25.5.09

Surat kepada Sita

(aku layarkan surat ini atas angin, agar ia masuk ke salur nafasmu dan terus meresap ke hatimu).



kehadapan kekasihku sita,

ini aku rama yang telah merentas segala sungai, duri dan ombak untuk dapatkan kamu. yang telah berjalan sejauh manusia mampu berjalan. aku rama, manusia yang telah bersungguh2 cuba untuk mendapatkanmu; demi cinta.


dan bertapa remuk hatiku bila kamu tak mahu pulang.


maaf jika surat ini kaku. tiada bunga dan harapan, sepertimana sering surat ditulis kepada kekasih. kerana surat ini bukan untuk bersayang-kasih. dan lidah ini bukanlah lidah madu. aku rama, cuma seorang lelaki yang sungguh percaya kepada cinta.


dan kecewanya aku bila kau pilih untuk bersama Rakshasa.


kepada sita, kekasihku. aku rayu agar hatimu pulang. kembalilah walaupun sekejap. kerana selepas ini, aku berjanji, akan hancurkan semua yang melacurkan cinta.
dengan pedang ku. dengan segala kudrat ku. dengan setiap nafas ku.


dan hari itu, aku tidak lagi kenal kamu.

22.5.09

bumilangit bercuti

aku bercuti untuk hadapi peperiksaan.

insyaAllah, jika diberi peluang akan bertemu lagi.

doakan aku

18.5.09

bosannya nak kutuk BN!

pilihan BN untuk tidak sertai PRK penanti memang tepat. kerajaan dapat jimat kos entah berapa juta dari dibazirkan pemimpin2 umno. setiap kali PRK, mereka akan tabur projek mee segera, itu belum kira majlis perasmian mega (bukan projek mega, perasmiannya saja). bapak2 menteri yang datang pula bawa polis eskot berduyun2. macamlah orang kampung tu semuanya penyamun.

dan aku berharap BN juga akan mengambil langkah 'bijak' seperti ini apabila DUN perak dibubar nanti. biar semua dapat kat pakatan. kah kah kah!

teh boh air kopi,
orang bodoh jadi menteri.

16.5.09

bila pungguk ketemu bulan




pada mulanya

matahari mulai mengantuk, matanya semakin berat, kadang2 sengaja dia pejam untuk hilangkan pedih mengantuk. cahayanya semakin kuning bertukar jingga. kemudian langit menjadi unggu dan malam pun tiba.

pungguk keluar perlahan-lahan menjenguk ke langit. matahari sudah hampir lena, sebentar lagi bintang akan menyusul diikuti bulan. ya bulan. bulan yang amat dirinduinya buat sekian lama. terlalu lama sehingga dia terlupa. bulan yang amat dia sayang segenap hatinya. pernahkah kamu paham? pernah kamu jatuh cinta? pernah kamu tulis nama kekasihmu berulang2 kali hanya untuk mengubat rasa rindu? kemudian kamu senyum sendiri dan berharap untuk berjumpa dengannya. bukan untuk mengucapkan kata setia dan bukan untuk melepaskan rasa. cuma untuk duduk disebelahnya.untuk melihat wajahnya dan tenung matanya dalam2. kamu pernahkah bercinta? pungguk melompat ke ranting lebih tinggi untuk menunggu sang kekasih yang amat dicintainya- sang bulan.

pari2 baru bangun dari tidur. seluruh badannya terasa lenguh. sudah tiga puluh tahun dia menentang fitrah pari2, tidur siang jaga malam. selama itu jugalah dia terbang kepelusuk dunia mencari tangisan perindu bulan. baginya, tangisan itu telah meragut segala kegembiraan dalam dirinya. setiap kali malam, dan setiap kali pungguk menangis, air matanya akan turut mengalir. hatinya sebak tidak semena-mena. dia tidak kenal si pungguk, tapi dia tahu itu suara pungguk. dia tak tahu apa kisahnya pungguk dan bulan.dan dia tak kesah. dia cuma sayu bila mendengar rayuan pungguk. hatinya turut menangis bila pungguk menangis. dia juga pernah bercinta. dia nekad untuk hentikan tangisan ini, apa cara sekalipun, agar sang pari-pari bisa senyum semula.

