31.12.08

berita dari pulau


aku pergi pangkor dengan RM150.

RM150 itu untuk semua- minyak kereta, parking (aku tak bayar), feri (bot?), makan-makan, penginapan-semuanya.

aku pergi dengan d40 aku, dah agak lama tak berkesempatan untuk bermanja dengan dia. aku pergi dengan kiki bicacarasamaawan.wordpress.com (Canon 350D) dan epul besaqkichik.blogspot.com (40D).

dari pulau itu aku dapat perlahankan masa. aku tengok semua benda betul2. aku mula perhatikan benda mikro dan makro. yang besaq nampak kecik, yang kecik nampak besaq. rasa macam ahli falsafah seketika.

masa berjalan perlahan sunggu di sana. deruan ombak macam jarum jam yang berdetik setiap saat. matahari juga tidak cemburu dengan kegembiraan aku. sinarnya lembut mengenai daun hijau. apalah jurugambar tanpa cahaya? terima kaseh matahari.

malam pertama kami mati akal. bilik berharga RM40 disediakan tanpa air cond dan tv. bilik aku aku ambil juga kerana tempat lain dah penuh. yang paling baik tentang tempat ini ialah bilik mandinya yang luas, seluas mata memandang- open air. haha! aku boleh cakap besar yang aku dah mandi dengan kiki dan epul. mungkin ini boleh jadi dalil kenapa aku tak boleh jadi PM.

hari kedua setelah bangun pagi untuk tangkap gambar, kami dikejar obor-obor di ketika teluk ketapang. kaki aku, epul dan kiki luka ditusuk benda tajam. kiki, kaki kau dah okey? sepatutnya aku bawak jaring dan kejar balik jelly fish tu macam spongebob buat. takpe, lain kali ko jaga wahai jelly fish.

semasa pulang, kami berjalan kaki dari teluk nipah ke pasir bogak. 4 km la jugak. dalam masa berjalan tu, masa masih perlahan. mata dan deria mencari2 benda indah. Ya Allah! semuanya indah! ditepi2 jalan kami jumpa spot permandangan paling indah, spot yang takkan diketahui oleh orang yang naik teksi laju2. manusia yang pantas tak sempat menghargai hidup. mereka tak hargai sekeliling. semua mahu pantas. mereka pun tak tahu kenapa.

aku lain. masa perlahan ketika itu.

terima kaseh Tuhan kerana trip yang menarik. kerana masa yang panjang untuk menilai semula diri. terima kaseh kawan kerana temankan aku, ada juga orang yang boleh aku buli. terima kaseh ika kerana beri aku sendiri, sebentar. nanti kita pergi bersama pula, ya?

29.12.08

cerita pulau perlu tunggu

cerita dari pulau pangkor perlu tunggu kerana aku dan kamu harus tumpukan kepada isu semasa yang meruncing dahulu.

ESOK DEMO DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA SELEPAS ZOHOR

sang lahanat yahudi membunuh 7 orang bayi atas alasan memerangi keganasan di tebing gaza. lahanat2 takkan dapat beri alasan untuk 'kegilaan' mereka kali ini. ini bukan aksi pertahankan diri. this is the true form of terorism. pengganas bacul yang sembunyi dari keadilan dengan wang dollar dari dalam seluar uncle sam. (bukan samsul iskandar md akin)

itu cerita di tebing barat palestina. di tanah air sendiri;
Gabungan NGO Melayu Malaysia hari ini menggesa Raja-raja Melayu supaya membatalkan kerakyatan rakyat Malaysia yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menuntut supaya dipertahankan kedudukan istimewa mereka seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka membuat gesaan tersebut di perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Georgetown.

