26.2.09
boikot dragon ball : evolution
kita cerita bertapa bodohnya cerita dragon ball mat saleh. white power supremacy la konon. ceeett! podah!
yang paling penting, peminat DB perlu sedar ingat yang DB : evo ni ditlis semula, bukan berdasarkan jalan cerita akira toriyama. maksud dalam BM yang mudah ialah, mat saleh ni beli hak untuk guna WATAK DB saja, ceritanya dibuat semula. ini tanda DB telah dirangkul kehormatannya.
mari komrads, boikot dragon ball : EVO. ( kalau gatal juga nak tengok cerita ni, tunggu dia keluar dalam bakul penjual DVD haram. yeah!)
amaran : video dibawah ini mungkin meloyakan.
23.2.09
kisah penakut dengan FRU
namun nyata, ketenteraman tanpa keadilan, tanpa cinta atau kebebasan, takkan dapat membungkam suara teriakan ke dunia.
sang pemerintah, hanya membenarkan dua watak: penindas dan yang ditindas. mereka menukar manusia kepada patung-patung kaku yang penakut dan dalam masa yang sama menyimpan rasa benci yang amat sangat.
mereka mencacatkan tumbesaran manusia, melaga-lagakan rasa kasih.
dan bila mereka hampir jatuh, bilik tidur, bilik mesyuarat koperat, tempat ibadat dan sekolah , semua akan retak. semuanya telah korup.
keadilan dan kebebasan bukannya peralatan mewah (hanya untuk dinikmati oleh orang kaya) untuk dinafikan kepada rakyat biasa. tanpanya, ketenteraman takkan bertahan lama.
TANPA KEADILAN DAN KEBEBASAN; KETENTERAMAN TAKKAN BERTAHAN LAMA
sedutan dari novel grafik V for vandetta
20.2.09
politikus berbuih mulut, rakyat ikat perut.
PR pon boleh tahan juga. aku tak nampak lagi plan PR untuk terima impak krisis ekonomi kali ni. orang dah kena buang kerja. harga barang makin naik. tapi mereka masih nak berebut kuasa.
politikus berbuih mulut. rakyat ikat perut.
celaka!
19.2.09
jika pemerintah wakil Tuhan
kalau pemerintah wakil Tuhan.
jikapun dengan gelaran raja, sultan, presiden atau PM,
kenalah dia bersifat adil
kalau dia bersikap zalim
maka seperti dia kata Tuhan zalim.
sebab itu rakyat wajib tumbangkan dia.
(bukan sebab lain; cuma sebab dia hina Tuhan. noktah.)
susahkan kalau pemerintah ni wakil Tuhan. mana boleh manusia ganti Tuhan.
owh!
17.2.09
hati-hati Azmin Ali
selepas 'peralihan kuasa ' di perak, dan perletakkan jawatan ADUN Bukit selambau di kedah, gegaran mula terasa di selangor berikutan kes gambar bogel Adun bukit lanjan.
kini, YB azmin ali perlu berhati-hati dengan trend ini kerana mungkin beliau menjadi mangsa yang berikut.
jika anda perasan, Bukit gantang, bukit selambau dan kini bukit lanjan. mungkin esok lusa bukit antarabangsa?
<
apa yang kamu cari, huh?
untuk kesinambungan cerita lepas, ingin aku ingatkan rakan2 tentang dua cerita. pertama, kenapa aku kata umno/bn jahat.
cerita pertama berlaku selepas kerajaan selangor dibentuk. dalam perjumpaan bersama ahli umno, tukang culik anak raja, muhd muhd taib menggesa ahli umno 'mengacau' nik nazmi dengan alasan nik masih muda dan bujang. nak kacau macamana lah agaknya, ya?
dengan perempuan? lepas tu tangkap gambar dan jatuhkan maruah? itu imaginasi aku, tak tau lah apa maksud tukang culik anak raja yang sebenar.
cerita kedua pula tentang BEKAS ahli parlimen gombak, dr rahman ismail yang DAH ditangkap khalwat dengan senator Norhayati On. dr rahman orang islam (at least pada nama), dia ahli parlimen negeri selangor. masa tu khir toyo buat apa?
eehhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
ini bukan tak sengaja! ini bukan TERTANGKAP. ini dah masuk kes mahkamah, syeikh!
nak tau? baca lagi kat sini.
sampai ke sudah dr rahman tak letak jawatan atau diberi amaran oleh umno.
cukup lah kot. nanti kita sembang lagi.