Bulan menjengah di sepenggalah langit. Dia sudah lama di situ, Cuma silau matahari membuatkan dia tidak kelihatan. Sudah lama dia melihat sang pungguk dan pari2. sang pungguk adalah kekasih yang setia- terlalu setia mungkin. Setiap malam dia khusyuk mendengar lagu rayu sang pungguk tanpa pernah bosan. Bulan memang sayangkan sang pungguk. Segenap hatinya. Tapi dia sendiri sedar cinta ini takkan kemana-mana. Setiap malam ingin saja bulan menjerit agar sang pungguk berhenti mencintainya. Cukup! Cintamu sebenarnya menyeksa aku. Tapi dia tinggi melangit sedangkan pungguk di muka bumi. Jika dia jerit dengan sepenuh hati, tidak mungkin pungguk dengar suaranya. Bulan terseksa. Kamu pernah bercinta? Kamu pernah melihat kekasihmu dari jauh tapi tak mampu mendekatinya dan bisikkan terus ke telinga bertapa kamu sayangkan dia? Bulan yang besar dan hebat itu sebenarnya banduan cinta. Kamu hanya akan paham jika kamu pernah bercinta.

malam yang disangka malam takdir

Bulan juga perhatikan pari2 setiap malam. Terbang ke sana ke mari tak tentu haluan. Bukan aku dan pungguk saja merana, kasihan sang pari2 kerana terlibat sama.
Malam itu malam takdir, pungguk seperti biasa menyanyikan gita setianya. Setiap perkataannya disempurnakan setelah sekian lama menyanyikan. Setiap sebutan lahir dari hatinya. Tulus, dan terus dari hati. Pilu, sedih, rindu, rayu diucapkan betul2. setiap malam begitu. Begitulah dia sempurnakan syairnya.

Pari2 berterbangan seperti kelip2, kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan, mencari sang pungguk. Malam ini malam takdir katanya, dia dapat rasakan pencariannya akan tamat malam ini. Suara pungguk yang dapat didengar diseluruh alam itu semakin lama semakin dekat, telinga tajamnya digerak-gerakkan mencari sumber bunyi yang sekian lama mengganggu jiwanya. Sesekali diam terbang tinggi, untuk mencari sang pungguk. Sayapnya bercahaya terang malam itu. Hatinya lupa untuk menangis. Apakah itu malam takdir yang akan ketemukan dia dengan si pungguk?

Bulan melihat kejadian itu dari atas. Ingin dia senyum kerana akhirnya pari2 dapat berjumpa dengan pungguk. Tapi sayu suara pungguk benar2 meresahkan jiwanya. Setelah sekian lama, bulan masih belum lagi bosan dengan lagu pungguk, malah, semakin hari bertambah pula rindunya kepada pungguk.

Pungguk melihat dari jauh ada cahaya terang menghampirinya. Gita yang dinyanyikannya terganggu kerana cahaya itu. Pemburu kah itu? Bagus juga, rela aku mati saja dari begini selamatnya. Ataukah itu pesuruh bulan yang datang membawa berita kepulangan kekasihnya itu. Matanya masih merenung bulan. Semakin lama semakin dekat pula cahaya itu. Ah! Kalau itu pemburu yang datang untuk membunuh aku, aku akan mati tanpa sempat bersama bulan. Bulan pasti bersedih, atau mungkin juga dia akan gembira!

Bulan cemas. Apa yang pari2 akan buat kepada pungguk? Dia tak pernah fikir soalan ini sebelum ini. Gita sang pungguk memang telah menyeksa si pari2. dia telah tinggalkan segalanya hanya untuk mencari suara pungguk. Mungkinkah pari2 akan membunuh pungguk? Ya, mungkin saja. Penderitaan pari2 akan berakhir dengan terhentinya alunan sedih lagu pungguk. Ya! Mungkin saja! Tapi bagaimana aku nak beritahu sang pungguk? “Lari pungguk! Lari!”

Bulan tahu suaranya takkan sampai ke telinga pungguk. Terlalu jauh. Bulan terduduk. Harap-harap pungguk takkan diapa-apakan.mungkin saja pari2 datang untuk memujuk pungguk. Pari2 ada pengalaman hitam. Dulu masa isterinya hilang, pari2 juga hilang arah. Tapi setelah sedar kekasihnya takkan kembali, pari2 mulai redha. Ya! Semoga dia dapat memujuk agar pungguk redha. Hentikan kerja sia-sia ini. Kita takkan dapat bersama!