Kira-kira 1,500 orang - termasuk 400 kanak-kanak - dari sekumpulan 20 pertubuhan Melayu, menyertai perhimpunan selama dua jam itu yang bermula jam 9 pagi di Polo Ground, di luar Sri Mutiara - kediaman rasmi Gabenor Pulau Pinang. malaysiakini.

masih pikir cara untuk memboncitkan perut. patutlah melayu celaka.



oh al quds, satu hari aku akan memelukmu

26.12.08

bila aku lapar

bila aku lapar

..aku lupa pasal kebebasan
..aku tak hirau tentang demokrasi

bila perut kosong

..pedulikan rakan ditepi yang ditekan
maaf, aku perlu selesaikan diri aku dulu
..pedulikan tentang 'perkara2 kecil'
maaf, aku bukan mahu kenyang, aku cuma mahu alas perut

kalau kau mahu terus mengampu, aku juga tak peduli
kalau mahu terus dipuja, aku tak terkesan!

doa aku
Ya Tuhan, jadikanlah aku ini hambaMu yang bertakwa. jadikanlah hambaMu ini sentiasa hatinya bertawakal kepadaMu. sesungguhnya Kamu takkan ingkari janji. at talaq 2,3

aku lapar. bilakah masanya phoenix akan bangkit? bangkainya dah lama jadi abu.

22.12.08

khairy gelak kaw-kaw

khairy gelak kaw-kaw.

dia baling bola, pas dengan dap yang lawan sepak.

tv3 curahkan minyak tanah. wartawan dia cucuh api.

hahahahaha! dah perintah lima negeri, tapi masih tak reti-reti.

sembang dalam kelambu la woi. kami malu nak tau!

hahahahaha!!!!

19.12.08

Kamal attaturk pun tentang PPSMI (1)

PPSMI ; Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris

kamal attaturk adalah ikon besar turki, juga dikenali bapa turki (atta-turk). sikapnya yang mengagungkan turki sehingga beliau telah mengarahkan azan dalam bahasa arab ke bahasa turki. beliau memang nasionalis turki yang pekat yang gerakannya mengalir ke tanah melayu (bersama keturunan) untuk membantu gerakan nasionalis merayu untuk merdeka.

hishamudin husin onn (dengar kata) ada darah turki. beliau juga adalah ketua pemuda UMNO, sebuah gerakan yang 'memperjuangan nasib dan masa depan' orang melayu. dia jugalah yang menghina bahasa melayu dengan terus menyokong PPSMI.

celaka sungguh!

aku masih teringat dalam perjumpaan Tun Mahathir anjuran Prowaris satu ketika dahulu. anak-anak muda yang hadir bangun bertanyakan soalan dalam bahasa inggeris. ada saya sebut tak perjumpaan ini diadakan di ibukota? ya, kuala lumpur, bukan kota lon-don atau new york. anak-anak melayu berkumpul untuk membincangkan tentang masa depan melayu, namun berbicara dalam bahasa inggeris. jijik.

bahasa inggeris dipandang simbol status tinggi. jika bicara dalam bahasa inggeris, membayangkan dia belajar di luar negara - kelas, kan? bahasa melayu ini bahasa IKM, IKBN dan politeknik. hina,kan?

PPSMI akan terus menghina bahasa melayu. tidak cukupkah hinanya bahasa melayu sekarang? lihat saja bertapa hinanya orang yang mengkelek Utusan Malaysia. jika di baca pun kena sembunyi2. kalau ada orang nampak, cepat2 buat alas lapik duduk. peniaga pun tak mahu balut nasi lemak guna utusan malaysia, katanya nanti cepat basi dan tak laku.

kapitlah surat khabar 'the star' dicelah ketiak, baru nampak macam melayu profesional dan glokal!

anehnya UMNO, sang pembela melayu belum sedar. aku tak tahu mereka bodoh kah atau otak kematu. aku tak tahu mereka bengap kah atau memang dilahirkan lembab.

aku benar2 tahu tahu!

beberapa kali ketika di luar negara ketika terserempak dengan rakyat Malaysia di luar negara, kami dengan bangganya bicara guna bahasa melayu, tak kira melayu, india atau cina. itu identiti kita. itu tanda kita orang malaysia!

tapi kenapa UMNO masih nak sokong PPSMI. nak melayu larut? nak melayu hilang identiti? mana lagi melayu tanpa bahasa melayu? bangsat. ya melayu bangsat. menumpang budaya orang lain. bangsat la tu. di seluruh dunia kini bangsa-bangsa lain mula mencari jatidiri, memperkasakan budaya sendiri, mengajar anak generasi depan tentang peri pentingnya zaman silam, kita di malaysia hendak hapuskan semua ini. kenapa? akhirnya bahasa melayu duduk di dalam kotak kaca muzium atau hanya jadi persembahan kepada pelancong luar seperti silat, zapin, menora dan lain2.

aku yakin, kalau kamal attaturk masih hidup sekarang beliau juga akan bingung kenapa organisasi yang kononya memperjuangan nasib dan masa depan orang melayu, ingin membunuh bahasanya sendiri. UMNO, (bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tapi united malay national organisation akan membasahkan tangannya dengan darah melayu. melayu seluruhnya!

