, ikut sejarah, ratu hijau bukan ratu langkasuka, tapi ratu patani. kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah sebenar cerita ni, bukalah buku sejarah atau baca kat sini. aku malas nak tulis panjang2.

apa yang aku paling malu ialah bila inisiatif untuk filemkan kisah ini datang dari orang melayu. tengok pada kostum dan nama, jelas, ini adat melayu. dengan keris dan nama. ini bukan nak kuatkan jatidiri siam. ini 'filem melayu'!

orang melayu di malaysia sibuk buat cerita mat rempit, impak maksima dan bohsia, sedangkan orang lain pula yang angkat kehebatan sejarah sendiri. tak malu kah?

secara keseluruhannya, aku berterima kasih kepada sang direktor yang buat filem ini. ya, ada beberapa masalah yang aku tak setuju, tapi oleh kerana sejarah ini telah dibiarkan usang dan bersawang, tanpa ada orang melayu yang peduli. padanlah dengan muka orang melayu.

aku sarankan kita terus menggali sejarah tanah ini, bukan saja masa purba, tapi juga zaman pra merdeka, pasca merdeka agar kita lebih bangga jadi anak malaysia.

kalau berminat nak dengar cerita aku dulu2, silalah ke blog lama aku di sini dan di sini.

nota pendek:

ada tiga meriam sebenarnya, sri patani, sri nagara dan mahalela. dan ketiga2 meriam ini merupakan hadiah dari turki uthmaniah, bukan dari belanda. kalau nak tengok meriam yang hebat2 lagi, pergilah ke istanbul. MAS ada buat tambang murah ni. haha!

4.5.09

bicara hati kamil

aku tak tahu siapa yang rajin nak baca cipan (CerIta PANjang) ini. kalau tak baca pun tak apa, buang masa saja.



Kamil duduk diam di bawah pokok rendang itu. Dia tak pernah peduli apa spesis atau berapa umur pokok itu. Kalau dia agak pun, dia belum tentu betul. Paling malang, dia takkan tahu dia betul atau tak.

Dia cuma cari bayang2nya di bawah pokok itu. Mana ya? Bayang2 pokok itu sudah melindungi bayang2nya yang lebih kecil. Macamana kamil nak tahu dia wujud jika dia tak nampak dirinya? Macamana dia nak tahu dia berada disitu jika dia tak nampak bayangnya sendiri. Dia tahu jika bayang pokok besar itu tak lindungi bayangnya, pastinya dia dapat nampak yang dia ada. Sesekali, cuba juga dia cari bayangnya sendiri dicelah2 bayang2 daun. Terima kasih matahari, kerana kau aku dapat melihat. Tapi kes belum tamat, dia masih belum dapat melihat bayang2nya sendiri.

Puntung rokok dicelahan jarinya dirapatkan ke bibir. Dengan perlahan dia sedut asap rokok. Ffuuuhh… kepulan asap keluar pula. Asap itu berkecai-kecai walaupun angin tak bertiup, hilang entah ke mana.

Dia hisap rokok bukan kerana nikmat asap masuk ke paru2. Cuma dia suka lihat asap. Aahh.. alasan! Tapi ada betulnya. Dia sedut lagi puntung rokok. Kali ni dia hembus perlahan-lahan. Asap berkepul membuat bentuk lurus.

Asap yang nikmat akan hilang. Tapi dosa tar dan nikotin akan terus melekat di hati. Aahhh.. celaka manusia ini. Haha!

Hatinya sarat dengan rahsia yang berat-berat. Alangkah nikmatnya jika boleh diceritakan rahsia ini. Mungkin lebih ringan. Itu saja, ia takkan mengubah apa-apa. Cuma lebih ringan. Ringan apa entahlah.

Hati: jangan kau buat kerja gila. Jangan kau bicara rahsia ini.

Kamil : tapi berat sangat.

H: berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul

K: haha! Kecoh la kau.

Hati kamil memang suka buat lawak. Kadang-kadang lawak hati kamil menyakitkan hati. Tapi apa kamil peduli, hati dia yang sakit, bukan dia.

H: tapi aku cakap betul ni, kau jangan la cerita kat orang, mereka takkan paham. Nanti mereka akan ingat kau ni dah tak betul. Tak waras.