Pari2 dapat melihat susuk pungguk. Ya! Malam ini malam takdir! Malam ini malam terakhir dia perlu terbang macam pari2 gila. Masih dia ingat bagaimana rakan2nya menasihatinya agar tidak membuat kerja sia2 mencari pungguk. Dia masih ingat bagaimana rakan2nya menariknya agar tidak teruskan niatnya itu. Dia tak peduli. Malam ini akan jadi saksi. Malam ini malam penamat. Malam ini malam takdir.

“Wahai pungguk, dapatkah kau berhenti menyanyi?”



harganya cinta

Gitanya terhenti. Pungguk menoleh ke arah pari2. ini kali pertama dia berhenti menyanyi bila disapa. Rakan2nya sedia maklum untuk tidak menganggunya ketika dia sedang menyanyi. Jika dimarahi pun, belum tentu pungguk akan berhenti. Tapi ini lain. Pari2 yang berdiri di hadapannya itu nampak tulus. Pemintaannya bukan kerana benci, tiada amarah terpancar di wajahnya. Malam itu gelap. Cuma ada cahaya bulan dan cahaya pari2 itu. Pungguk terus merenung pari2 itu. "Aku mahu paham apa maksudmu."

Wahai pungguk, lagu kamu benar-benar menyiksa jiwaku. Gitamu aku rasai dengan sepenuh ragaku. Wahai pungguk, jika kamu kasihani aku, berhentilah menyanyi.
Sang pari-pari menunjukkan wajahnya. Rayuannya kudus. Dia harap benar sang pungguk paham. Namun dia tahu pemintaannya tak mudah untuk diterima sang pungguk.

“Wahai pari2, kau datang dari entah mana, dan permintaan kau bukan mudah untuk aku tunaikan. Wahai pari2, maaf aku tak boleh berhenti.” Pungguk tidak teruskan lagunya. Dia masih mahu dengar apa yang pari2 mahu katakan.

"Pungguk, aku datang dari jauh. Aku sudah lama mencari kamu. Jiwaku tidak aman bila mendengar suaramu. Hatiku menangis bila mendengar lagumu. Aku tak tahu kisahmu, tapi aku dapat rasakan, kita senasib. Oleh itu, kasihani aku wahai sahabat."

Pungguk pula tunduk. Dia tidak tahu lagunya telah mengganggu jiwa orang lain. "Maaf". Jawap pungguk pendek.

"Kalau kita senasib, kau akan paham kepayahan aku. Kalau kau pernah bercinta, kau akan dapat lihat aku merana. Wahai pari2, permintaan kau tidak dapat aku penuhi. Tapi sahabat, jika ada permintaan lain, katakan saja, jika dapat aku langsaikan."

Pari2 paham. Dia sangat paham. "Apa yang dapat aku lakukan untuk kau berhenti menyanyi?"

Pungguk tersentak. "Ya Tuhan, ini memang malam takdir! "

"Kau pun tahu aku ada kesaktian, katakan apa saja. Aku cuba lunaskan."

Pungguk menghampiri pari2. "kau tahu, aku pernah cuba terbang untuk ke bulan selama seminggu. Selama itu aku tidak makan dan tidur. Aku cuma terus terbang dan terbang. Sampai satu masa, aku pitam dan jatuh kembali ke bumi. Wahai pari2, bolehkah kau membawa aku ke bulan?".

Pari2 menarik nafas panjang. Udara malam itu disedut memenuhi paru2nya. Dihembusnya perlahan-lahan. “Boleh”. Diantaranya nafasnya itu dia telah membuat keputusan untuk menggadaikan nyawakan untuk cinta sang pungguk. Pari2 maklum, dia perlukan segala kesaktiannya untuk membawa pungguk ke sana malah ia mungkin mengundang maut!

Tapi dengan satu syarat, kau mesti pulang sebelum matahari menjelma.