McFlurry (baru) yang tak bes dan DBP yang tak bes

aku bawak famili aku pi makan 'orange dream Mcflurry' kat McDonald. tak sedap. jus oren dan susu aiskrim mmg tak masuk. bluek!
korang pernah cuba buat air bandung campur aiskrim soda tak? kalau silap susu yang digunakan, susu itu akan berketul bila masuk dengan air berkabonat aiskrim soda. benda yang sama berlaku kat sini. dah la mahal, nak dekat RM5 untuk aiskrim sundae campur jus oren. lebih baik beli sundea kon, lepas tu gaulkan sendiri dengan jus orang, baru RM3. pendek kata- jangan beli sebab;
1)berketul-teksturnya tak bagus.
2)ramuannya tak berbaloi dengan harga.
3)rasanya tak berbaloi dengan harga.

aku bawak famili aku pergi jualan gudang DBP. mengecewakan. banyak buku2 lama (yang aku dah borong dulu). buku2 baru (pada pandangan aku) banyak ditulis oleh aziz deraman. aku tak ada masalah peribadi dengan dia, cuma bila dah banyak sangat buku 'tulisan'nya, macam ada yang tak kena pulak.
buku2 yang baru pula mahal2! bayangkan buku untuk kanak2 harga lepas diskaun RM6.80 . woi! harga minyak dah turun lah!
macamana nak galakkan rakyat membaca macam ni? huh! aku rasa macam lagi bagus hidup di indonesia yang toko2 bukunya penuh dengan buku2 yang berkualiti dan MURAH.
aku cuma beli dua buku, satu untuk safiah dan satu lagi buku Undang2 Kedah, RM18 lebih. mahal kan? hmm.. teruk lah korang ni DBP, dah la tak nak re-print gelombang kebangkitan asia. heh!
untuk mereka yang belum pernah pergi ke jualan gudang DBP ni, pergilah, buku2 lamanya berbaloi untuk dibeli. tapi untuk penagih buku yang selalu borong buku- ini bukan tempat yang baik.
lagi satu, kalau nak beli buku terjemahan DBP, hati2, baca 1 atau 2 bab (chapter) dulu. kadang2 terjemahan dia teruk sangat sampai otak kita kena translate balik tulisan tu dalam bahasa inggeris kemudian baru terjemahan semula ke bahasa melayu. buang masa dan sakit otak. terjemahannya boleh kata secara literal dan terus. tak bagus.

-------------------------------tamat-------------------------------------------------

kenapa aku grumpy? aku beli nasi kerabu kat pasar malam. ambil lauk 'ketulan' ayam goreng. bila balik aku, buka je bungkusannya, berketul2 tongkeng ayam; bukan daging ayam! arrgggh!!!!
lepas habis makan, (ya, aku makan jugak semuanya- lapar beb!) aku rasa sesuatu terlekat kat gigi. cungkil2 rupanya bulu ayam dari tongkeng tu.
ARRRRGGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sebab tu la aku kutuk semua benda. sekian

18.12.08

apa nak takutkan?

ini lagu dari Ga ga ga sp, sebuah band dari jepun dari genre ska rock.

ni lagu pembukaan untuk siri keroro musim kedua. memang rock habis. layan la liriknya sekali!



lawan dan terus lawan!!