K: sejak bila aku peduli orang lain kata apa? Aku dah tak larat nak berlakon.

H: lepas tu kau nak buat apa? Lari ke hujung dunia? Pakai pakaian bukan manusia?

K: tu lah pasalnya. Aku tak banyak pilihan. Jadi manusia ni susah.

H: aku harap aku boleh cakap yang aku faham. Aku ni jujur dengan kau dan kau tahu aku ni tak pernah menipu dengan kau. Percayalah cakap aku, bercerita takkan ringankan derita kau!

K: ya, aku tahu. Tapi sampai bila nak berlakon begini? Aku dah muak! Pergi kerja cari wang, hujung bulan habis. Kitaran ni bila nak putus?

H: itu cabaran buat kau. Pakai pakaian orang awam. Itukan pesan guru.

K: tapi hati aku memberontak. Aku rasa macam nak menjerit ke satu dunia!

H: masa bila pulak aku memberontak?

“Hahahahaha!,” Dua-dua ketawa.

K: kalau ini namanya cinta, dia bukan nikmat, tapi seksaan.

H: takk, kau jangan bilang begitu. Cuba kau tengok rumi. Dia meraikan cinta. Dia gembira. Sampai mati pun dia gembira.

K: tapi dia menyatakan cintanya.

H: sebab tu ramai yang tak suka dia. Sebab tu ramai yang kata dia sesat! Kau sanggup?

K: tak.

Kamil tengok kat bara api dihujung rokok.

K: entahlah, aku ni cinta kat dia, tapi aku rasa sering curang.

H: ingatkan kau tak sedar.

K: aku sedar. Aku sedar. Tapi nak penuhkan cinta ini macam susah. Tapi aku nak bercinta. Oh tidak! Aku memang bercinta!

H: kau cinta dimulut atau memang di hati?

K: aku mahu cinta di hati.

H: kau mahu atau kau memang cinta di hati?

K: kalau aku mahupun, itu bukan untuk aku yang buat keputusan.

H: jangan tukar topik. Aku tengah cakap pasal sekarang. Kat hati ke lidah?

K: ini soalan susah. Aku perlukan pembayang.


H: haaa… kau sendiri tak tahukan?

Kamil tersenyum seorang diri. Dia menoleh kiri-kanan kalau2 ada orang yang melihat dia senyum seorang diri. Kan tak betul kalau orang senyum seorang diri.

K: apa beza cinta di lisan dengan cinta dihati?

H: cinta di lidah, dia membohong. Dia cakap macam2, untuk hatinya setuju.

K: ya.

H: cinta di hati, lidah tak boleh berbicara.

K: itupun ya.

H: hah! Sudah.

Rokok – api dan asap. Hilang salah satu, tak rokoklah namanya. macam triniti. Ehh.. tak, triniti lain, kalau tak ada satu sifat, ada namanya sendiri. Rokok masih rokok walaupun belum dibakar. Kemudiannya baru datang api dan asap. Hehe. Rokok bukan untuk dipikirkan, tapi untuk dihisap.

Angguk-angguk.

“Jadi macamana?”, Umpan hati.

“Aku mahu pergi solat”,putus kamil. “Aku nak tanya dia sendiri”

tapi inilah bab yang berat, bila kekasih kau tak bagitau dia sayang kat kau ke tak.

H: dia cakap, kau je tak paham.

K: ye lah. Suka hati kau lah. Eh, suka hati aku lah!

“Hahahahaha,” dua-dua ketawa lagi.

Kamil bangun. Bayang2 pokok lebih tinggi dari pokok. Dah masuk asar. Walaupun bayang2 pokok itu lebih panjang, pokok itu tak berubah. Begitu senang kita kena tipu. Kalau kita percaya saja pada matahari, tiap-tiap hari kita kena tipu.

Haha!