Sang Pungguk pun ketemu bulan


Bulan melihat pungguk melompat2 gembira. Dia sendiri tidak tahu apa nak rasa. Dia ada banyak sebab untuk tidak gembira. Dia tahu, ini akan menambah luka kerinduan. Tapi dia takkan menolak untuk bersama kekasihnya. Ah! Bulan mengelupur. Mana satu ni? Nak suka atau nak sedih?

Pungguk tersenyum lebar. Dia masih ingat untuk senyum rupanya! "Cepat pari2. Cepat hantar aku ke sana."

Pari2 diam. Matanya tertutup rapat. Tangannya memegang sayap pungguk. Pungguk rela. Dikatup sayapnya dan kini seluruh badannya dalam genggaman pari2. terkumat-kamit pari2 membaca doa. Sayapnya terang benderang. Tiba-tiba pungguk hilang. Pari2 rebah. Tiada lagi cahaya dari badan pari2. mukanya pucat. Matanya masih terbuka, mulutnya ternganga. Tiada bunyi nafas dari dadanya.

Kenapa kau sanggup wahai pari2? Kenapa kau korbankan nyawa untuk diri yang kau tak pernah kenal? Adakah demi cinta? Kerana kau kenal cinta?

Dunia kelam. Bila pungguk buka matanya, dia berada di bulan! "Wahai sayang. Kita ketemu juga. Wahai bulan, katakan kepada ku sesuatu. Apa saja. Aku rindu suara mu. Aku rindu dakapan mu. Aku rindu semuanya tentang mu. Aahh… tak mungkin semudah itu. Biar aku ceritakan semuanya, semua benda yang aku rindu."

Pungguk mendakap bulan. Didepangkan sayapnya ke tanah bulan. Pelukkannya tak berbalas. Sunyi. Tiada satu pun kalimat keluar dari mulut bulan. Air matanya mengalir lagi.

"Hai bulan! Setiap malam aku menangis. Setiap malam aku merinduimu. Padamulanya aku tandakan rasa rindu aku dengan satu cakaran di tanah bumi. Bila aku sedar, cakaran itu menjadi kawah dalam. Bila aku rindu padamu, setitis air mata ku jatuh. Bila aku sedar, kawah itu menjadi tasik. Wahai bulan, katakanlah padaku sesuatu, walaupun dengan dengan satu kata."

"Pungguk, kenapa kau ke mari sayangku? Tidakkah kau tahu perpisahan kali ini akan merobek hatiku? Tidakkah kau tahu nyanyian mu saban malam bagaikan pisau tumpul yang menghiris perlahan hatiku? Kenapa kau datang malam ini? Tidakkan kau tahu pertemuan ini hanya seketika?"

"Wahai bulan, walaupun aku hanya dapat bersamamu untuk sedetik dua, akan ku datang jua."

"Tapi perpisahan ini akan menjadikan aku gila."

"Aku telah gila tanpamu."

Bulan senyap. Dia cuma ingin terus dalam dakapan pungguk. Biar dia tenggelam dalam suasana itu.

"Oh bulan, berapa lama sudah aku tak mengalami cinta sebegini?"

"Aku sentiasa memerhatikan kamu. Aku sentiasa mendengar rayuanmu. Apakah dayaku."

"Maaf jika lagu itu mengganggu hidupmu"

"Tidak. Dialah temanku. "

Sunyi lagi. Pungguk dapat melihat bayang2 bulan di bumi. Dia masih tak percaya dia dapat memeluk bulan malam ini. Dalam hatinya ada seribu cerita yang nak dia kata kepada bulan.

"Kamu harus berhenti begini. Cinta kita memang tiada harapan. Kau pun tahu."

"Tapi odisi teruskan jua, kan penolope? Walau mati hidup semulapun, odisi harus bersama penolope. Walau penggantinya bidadari, aku masih mahu penolope."

"Odisi cuma sesat dilaut. Tapi kau pungguk, merindui bulan!"

Pungguk diam. Dia tau itu benar. Persoalan yang susah-susah ini membuatkan dia mahu terus diam.

Malam itu bumi sunyi dari suara pungguk.

Tapi esok bagaimana?

menentang matahari

Pagi itu matahari bangun awal. Dia buka mata perlahan2. Dia akan menjengah dunia dari ufuk timur. Seperti setiap hari, tanpa gagal.