13.12.08

exco Kelantan akan pakai Evo X? tak patriotik betul!



setelah kecoh2 exco Perak akan tukar kereta dari perdana kepada toyota camry, kini kecoh pula cerita yang kerajaan negeri selangor akan ikut langkah yang sama dengan mengutamakan kereta Jepun berbanding kereta nasional dengan alasan kos maintanance yang tinggi.




berita terkini yang aku dapat, exco kerajaan negeri kelantan pula aku tukar kereta kepada kereta mitsubishi Evo X! perghh... ni betul2 menghabiskan duit rakyat.






dan






sedutannya;




"The Royal Malaysian police has bought 25 high-powered Mitsubishi Lancer Evolution cars to catch criminals and speed hogs.The cars, worth several millions of ringgit, would be fitted with safety gadgets and would sport the looks of police patrol cars.Sources said the police had al­­ready taken possession and were testing the cars before sending them to the Road Transport Depart­ment for registration and approval."




"As these are government vehicles, the cost would be about half the showroom price of RM324,000 since they are purchased tax-free. Also, the Evo's 295 bhp engine is a thirsty powerplant but since the police also get tax-free petrol, that should not be a worry either!".




maka RM324,000 x 25= RM 8,100,000




breeeekkk!!!!! bukan exco kelantan la, PDRM rupanya! hahahah




berani korang panggil PDRM tak patriotik kerana tak pakai kereta nasional? mereka ni menggadaikan nyawa untuk jaga keselamatan kita tau!




-tamat-




cerita tentang camry exco perak dan selangor boleh di baca di sini;




Perak exco to get RM2.7mil Toyota Camry cars




Kerajaan Selangor Belanja RM 2.1 Juta Untuk Kereta Camry










10.12.08

masa untuk pilihanraya PBT!


aku tak dapat pikirkan masa yang lebih bagus untuk mengadakan pilihanraya selain sekarang. kita diambang sambutan ulang tahun jatuhan highlands tower, yang mana pihak PBT MPAJ lepas dari sebarang tindakan kerana imuniti yang melindungi PBT dari sebarang tindakan undang2; dan yang paling sedih, rakyat yang membayar pelbagai jenis cukai kepada mereka TAK BOLEH BUAT APA2!

sekarang waktunya untuk usulkan pemilihan ketua majlis bandaran yang baru, oleh rakyat, bukan pakatan rakyat, bukan dato menteri besar, bukan exco PBT, tapi rakyat!

ini masanya untuk kita bersihkan PBT dan memilih seorang pengurus majlis bandaran yang sanggup bertanggungjawab- accountable atas sebarang korupsi yang mungkin meragut nyawa. lihatlah sekarang, walaupun tanah di bukit antarabangsa runtuh, pembangunan di sekitarnya masih terus rancak. yang paling menarik, ketua PBT tak mahu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan! ini sikap umno yang pekat dan likat!

kalau pengurus majlis bandaran yang dipilih tidak melakukan tugas dengan bagus, 4 tahun lagi, kita tukar!

hidup rakyat!

7.12.08

takbir raya dari makkah

terima kaseh Allah untuk satu lagi hari yang indah!

6.12.08

menanti monsoon di terengganu

8 mac bila pakatan mendapat mandat besar rakyat, orang kata ABU, Asalkan Bukan Umno. tapi teori ni ternyata salah bila kekalahan kedua Umno di pematang pauh bila ada parti selain PKR iaitu AKIM masuk namun gagal mendapat 'undi protes' rakyat, seperti teori ABU.

kini angin perubahan akan memukul kuala terengganu pula. kali ini PAS bukan akan menang kerana jenteranya atau faktor Anwar, tapi pepecahan teruk dalam BN. MCA mungkin saja akan boikot kempen seperti di Ijok. MIC nyawa2 ikan. UMNO? haa... ini special.