16.2.09
gambar bogel YB elizabeth wong
kalau itu betul gambar elli, kita kena pulak siasat,siapa yang tangkap gambar. takkanlah sebab gambar bogelnya tersebar, maka terus dia tak bermoral.
dr khir berak pakai seluarkah? atau memang hobi berak dalam seluar?
dah tu, masa berak pakai seluar kah bogel?
dah tu kalau orang tangkap gambar dr khir tengah berak (nauzubilLah!), dan gambar itu tersebar, adakah automatik dr khir tak bermoral?
ini bukan kali kedua wanita menjadi mangsa permainan politik kotor BN/umno. ingatkah lagi exco bandaran di perak yang menerima rasuah seks? haaa... dia tu diperangkap dengan umpan wanita. lepas 'puas' baru dia sedar yang bilik hotel itu sudah dipasang dengan kamera. ya, terima rasuah seks itu satu isu, tapi satu lagi perkara yang terlepas pandang, bagaimana BN/umno sanggup memasang jerat menggunakan wanita untuk memusnahkan musuh politik mereka.
murah betul maruah wanita ini. jadi umpan pulak. macam umpun2.
kembali kepada kes elli, kita sebagai manusia yang menyanjung kehormatan manusia, kemuliaan manusia, perlulah memberi sokongan kepada elli. tunjukkan kepada orang2 jahat ini, jangan bermain2 dengan maruah manusia lain. jangan ingat kalau kau bogelkan orang, kau dapat rendahkan maruahnya.
tidak...
maruah bukan di kulit.
perkara ini, dr khir pun tahu.
Malaysiakini | 16 Februari 2009
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.
“Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.
“Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh… (tapi) pada kita tak apa,” katanya lagi.
Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.
Beliau membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.
Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.
Dr Mohd Khir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan “secepat yang boleh”.
14.2.09
tak perlu tajuk
1
cordelia berjalan laju di depan dewan itu. hujung matanya melirik memandang tentera-tentera kakakandanya di dalam dewan. ramai sungguh! (dalam dewan itu ada alat penghawa dingin.)
2
regan dan genoril senyum puas. tentera2 mereka yang taat itu memang bijak kerana menyediakan sepanduk2 taat dan sayangnya mereka kepada DYMM raja mereka. pasti ayahanda jatuh percaya akan cinta anakanda kepadanya. nanti mudah anakanda nak bolot projek mega dan bukan mega. "Who is it that can tell me who I am?"
3
kent duduk di serambi rumah beliau. puas dia memujuk DYMM sultan agar tidak menghalau cordelia, sehinggakan beliau sendiri dihalau. sekarang dia tekun meneliti buku undang2 tubuh negeri untuk membolehkan cordelia kembali. celaka regan. celaka genoril. kamu berdua memang hipokrit."You are not worth the dust which the rude wind blows in your face."
4
raja lear masih di istana. diam saja. "They told me I was every thing; 'tis a lie, I am not ague-proof."
5
cordelia masih tunggu nasibnya. itupun jika undang2 masih dihormati. jika tidak, mata pedang akan jadi hakim. begitulah undang2 negeri masa itu.
A man may see how this world goes with no eyes. Look with thine ears: see how yond justice rails upon yond simple thief. Hark, in thine ear: change places; and, handy-dandy, which is the justice, which is the thief?