Pungguk terjaga dari lena. “Ahhh!! Matahari sudah jaga. Hay bulan, aku tak mahu berpisah dengan kau lagi”. Bulan tersenyum tanpa kata. Bibirnya terukir senyum. Air matanya melimpah. Dia menangis sepanjang malam. Pungguk hilang arah. Semuanya menjadi gelap. Kini pungguk berada di bumi.

Pungguk berlari2 mendapatkan pari2. Pari2 masih terbaring di tempatnya semalam. Wajahnya putih pucat. Pungguk mengoncang2 tubuh longlai pari2. “Hantar aku kembali ke sana!”. Pari2 tidak menjawab. Pungguk sendiri tidak pasti samada pari2 masih hidup atau tidak.

“Ini semua salah kau! Kalau kau tak bangun, aku akan masih bersama bulan! Kenapa kau perlu bangkit dari tidur? Kenapa kau tak biarkan aku terus bahagia?”.

Matahari terpingga-pingga. Air kopi dan roti canainya masih belum di sentuh. Dia masih memegang buku yang sedang dia usahakan untuk habis. Matanya sekarang tepat memandang ke arah pungguk.

Pungguk tak peduli lagi. Dia terus melompat untuk dapatkan matahari. Dia mahu menentang matahari. Kerana mataharilah dia dan bulan terpisah tadi. Dia meluru ke arah musuh barunya. Kenapa kau mesti jaga? Semakin tinggi dia terbang, semakin panas rasanya. Bulu pelepahnya mula terasa bahang.

Matahari menghirup kopi o. Biji kopi itu dikisarnya sendiri.

Pungguk masih berusaha menentang matahari. Dia pejamkan mata kerana sinar gemilang sang matahari.

Matahari mengambil pen dan menulis sesuatu di buku yang sedang dia bacanya tadi. Dibaling buku itu tepat mengenai kepala pungguk.

Punggung pening. Semuanya menjadi gelap semula.

pulas

Matanya dibuka perlahan2. Berpinau2 rasanya. Di kirinya dilihat tubuh pari2 masih terbujur kaku. Di hadapannya sebuah buku usang. Itulah buku yang dicampakkan matahari kepadanya. Dia menghampiri buku itu. Ada tulisan matahari, “ini untuk kamu”.

Ada bulat pada satu frasa. Katanya, “barang sesiapa yang tidak belajar dari zaman tiga ribu tahun yang sudah berlalu, hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. –GOETHE

Pungguk tundukkan kepalanya. Badannya direbahkan ke tanah. Malunya rasa. “Bodoh betul aku ini”.

terima kaseh guru

cikgu, saya taknak tulis banyak2. kalau puji banyak2 pun belum tentu dapat sama dengan jasa cikgu.

terima kaseh cikgu kerana ajar saya jadi manusia.

kalau tak ada cikgu, entah2 saya jadi unta.

kalau bukan kerana cikgu2, mungkin saya dah jadi 'kurang siuman' dan sertai pemuda umno.

kesian kerana mereka tak dapat cikgu2 hebat seperti cikgu saya.

kepada cikgu rosli yang berani tahan pengundi dari masuk sekolah selepas pukul 6 masa PRU-11. (masa tu, satu selangor dapat masa kecederaan, tapi tidak di tempat cikgu rosli jaga).

kepada cikgu ghazali, yang memberi lampu hijau untuk lari pergi ceramah malam2 masa duduk asrama dulu. (aku antara insan istimewa yang diberi peluang untuk bela janggut. yang lain semua kena cukur, macam ayam togel!)

kepada cikgu shukri, yang tak pernah bosan layan kerenah aku! haha. saya tak masuk al qaeda la cikgu, jangan risau!

kepada cikgu jaizah. kan saya dah cakap, saya takkan fail! antara pass atau keadilan saja!

kepada cikgu naimah. saya salut cikgu. kalender tok guru tu memang kool habes!

ustazah2 di gombak dan kangar/arau. jangan marah saya sebab saya kool! muahahaha!!

kepada guru2 refomis yang lain. yang tidak makan gaji hanya untuk mengkatikkan pikiran anak muda. yang mengajar anak2 tentang erti merdeka dan kebebasan.

dan yang memberi anak2 ini peluang untuk melawan.

terima kasih cikgu!!