UMNO di terengganu bergolak hebat bukan hanya MBnya, ahmad said yang bergaduh dengan hampir SEMUA bekas exco, tetapi juga bahang pemilihan agung UMNO yang akan memecahkan blok-blok jentera UMNO, dari wanita, pemuda, hinggalah ke MT, semua akan cuba tunjuk jaguh. tak percaya? haha. tunggu lawak badut2 ini.

wayang pertama: badut wanita : kem rafidah 'but why?' lawan kem shahrizad 'pantai dalam'.

wayang kedua : badut putera : 'naina' KJ lawan KT (khir tempe) lawan mukhriz 'anak mahadey'.

tapi kita kena duduk diam2, macam pak rastom kata, napoleon pernah kata, "jangan kacau orang yang tengah ralit korek hidung".

enjoy the show~

panduan merancang kematian sendiri(1)

"mati hanya sekali.."

rupa-rupanya kita lupa kita sentiasa dijejaki malaikat maut, ketika bekerja, memandu kereta, hatta semasa tidor pun; ada orang mati.

merancang kematian kita ni taklah susah, walaupun saidina Ali ra pernah berkata, "kalau hang takut pon mati, kalau hang tak takut pon mati". pokoknya mati tu dah tetap, ajal dah ditulis bila dan dimana, cuma kita saja tak tahu.

namun tiada masalah jika kita CUBA mengelak kematian dengan lebih berhati2, misalnya memakai tali pinggang keledar ketika memandu, tak buat perkara2 berisiko tinggi tanpa sebab seperti terjun bungee, dan tak ambil racun secara perlahan-lahan; basuh sayur sebelum masak, pilihan yang organik dll.

kenapa mengelak mati sedangkan ianya pasti?

sebab kita MERANCANG nak mati dengan cara yang lebih sempoi. mati syahid. yeah!

ameen.

3.12.08

hear ye! ulat-ulat buku!

tadi aku ke dawama (DBP) di hulu kelang.

khemah dah dipasang, stok buku dah di bawa masuk.

PESTA BUKU is coming to town! woo hoo!

tapi bermula 10 disember ni, jadi tutup la balik enjin kereta tu.

fatwa yoga : salah faham berpunca dari media!

bila media bubuh tajuk besar "yoga haram", ia mencerminkan seolah2 SEMUA yoga haram. ini salah! rujuk balik teks penuh fatwa;

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.



Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.



Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:



(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.



Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis. http://www.islam.gov.my/portal/yoga_Bm.php

bagi aku fatwa ni fair. sapa nak lawan jugak, payah la...

Tuhan lebih tahu

kaki pasak di PC, mata dah sakit. red alert 3

previu kegilaan baru aku.

awas, ada aksi seksi oleh gadis2 yang comel.

muahahahahaha!!!!!!!!

30.11.08

habes kongres dan bekerja semula

lagu ini buat SEMUA delegasi dan pemerhati yang datang ke stadium shah alam.

29.11.08

Sehari di kongres


aku bantu AIC dan unit strategi dan hubungan antarabangsa untuk buat pendaftaran ahli baru.

borang tebal, tapi aku taktau la sapa nak buat data entrynya.

peluh semalam aku masih berbau. aku belum mandi.

harap harini lebih rileks, insyaAllah, bolehlah aku balik dan sambung main red alert 3.

ameen.

28.11.08

mumbai on-trial

di mumbai ramai yang maut, ramai yang cedera.
penonton melompat2.
"itu orang islam punya kerja!" (bukannya muslim- tapi islam)
padahal baru baca tajuk pertama.

aksi teroris
bukan pejuang pembebasan
bukan tentera salibi
bukan tentera Islam
bukan penuntut hak
bukan pejuang demokrasi
bukan; semua bukan. kerana ianya berlaku pada 2008.

tentera al sadr? owh, mereka pejuang pembebasan kerana bantu tentera Amerika membunuh askar Iraq.

mumbai menangis.
entah aksi teroris. entah apa?
entah Deccan Mujahideen, entah apa?
kenapa mereka buat entah apa-apa?

kenapa suara mereka tak didengari sebelum ini?
entah kenapa.

mungkin mereka ini kumpulan militan malaysia atau jemaah islamiah. (haha!)

anggap ini satu kecaman terhadap 'serangan di bukan zon perang'.

27.11.08

pejuang tempang

(1)jalannya tak betul, kadang ke kiri, kadang ke kanan.
bukan kerana mereng, bukan kerana cacat,
pejuang tempang melaung keramat,
'suara rakyat suara keramat!'
dipoketnya kunci kereta baru,
ditangan disisip fail projek,
dihati penuh bangga,
aku ada jawatan tinggi.