6.2.09
catitan buat komrads yang kecewa



[2:156] (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
kebetulan, dalam diskusi minggu lepas, aku kena bincangkan ayat ini; jadi bila dirujuk tafsir ibnu kathir dan tafsir fizilal, mereka ajak kita amati satu hadith;
Imam Ahmad reported that Umm Salamah narrated: Once, Abu Salamah came back after he was with Allah's Messenger and said: I heard Allah's Messenger recite a statement that made me delighted. He said:
(No Muslim is struck with an affliction and then says Istirja` when the affliction strikes, and then says: `O Allah! Reward me for my loss and give me what is better than it,' but Allah will do just that.) Umm Salamah said: So I memorized these words. When Abu Salamah died I said Istirja` and said: "O Allah! Compensate me for my loss and give me what is better than it.'' I then thought about it and said, "Who is better than Abu Salamah'' When my `Iddah (the period of time before the widow or divorced woman can remarry) finished, Allah's Messenger asked for permission to see me while I was dyeing a skin that I had. I washed my hands, gave him permission to enter and handed him a pillow, and he sat on it. He then asked me for marriage.
Allahu Akbar!
semoga Allah memberi yang lebih baik untuk kita.
5.2.09
kenapa lompat?
aku juga memilih untuk memaki individu selagi tidak mendengar sepenuhnya penjelasannya.
misalnya kenapa 3 orang ADUN pakatan keluar parti? persoalan penting ini harus dihurai untuk menghukum halal haram lompatan mereka. ya, aku setuju yang kita tak semestinya setuju dengan semua orang, tapi memberi orang peluang untuk menjelaskan pendiriannya, itu wajib!
misal soalan yang ingin sangat aku pahami ialah;
kenapa tiba-tiba ADUN2 ini keluar pakatan? sebelum ini TIADA LANGSUNG ura2 pergaduhan serius atau ugutan untuk keluar parti*. TIADA LANGSUNG protes jika ada salah laku peringkat pimpinan PR perak.
jadi apa sebab mereka nak letak jawatan?
aku skeptikal isu RM50 juta itu. aku memilih untuk tidak percaya.
aku juga tidak percaya yang najib bunuh altantuya. aku juga tak percaya cerita port dickson. aku juga tidak percaya rosmah akan muat jika pakai kostum barney.
jadi kenapa mereka letak jawatan? kenapa mereka tak buat kenyataan? aku nak jatuhkan hukum 'halal-haram' lompatan mereka ni.
jelas tak?
4.2.09
berita sedih (dan anda patut menangis)
pendek kata, paksi kejahatan telah menang. dengan seribu tipu daya dan kepaksaan.
dan sekarang rakyat melopong, tiada apa yang mampu dilakukan. masih tertunggu-tunggu nasib sendiri. sedih bukan? kuasa rakyat yang dimomokkan sebelum ini atas label demokrasi sebenarnya hanya penutup kepada kerakusan sebenar sesetengah pihak.
kuasa2 demokrasi yang sepatutnya menjadi hak rakyat sejagat, disatukan menjadi satu angka yang dipegang oleh satu individu. akhirnya satu individu itu lah yang menentukan nasib rakyat, dah bukannya rakyat.
dari sini aku telah kecewa dengan demokrasi (ala malaysia sekurang-kurangnya).
aaaahhhh... (sambil lap air mata). kenapa aku kecewa? aku kan anarkis?
HAAHAHAHAHAHAH!!!
1.2.09
PM turki lawan PM israel
masa ni PM malaysia tengah tidur.
-------------------------------------------------
aku ada jumpa video masa shimon perez berucap tapi lebih satu jam! sapa yang ada versi pendek, tolong kongsi.
------------------------------------------------
seingat aku,dalam ucapannya, shimon perez ada cerita pasal bagaimana israel telefon penduduk gaza untuk minta mereka berpindah sebelum tentera pengganas israel mengebom gazza.
jenaka terhebat tahun ini.
kesian dia~; paklah dan hassan ali
aku nak kutuk pak lah. buat sidang akhbar, gelak berdekah2. ADUN PKR akan masuk BN.
dia gelak lagi. berapa pak lah? dua? lima?
dua belas? tiga belas? kah kah kah, dia gelak lagi.
rupa2nya ADUN PKR tak masuk BN. yang masuk BN cuma BEKAS adun PKR.
maaallluuueeewwwwnnyyyeee....
cerita kedua.
gelombang kemasukkan (bekas) ADUN pakatan ke BN akan merebak ke selangor pula selepas ini. kita tunggu dah lihat ya.
politik memang tak kool