(dan yang paling istimewa untuk ibu dan abah, cikgu yang paling baik dan berjasa. terima kaseh!)

15.5.09

fynn di pentas 152



terima kaseh kak fynn! insyaAllah, program depan, kita jumpa lagi!

12.5.09

pesan nenek tentang takut

aku dibesarkan dalam keluarga tipikal melayu. mitos, tahyul dah jadi semacam darah daging. aku tak tahu dengan bangsa lain, tapi melayu ni memang kuat mistiknya.

masa aku duduk bersama nenek, rumah kami tepi kubur. bilik air kami cuma ada kolah (yang air pilinya sangat perlahan), telaga, dan pelita minyak tanah. setiap subuh pagi sebelum ke sekolah aku akan menghadapi dua ketakutan, pertama ingatan hantu dari kubur sebelah rumah dan sejuknya air dari telaga.

kalau boleh bayangkan, setiap pagi atau senja, aku kena mandi dengan bantuan cahaya api pelita. api pelita ni pula nakal menari2 untuk menggamit khayal aku tentang hantu. selalu saja bayang2 aku 'menyerupai' makhluk2 seram untuk teman aku mandi.

nenek aku ada berpesan. katanya, kalau rasa macam ada sesuatu kat belakang, toleh dan tengok benda tu. ia akan hilangkan kegusaran dihati. kalau rasa macam ada hantu kat belakang, toleh saja belakang, bila tengok tiada hantu, hati akan tenang semula. tapi semua ini perlukan keberanian untuk menoleh. nasihat inilah teman aku untuk mandi setiap subuh dan senja. setiap kali rasa macam ada lintasan, aku akan toleh untuk buktikan kepada diriku yang benda itu tak ada sebenarnya.

walaupun tok teh dah lama tak ada, tapi aku masih sentiasa toleh bila aku rasa sangsi. walaupun kini bilik air aku ada water-heater dan lampu kalimatang, namun aku sentiasa mencari keberanian untuk mencabar benda tahyul.

sekian lama masa berlalu, barulah aku paham dengan perkataan 'fear of the unknown'.

aku tak rasa nenek pernah paham istilah ni.

tapi pesan tok teh memang berkesan; jangan takut dengan lembaga ciptaan diri sendiri. benda yang tak ada mungkin tak wujud. beranilah melawan takut.

hebatkan nenek aku?

5.5.09

malu tengok ratu 'langkasuka'

aku malu. aku baru tengok 40min filem itu dan aku dah tak sanggup teruskan. penat rasanya dada ni.

aku anggap filem ini bukan filem propaganda kehebatan siam, buddha dsbnya. aku pandang positif filem ini walaupun tidak menyebut kerajaan 'langkasuka' itu adalah kerajaan melayu muslim. tak perlu agaknya seorang pengarah filem bukan islam melakukan usaha dakwah dalam filemnya. tiada tanggung jawab atas bahunya untuk mantapkan jatidiri melayu muslim dalam filem itu.

dalam filem ini, kerajaan langkasuka digambarkan seperti catatan liang-shu, pengembara cina pada kurun ke tujuh. tak, ikut sejarah, ratu hijau bukan ratu langkasuka, tapi ratu patani. kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah sebenar cerita ni, bukalah buku sejarah atau baca kat sini. aku malas nak tulis panjang2.

apa yang aku paling malu ialah bila inisiatif untuk filemkan kisah ini datang dari orang melayu. tengok pada kostum dan nama, jelas, ini adat melayu. dengan keris dan nama. ini bukan nak kuatkan jatidiri siam. ini 'filem melayu'!

orang melayu di malaysia sibuk buat cerita mat rempit, impak maksima dan bohsia, sedangkan orang lain pula yang angkat kehebatan sejarah sendiri. tak malu kah?

secara keseluruhannya, aku berterima kasih kepada sang direktor yang buat filem ini. ya, ada beberapa masalah yang aku tak setuju, tapi oleh kerana sejarah ini telah dibiarkan usang dan bersawang, tanpa ada orang melayu yang peduli. padanlah dengan muka orang melayu.

aku sarankan kita terus menggali sejarah tanah ini, bukan saja masa purba, tapi juga zaman pra merdeka, pasca merdeka agar kita lebih bangga jadi anak malaysia.

kalau berminat nak dengar cerita aku dulu2, silalah ke blog lama aku di sini dan di sini.

nota pendek:

ada tiga meriam sebenarnya, sri patani, sri nagara dan mahalela. dan ketiga2 meriam ini merupakan hadiah dari turki uthmaniah, bukan dari belanda. kalau nak tengok meriam yang hebat2 lagi, pergilah ke istanbul. MAS ada buat tambang murah ni. haha!