1.5.09

lagu kaum pekerja

tadi kat TV3 tayang perhimpunan MTUC, dihujung buletin utama. paparan kaum sekerja memegang kertas sambil gagap-gagap menyanyikan lagu busuk 'inilah barisan kita' yang diubah suai untuk menjadi lagu kaum pekerja. inilah yang busuk tu. bab yang sadur tu lah yang busuk.

kaum pekerja bukan tak ada lagu sendiri. syed shahir bukan tak tahu. aku yakin dia tahu. tapi, mungkin dia ada sebab sendiri kenapa tak mahu menyanyi lagu kaum sekerja yang dinyanyikan serentak di seluruh dunia pada tanggal 1 mei. berikut adalah liriknya dan video sejarah lagu ini.

semoga tahun depan, 1 mei bukan saja akan jadi hari cuti, tapi hari pekerja yang sesungguhnya.

Bangunlah kaum yang terhina,
Bangunlah kaum yang lapar!
Dendam darah menyala-nyala,
Kita berjuang ‘ntuk keadilan.
Hancurkan dunia lama
sampai kedasar-dasarnya!
Dunia baru kita ciptakan,
milik s’luruh kaum pekerja!

Perjuangan penghabisan,
Bersatulah berlawan!
Internasionale
pastilah di dunia!

Tiada "pengasih" dan "penyayang",
Tiada dewa atau raja;
Kebah'giaan umat manusia
Pasti kita sendiri cipta.
Musnakan b'lenggu penindasan,
Rebut hasil jerih kerja!
Kobarkan api, seg'ra tempat
selagi bara membara!

Perjuangan ....

30.4.09

spender yang tak sempat nak ditunjuk

spender ni sepatutnya aku tunjuk masa pentas152, namun kerana kesuntukkan masa, aku tak jadi tunjuk.

lelaki itu
pakai kot segak
tali leher simpul windsor knot
cuffling dilengan, lidah pelat permaisuri

lelaki itu
berspender merah putih
dengan daki di tepi
genggamnya erat takut lucut
nanti ternampaklah kemelayuannya

spender kusam lelaki itu
mencengkam kemelayuannya
melindungi kemelayuannya
jangan dilihat orang

lelaki melayu itu
berpakaian orang puteh
lidah faseh mat saleh
tapi punggungnya hitam legam
kerana itu agaknya kot, dia malu jadi melayu

nanti ternampaklah kemelayuannya.

"kita mesti GLOKAL", katanya *(tiru cara najib cakap)

buktikan anjuran itu
pulangkan bahasa ibundaku

28.4.09

sebelum dan selepas Pentas152: cerita aku

gambar malam tu

sebelum pentas152,
ceritanya bermula di jalan Titiwangsa 3, sebelah rumah bahai, dekat kubur.

saiful besaqkichik cadangkan AIC anjurkan petang pentas terbuka untuk anak muda baca sajak. aku agak pesimis, tapi ikut saja.
epul beria-ia, sampai ke stesyen LRT pun masih dia membebel pasal projek ini. "kita buat dari petang sampai malam. petangnya kita buka gerai untuk anak muda jual hasil kreativiti, malam kita buka pentas, dan panggil otai sajak".

aku dan adi angguk2. dah malam. aku malas nak berfikir bila penat.

benar, ideanya menarik, tapi aku masih pesimis. aku memang minat berpuisi. namun tak pernah sertai mana2 program reading. aku budak kejuruteraan. aku hanya berbicara dengan alclad2024 dan kipas enjin PW4168. hey! jangan main2 tau. aku pernah menang tulis sajak masa tingkatan 3!

masa 'retreat AIC' pertama disebuah 'hotel terkemuka' dipinggir kota, aku lafazkan niat epul. tak kurang yang pesimis sama, cuma aku adun dengan cerita PPSMI agar ide itu lebih kuat. masalahnya wang. AIC mana ada duit. 'jamuan' selepas mesyuarat AIC pun bayar sendiri2!

dalam kereta ketika menghadapi tol sungai besi bersama syafik, aku kata, "kita namakan ia pentas152!". syafiq setuju saja. berani dia bangkang? aku tinggalkan saja nanti di tepi jalan!

dua-tiga hari kemudian, aku buat temujanji lagi. kali ini, aku, adi, epul dan saifullah PKPIM. mula2 janji nak jumpa dekat old town white coffee. tapi duit tak banyak, tukar jadi kedai mapley tepi jalan. haha!

