Kamil duduk diam di bawah pokok rendang itu. Dia tak pernah peduli apa spesis atau berapa umur pokok itu. Kalau dia agak pun, dia belum tentu betul. Paling malang, dia takkan tahu dia betul atau tak.
Dia cuma cari bayang2nya di bawah pokok itu. Mana ya? Bayang2 pokok itu sudah melindungi bayang2nya yang lebih kecil. Macamana kamil nak tahu dia wujud jika dia tak nampak dirinya? Macamana dia nak tahu dia berada disitu jika dia tak nampak bayangnya sendiri. Dia tahu jika bayang pokok besar itu tak lindungi bayangnya, pastinya dia dapat nampak yang dia ada. Sesekali, cuba juga dia cari bayangnya sendiri dicelah2 bayang2 daun. Terima kasih matahari, kerana kau aku dapat melihat. Tapi kes belum tamat, dia masih belum dapat melihat bayang2nya sendiri.
Puntung rokok dicelahan jarinya dirapatkan ke bibir. Dengan perlahan dia sedut asap rokok. Ffuuuhh… kepulan asap keluar pula. Asap itu berkecai-kecai walaupun angin tak bertiup, hilang entah ke mana.
Dia hisap rokok bukan kerana nikmat asap masuk ke paru2. Cuma dia suka lihat asap. Aahh.. alasan! Tapi ada betulnya. Dia sedut lagi puntung rokok. Kali ni dia hembus perlahan-lahan. Asap berkepul membuat bentuk lurus.
Asap yang nikmat akan hilang. Tapi dosa tar dan nikotin akan terus melekat di hati. Aahhh.. celaka manusia ini. Haha!
Hatinya sarat dengan rahsia yang berat-berat. Alangkah nikmatnya jika boleh diceritakan rahsia ini. Mungkin lebih ringan. Itu saja, ia takkan mengubah apa-apa. Cuma lebih ringan. Ringan apa entahlah.
Hati: jangan kau buat kerja gila. Jangan kau bicara rahsia ini.
Kamil : tapi berat sangat.
H: berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul
K: haha! Kecoh la kau.
Hati kamil memang suka buat lawak. Kadang-kadang lawak hati kamil menyakitkan hati. Tapi apa kamil peduli, hati dia yang sakit, bukan dia.
H: tapi aku cakap betul ni, kau jangan la cerita kat orang, mereka takkan paham. Nanti mereka akan ingat kau ni dah tak betul. Tak waras.
K: sejak bila aku peduli orang lain kata apa? Aku dah tak larat nak berlakon.
H: lepas tu kau nak buat apa? Lari ke hujung dunia? Pakai pakaian bukan manusia?
K: tu lah pasalnya. Aku tak banyak pilihan. Jadi manusia ni susah.
H: aku harap aku boleh cakap yang aku faham. Aku ni jujur dengan kau dan kau tahu aku ni tak pernah menipu dengan kau. Percayalah cakap aku, bercerita takkan ringankan derita kau!
K: ya, aku tahu. Tapi sampai bila nak berlakon begini? Aku dah muak! Pergi kerja cari wang, hujung bulan habis. Kitaran ni bila nak putus?
H: itu cabaran buat kau. Pakai pakaian orang awam. Itukan pesan guru.
K: tapi hati aku memberontak. Aku rasa macam nak menjerit ke satu dunia!
H: masa bila pulak aku memberontak?
“Hahahahaha!,” Dua-dua ketawa.
K: kalau ini namanya cinta, dia bukan nikmat, tapi seksaan.
H: takk, kau jangan bilang begitu. Cuba kau tengok rumi. Dia meraikan cinta. Dia gembira. Sampai mati pun dia gembira.
K: tapi dia menyatakan cintanya.
H: sebab tu ramai yang tak suka dia. Sebab tu ramai yang kata dia sesat! Kau sanggup?
K: tak.
Kamil tengok kat bara api dihujung rokok.
K: entahlah, aku ni cinta kat dia, tapi aku rasa sering curang.
H: ingatkan kau tak sedar.
K: aku sedar. Aku sedar. Tapi nak penuhkan cinta ini macam susah. Tapi aku nak bercinta. Oh tidak! Aku memang bercinta!
H: kau cinta dimulut atau memang di hati?
K: aku mahu cinta di hati.
H: kau mahu atau kau memang cinta di hati?
K: kalau aku mahupun, itu bukan untuk aku yang buat keputusan.
H: jangan tukar topik. Aku tengah cakap pasal sekarang. Kat hati ke lidah?
K: ini soalan susah. Aku perlukan pembayang.
H: haaa… kau sendiri tak tahukan?
Kamil tersenyum seorang diri. Dia menoleh kiri-kanan kalau2 ada orang yang melihat dia senyum seorang diri. Kan tak betul kalau orang senyum seorang diri.
K: apa beza cinta di lisan dengan cinta dihati?
H: cinta di lidah, dia membohong. Dia cakap macam2, untuk hatinya setuju.
K: ya.
H: cinta di hati, lidah tak boleh berbicara.
K: itupun ya.
H: hah! Sudah.
Rokok – api dan asap. Hilang salah satu, tak rokoklah namanya. macam triniti. Ehh.. tak, triniti lain, kalau tak ada satu sifat, ada namanya sendiri. Rokok masih rokok walaupun belum dibakar. Kemudiannya baru datang api dan asap. Hehe. Rokok bukan untuk dipikirkan, tapi untuk dihisap.
Angguk-angguk.
“Jadi macamana?”, Umpan hati.
“Aku mahu pergi solat”,putus kamil. “Aku nak tanya dia sendiri”
tapi inilah bab yang berat, bila kekasih kau tak bagitau dia sayang kat kau ke tak.
H: dia cakap, kau je tak paham.
K: ye lah. Suka hati kau lah. Eh, suka hati aku lah!
“Hahahahaha,” dua-dua ketawa lagi.
Kamil bangun. Bayang2 pokok lebih tinggi dari pokok. Dah masuk asar. Walaupun bayang2 pokok itu lebih panjang, pokok itu tak berubah. Begitu senang kita kena tipu. Kalau kita percaya saja pada matahari, tiap-tiap hari kita kena tipu.
Haha!

2 comments:
Bro, aku baca. Sambil berdiri dan bersandar pada pintu LRT dalam perjalanan balik kerja petang tadi.
:)
hohoho...
terima kaseh. aku harap kau tak jatuh terlentang
Post a Comment