4.5.09

bicara hati kamil

aku tak tahu siapa yang rajin nak baca cipan (CerIta PANjang) ini. kalau tak baca pun tak apa, buang masa saja.



Kamil duduk diam di bawah pokok rendang itu. Dia tak pernah peduli apa spesis atau berapa umur pokok itu. Kalau dia agak pun, dia belum tentu betul. Paling malang, dia takkan tahu dia betul atau tak.

Dia cuma cari bayang2nya di bawah pokok itu. Mana ya? Bayang2 pokok itu sudah melindungi bayang2nya yang lebih kecil. Macamana kamil nak tahu dia wujud jika dia tak nampak dirinya? Macamana dia nak tahu dia berada disitu jika dia tak nampak bayangnya sendiri. Dia tahu jika bayang pokok besar itu tak lindungi bayangnya, pastinya dia dapat nampak yang dia ada. Sesekali, cuba juga dia cari bayangnya sendiri dicelah2 bayang2 daun. Terima kasih matahari, kerana kau aku dapat melihat. Tapi kes belum tamat, dia masih belum dapat melihat bayang2nya sendiri.

Puntung rokok dicelahan jarinya dirapatkan ke bibir. Dengan perlahan dia sedut asap rokok. Ffuuuhh… kepulan asap keluar pula. Asap itu berkecai-kecai walaupun angin tak bertiup, hilang entah ke mana.

Dia hisap rokok bukan kerana nikmat asap masuk ke paru2. Cuma dia suka lihat asap. Aahh.. alasan! Tapi ada betulnya. Dia sedut lagi puntung rokok. Kali ni dia hembus perlahan-lahan. Asap berkepul membuat bentuk lurus.

Asap yang nikmat akan hilang. Tapi dosa tar dan nikotin akan terus melekat di hati. Aahhh.. celaka manusia ini. Haha!

Hatinya sarat dengan rahsia yang berat-berat. Alangkah nikmatnya jika boleh diceritakan rahsia ini. Mungkin lebih ringan. Itu saja, ia takkan mengubah apa-apa. Cuma lebih ringan. Ringan apa entahlah.

Hati: jangan kau buat kerja gila. Jangan kau bicara rahsia ini.

Kamil : tapi berat sangat.

H: berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul

K: haha! Kecoh la kau.

Hati kamil memang suka buat lawak. Kadang-kadang lawak hati kamil menyakitkan hati. Tapi apa kamil peduli, hati dia yang sakit, bukan dia.

H: tapi aku cakap betul ni, kau jangan la cerita kat orang, mereka takkan paham. Nanti mereka akan ingat kau ni dah tak betul. Tak waras.

K: sejak bila aku peduli orang lain kata apa? Aku dah tak larat nak berlakon.

H: lepas tu kau nak buat apa? Lari ke hujung dunia? Pakai pakaian bukan manusia?

K: tu lah pasalnya. Aku tak banyak pilihan. Jadi manusia ni susah.

H: aku harap aku boleh cakap yang aku faham. Aku ni jujur dengan kau dan kau tahu aku ni tak pernah menipu dengan kau. Percayalah cakap aku, bercerita takkan ringankan derita kau!

K: ya, aku tahu. Tapi sampai bila nak berlakon begini? Aku dah muak! Pergi kerja cari wang, hujung bulan habis. Kitaran ni bila nak putus?

H: itu cabaran buat kau. Pakai pakaian orang awam. Itukan pesan guru.

K: tapi hati aku memberontak. Aku rasa macam nak menjerit ke satu dunia!

H: masa bila pulak aku memberontak?

“Hahahahaha!,” Dua-dua ketawa.

K: kalau ini namanya cinta, dia bukan nikmat, tapi seksaan.

H: takk, kau jangan bilang begitu. Cuba kau tengok rumi. Dia meraikan cinta. Dia gembira. Sampai mati pun dia gembira.