aku selesaikan perincian yang susah2 seperti jemputan pak samad. aku benar2 harap momentum dari rakan2. seorang demi seorang datang membantu. kesungguhan mereka aku kagumi. hiro dan al aku minta jaga pentas, nunu jaga makanan, epul dan nico buat video. siapa lagi ya? haha. aku pun dah lupa kerana akhirnya kami bantu buat kerja sama-sama. oh yaaa, syafik, buat hebohan dan jemputan.

kami cuba buat bajet. rm500? sikit sangat. RM5,000? mana nak cekau duit banyak tu? din kata RM950. tak sampai seribu. taklah tuan presiden terkejut bila dengar jumlahnya.

malam itu hiro keluarkan idea yang bijak. layar putih dan lampu meja. mula2 ask bantah, takut video tak lawa, tapi akhirnya kesan cahayanya amat hebat. inilah gelanggang pentas rakyat!

malam sebelum pentas dibuka, aku, nico, epul, din dan syafik tidur di rumah tu untuk siapkan video. kurang 24 jam perlu siapkan video yang hebat untuk bantu GMP war warkan bahaya PPSMI. sehari sebelumnya aku, ask dan nico pergi temuramah faisal aziz, brader dinsman dan cikgu ainon. pejuang GMP ni memang hebat2 belaka. fakta keluar macam peluru. lepas tu, jenuhla nak sunting video. haha!

sampai kesudah video tu tak siap. malam pentas, kami cuma tayangkan sorotan. sayang kerana ada masalah di saat akhir.

bila sampai hari untuk pentas dibuka, semua risau.jangkaan penonton mesti tinggi. ye lah, orang BN kata anwar ni dapat dana dari yahudi, mesti lah AIC pun kaya. haha! kaya? roti ada?

ya, itulah macamana bermulanya pentas152. bermula ditepi gerai teh halia dan berakhir ditepi rumah lama. sekali lagi terima kasih buat semua, GMP, penyajak bebas; fyn jamal, dila raden, alina abdullah, penyajak otai; pyan habib, rahmat haron, pemeluk gitar yang setia; meor, black, dan yang paling penting, juruacara majlis yang comel, shin.

rumah itu bertambah terang dengan kehadiran kalian. maaf lah kepada yang lapar dan tak dapat makan. kami pun makan bihun goreng bungkus saja. kami bukan kedekut, tapi memang tak ada duit. maaf juga kepada yang kena gigit nyamuk. kami dah bubuh ubat nyamuk, tapi aku rasa nyamuk2 tu pakai topeng asap lah. dia pun tau taku selsema babi.terima kasih shin, walaupun ni kali pertama kita jumpa, tapi kerjasama kau yang percuma tu membuatkan aku rendah diri. terima kaseh buat pak samad, pak tua yang baik hati. aku rasa semua orang akan sedar bila berurusan dengan tuan. hikmah pak tua tinggi, kata berlapik tapi jelas. sampai aku berfikir, mampukan aku jadi sebijak tuan.

selepas pentas152,
aku baru teringat yang aku belum isi borang Hasil e-filing. baruah! server down pulak.

daaaaaannnnn lagi satu.

jika tuan dan puan dan cik adik dan abang ingat pentas ini ditutup terus. kamu semua silap.

tunggu pentas152, lebih muda, lebih tua dan lebih lantang!

24.4.09

masa untuk bebas!

berapa kali kita turut saja?
kerana ikut 'nasihat' profesor
mana kau tahu dia bukan sejenis kangkung?
yang berhujah dengan perut dan tembolok

berapa kali kita berhenti berfikir?
sebab orang lain dah tolong fikir
mana tau dia tak fikir dengan perut dan temboloknya?
atau fikir dengan kepala lutut atau mungkin dengan borang tendernya

berapa kali kita biarkan diri kita jadi bodoh?
masuk dalam penjara khayalan
bila mana kemalasan menjadi pengawal
dan fikir kita adalah tawanannya?

mari bebas. berhenti percaya. mula berfikir.

pentas152.blogpsot.com

22.4.09

Pentas 152 : Amanat buat anak muda!



Pada 26 April 2009, bertempat di Rumah Kelab Seksyen 16 Petaling Jaya, AIC akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Amanat Buat Pejuang Muda” Persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Meor, Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron serta wakil AIC dan rakan-rakan yang turut menentang PPSMI.8.00 malam: ketibaan orang awam.