K: tapi dia menyatakan cintanya.

H: sebab tu ramai yang tak suka dia. Sebab tu ramai yang kata dia sesat! Kau sanggup?

K: tak.

Kamil tengok kat bara api dihujung rokok.

K: entahlah, aku ni cinta kat dia, tapi aku rasa sering curang.

H: ingatkan kau tak sedar.

K: aku sedar. Aku sedar. Tapi nak penuhkan cinta ini macam susah. Tapi aku nak bercinta. Oh tidak! Aku memang bercinta!

H: kau cinta dimulut atau memang di hati?

K: aku mahu cinta di hati.

H: kau mahu atau kau memang cinta di hati?

K: kalau aku mahupun, itu bukan untuk aku yang buat keputusan.

H: jangan tukar topik. Aku tengah cakap pasal sekarang. Kat hati ke lidah?

K: ini soalan susah. Aku perlukan pembayang.


H: haaa… kau sendiri tak tahukan?

Kamil tersenyum seorang diri. Dia menoleh kiri-kanan kalau2 ada orang yang melihat dia senyum seorang diri. Kan tak betul kalau orang senyum seorang diri.

K: apa beza cinta di lisan dengan cinta dihati?

H: cinta di lidah, dia membohong. Dia cakap macam2, untuk hatinya setuju.

K: ya.

H: cinta di hati, lidah tak boleh berbicara.

K: itupun ya.

H: hah! Sudah.

Rokok – api dan asap. Hilang salah satu, tak rokoklah namanya. macam triniti. Ehh.. tak, triniti lain, kalau tak ada satu sifat, ada namanya sendiri. Rokok masih rokok walaupun belum dibakar. Kemudiannya baru datang api dan asap. Hehe. Rokok bukan untuk dipikirkan, tapi untuk dihisap.

Angguk-angguk.

“Jadi macamana?”, Umpan hati.

“Aku mahu pergi solat”,putus kamil. “Aku nak tanya dia sendiri”

tapi inilah bab yang berat, bila kekasih kau tak bagitau dia sayang kat kau ke tak.

H: dia cakap, kau je tak paham.

K: ye lah. Suka hati kau lah. Eh, suka hati aku lah!

“Hahahahaha,” dua-dua ketawa lagi.

Kamil bangun. Bayang2 pokok lebih tinggi dari pokok. Dah masuk asar. Walaupun bayang2 pokok itu lebih panjang, pokok itu tak berubah. Begitu senang kita kena tipu. Kalau kita percaya saja pada matahari, tiap-tiap hari kita kena tipu.

Haha!

1.5.09

lagu kaum pekerja

tadi kat TV3 tayang perhimpunan MTUC, dihujung buletin utama. paparan kaum sekerja memegang kertas sambil gagap-gagap menyanyikan lagu busuk 'inilah barisan kita' yang diubah suai untuk menjadi lagu kaum pekerja. inilah yang busuk tu. bab yang sadur tu lah yang busuk.

kaum pekerja bukan tak ada lagu sendiri. syed shahir bukan tak tahu. aku yakin dia tahu. tapi, mungkin dia ada sebab sendiri kenapa tak mahu menyanyi lagu kaum sekerja yang dinyanyikan serentak di seluruh dunia pada tanggal 1 mei. berikut adalah liriknya dan video sejarah lagu ini.

semoga tahun depan, 1 mei bukan saja akan jadi hari cuti, tapi hari pekerja yang sesungguhnya.

Bangunlah kaum yang terhina,
Bangunlah kaum yang lapar!
Dendam darah menyala-nyala,
Kita berjuang ‘ntuk keadilan.
Hancurkan dunia lama
sampai kedasar-dasarnya!
Dunia baru kita ciptakan,
milik s’luruh kaum pekerja!

Perjuangan penghabisan,
Bersatulah berlawan!
Internasionale
pastilah di dunia!

Tiada "pengasih" dan "penyayang",
Tiada dewa atau raja;
Kebah'giaan umat manusia
Pasti kita sendiri cipta.
Musnakan b'lenggu penindasan,
Rebut hasil jerih kerja!
Kobarkan api, seg'ra tempat
selagi bara membara!

Perjuangan ....