8.20 malam: ketibaan jemputan khas

8.30 malam: tayangan video penerangan 'Mengapa PPSMI mesti dimansuhkan?'


8.50 malam: persembahan puisi dan lagu oleh Amin Iskandar, Rahmat Haron, Meor dan
wakil-wakil pertubuhan yang bersama mendesak untuk mansuhkan PPSMI.


10.15 malam: 'Amanat buat pejuang muda' oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said



10.45 malam: Persembahan momento



11.00 malam: Tutup Pentas

http://pentas152.blogspot.com/

19.4.09

dah 26 musim bunga berlalu

dah 26 musim bunga berlalu, bunga kembang 26 kali dan gugur 25 kali.

dah 26 kali bumi kelilingi matahari, sepanjang aku berada dalam jasad ini.

selamat ulang tahun lahir Ya RasuluLlah!

selamat ulang tahun lahir encik Adolf Hitler. (aku tau kau baik sebenarnya)

selamat ulang tahun lahir aku.

(masa ni jam terus berdetik. aku saja masih kaku kat sini. tak apa, tahun depan ada musim bunga lagi!)

16.4.09

buku terkini (mesti baca!)

nak tahu buku TERKINI terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia?

layari http://www.itnm.com.my/ms/category/terbitan-terkini/terbitan-terkini

adduuuhhh... macamana bahasa kebangsaan nak bersaing?

walaubagaimanapun aku berterima kaseh buat ITNM kerana terjemahkan 'sophie's world'. kepada sesiapa yang belum baca, dapatkan lah di pesta buku KL.

12.4.09

spender hitam berdaki (2)

spender hitam berdaki (2)


lelaki botak itu
pakai kot segak
tali leher simpul windsor knot
cuffling dilengan, lidah pelat pemaisuri ratu

berspender belang merah putih
dengan daki di tepi
genggam erat takut lucut
nanti ternampaklah kemelayuannya

spender kusam
mencengkam kemelayuannya
melindungi kemelayuannya
jangan dilihat orang

lelaki botak melayu itu
berpakaian orang puteh
fasih lisan mat saleh
tapi punggungnya hitam legam
kerana itu agaknya dia malu jadi melayu

nanti ternampaklah kemelayuannya

(dari sajak 'celana dalam', ismail muhammad 'antologi sajak keranda 152'

9.4.09

catatan anarkis

"peraturan yang banyak hanya melahirkan pesalah yang banyak"

selepas azilah dan sirul dijatuh hukuman mati, semakin meluat melihat kepada undang2. celaka. undang2 ini bukan untuk membela manusia, bukan untuk menjamin 'law and order', tapi sebagai aparatus menghalalkan kekejaman individu yang berkuasa dan banyak harta.

peraturan yang banyak melahirkan lebih banyak pesalah, bukan untuk menghidupkan kesopanan. apatah lagi untuk menjamin ketinggian akalbudi manusia.

terus selepas ini, undang2 hanya akan menjadi pembenar orang2 kaya yang banyak duit untuk membayar peguam-peguam yang membelit. orang miskin macam kau dah aku sentiasa bersalah, tak kira apapun.

memang celaka.

4.4.09

PM najib tak tidur, tips insomnia

Najib Abdul Razak stayed up late on his first day as prime minister where he spent his time watching Astro Awani, which had been analysing his maiden speech made last night.
malaysiakini

untuk PM najib, kalau nak senang tidur, tengoklah analisis RTM.

oooii shabery chik, kenapa najib tak tengok RTM agaknya, ya?

30.3.09

berapa bilion RM untuk gambar najib-altantuya?



salinan gambar makan malam najib altantuya di paris ada dalam simpanan. gambar ini bakal menghancurkan air muka najib yang telah bersumpah dengan kitab Quran yang dia tidak pernah jumpa altantuya. gambar ini akan menarik kaki najib dari kerusi perdana menteri.

berapa ringgit yang kamu sanggup bayar untuk gambar ini? jangan cerita pasal puluh ribu. bala dapat lagi banyak. jangan sembang juta-juta, ini soal harta dan tahta!

jika ditawarkan satu bilion, sanggup kamu bagi gambar tu untuk jatuhkan najib atau selamatkan najib. atau kamu boleh terus ugut dia. waahh.. lagi banyak duit yang kamu dapat nanti. (hati-hati, jangan nanti kamu kena C4 pula).

jika ada ejen risikan negara lain membelinya, berapa banyak untung yang dia akan dapat? laluan untuk semua rahsia negara - hanya untuk tutup satu rahsia. RAHSIA NAJIB.

ugutan ini yang melemahkan lutut najib. habis negara kita dijual. mula-mula ruang udara kita dibuka sedikit untuk laluan pesawat tentera negara lain, lama-lama entah apa pula akan terjadi.

bayangkan jika ini benar2 berlaku. gambar itu benar. ugutan ini benar. dan najib benar2 diugut dikemudian hari. sejauh manakah najib sanggup buat untuk tutup pekungnya?

betulkah gambar itu wujud? tanya bala. tapi sekarang dia di luar negara. menghabiskan 'duit pencen'nya. hahahah!!

(tulisan ini ditujukan buat najib shah bin iskandar shah, penjual cendol di kemaman. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah kena C4)

25.3.09

najib il duce : saga diktator bermula


**

dalam kurang seminggu, najib razak sudah tunjuk 'pembayang' cara pemerintahan yang bakal dijalankannya. perhimpunan pembangkang dihenyak, media pembangkang dibisukan. sebelum ini, seperti ada satu corak yang mana mereka yang menyerang atau membangkang najib razak hilang lesap.

semalam, satu lagi alamat buruk telah diperlihatkan, khairy jamaluddin, ketua samseng berijazah, telah menang kerusi pemuda Umno, secara tidak langsung menjadikan seluruh pemuda Umno ahli samseng.

ini mengingatkan aku akan mussolini il duce, pemimpin 'empayar italia' jalur fasis. diktator yang memeras ugut rakyat dengan samseng-samseng geng baju hitam (camicie nere).

samseng baju hitam, versi UK, memberi tabik spring kepada fasis british. mungkinkah pemuda umno juga akan membuat salut yang sama kepada najib?

bukan niat aku nak samakan najib razak dengan mussolini, susuk tubuh il duce lebih berkarisma berbanding najib yang bukan saja dilihat lemah, malah terbukti bila dilihat kepada cara felda ditadbir.

kembali kepada mussolini, kita boleh baca semula bagaimana mussolini mempermainkan rakyat dengan mengadakan pilihan raya olok-olok, yang mana semua pembangkangnya ditekan dan menghalang akhbar pembangkang dari diterbitkan. mussolini juga menggunakan sepenuh jentera kerajaan terutamanya polis untuk terus kekal dalam kuasa. pilihanraya olok-olok ini, kemudiannya menjadi simbol yang rakyat mahukan mussolini terus berkuasa dan bertapa mussolini ini masih mendokong demokrasi.

dah nampak coraknya?

baiklah, kita tengok pula apa maksud il duce. il duce maksudnya 'yang kedua'. siapa yang pertama agaknya,ya?

haha!



**pembangkang di sini bermaksud mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan najib, bukan sebagai satu entiti parti politik atau NGO.

petualang yang berucap itu


mari sini aku nak cerita tentang petualang.

(esok masa akhbar umno/BN ketuk gendang tentang cerita petualang ni, bolehlah kamu tunjuk bertapa lebih bijaknya kamu dikalangan rakan2mu).

kalau kita nak cari petualang itu, kita kena tahulah apa maksud petualang itu. ini kaedah biasa. kalau nak tahu maksud perogol anak gadis melayu, tanya pemimpin umno. kalau nak tahu siapa tauke arak, tanya juga pemimpin umno. kalau nak tahu mana duit rakyat banyak lesap, tanyalah pemimpin umno.

tapi kalau nak tahu apa itu petualang dan siapa itu petualang, kita rujuklah kamus dewan.

petualang

1.. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba meng­halangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.

rujukan : Kamus Dewan Edisi Empat

jika kita mengkaji contoh yang diberikan oleh pihak DBP, kita cuma dua calon pilihan untuk menjadi petualang ini; pertama tun mahathir, keduanya, hisham sendiri.

mereka berdua inilah petualang yang mempertahankan pelaksanaan PPSMI dan menyisihkan bahasa kebangsaan.

sekian