'suara rakyat, suara keramat!'

bila susah pandai tunduk,
bila senang lupa diri.
jalan-jalan pandang langit,
kaki tersadung tersangkut bumi.

(2)'reformasi!' -diam dan sunyi....

pejuang tempang bingung,
kenapa laungnya tak bersambut?
cufflinks dilengan dibuka,
dijulang tinju ke udara,

reformasi!-diam dan sunyi....

aku dah ada pangkat dan darjat.
aku dah ada kuasa. kenapa kamu tak mahu dengar?
ini arahan: bila aku jerit, kamu jerit, paham?

aku, dan mereka semua menganggukkan kepala.
kami paham. kita paham.
ini umno nombor dua.
tapi umno ini lagi celaka,
tak sampai sepenggal dah naik kepala.

rakyat konon! prinsip konon!
reformasi konon! islah konon!
hoi pejuang tempang, dalam tengkorak kau ada kosong.
sebab itu kau tempang.
kekiri-kekanan. prinsip lalang. macam layang-layang.
sebab itu kau tempang.
pulangkan semua puji kepada Tuhan, dan kamu akan terus hidup.
pulangkan keyakinan rakyat, dan kamu akan terus bernafas.

wahai pejuang tempang,
mana guiding idea? mana program tarbiyah?
sebab itu kau tempang-so called pejuang.
sebab tu kau akan tumbang.

(selepas pulang dari melihat persiapan kongres PKR 2008 di stadium malawati, shah alam)

26.11.08

larangan arak di Shah Alam: bumilangit menjerit!

artikel ini aku ambil semula dari blog lama aku. mungkin ini dalam membantu pihak MBSA untuk perincikan masalah larangan penjualan arak. saranannya aku bold-kan untuk memudahkan pembaca.

30 oktober 2008

hari ini bumilangit ditergezutkan dengan berita larangan merokok di kaki lima. rokok? tembakau yang digulung dalam kertas putih. dibakar disatu hujung dan disedut di satu hujung yang lain. ini perbuatan yang salah kerana boleh menyebabkan kanker dan impotensi. rokok ini salah kerana membazir. rokok ini disalahkan kerana berbagai2 sebab. kesian rokok.

disatu sudut lain, terletak sebotol arak; pembenci panggil air kencing setan, penggemar panggil waiter, mintak tambah lagi.

arak ini tidak nampak kotor, tiada amaran kerajaan di luar botolnya, tiada larangan untuk minum ditempat awam- pernah nampak papan tanda dilarang mabuk2 di sini? tiada kajian mendalam tentang kimia merbahaya dalam bir dan samsu. apa arak tak sebabkan kanker? maaf ya, bukan arak - minuman keras, lebih sopan begini.

arak ini apa? air saja, diminum dengan ais, dikelab kelas tinggi- dan di seven eleven (cashiernya pakai tudung). arak tradisi beribu bangsa, untuk menghargai dewa2. arak ini tak apa, tak menyebabkan impotensi.

apa beza besar arak dengan rokok? mari sini aku bisikkan kamu rahsia besar.

“kalau kamu haramkan rokok, kamu akan dilihat sebagai masyarakat bertamaduan, dan bermoral tinggi;

jika kamu haramkan arak, kamu taliban”

arak ni lebih teruk dari rokok, beribu2 kali ganda. Allah dalam Al Quran bukan saja kutuk peminum arak, tapi juga penuai, pemerah dan penjual. buruknya arak dalam kehidupan manusia ini telah diketahui ramai, siapa pun tahu arak ni jahat. pernah kamu dengar orang membunuh kerana rokok? pernah kamu dengar orang dirogol kerana hisap rokok? tapi kenapa arak terselamat?

proposal bumilangit

1)arak perlu dijadikan barangan kawalan. tak boleh dijual sesuka hati. ketatkan lesen penjualan.

2)arak tidak boleh dijual dikawasan yang majoritinyan lebih 80% muslim ini termasuk kafe, kedai serbaguna 24 jam. kedai restoran cina/india, pasaraya besar dikecualikan. kat kuala lumpur ini, 7E kat keramat, kg baru, bangi dan shah alam tu, tak payah la jual arak.

3)jika kawasan itu komposisi bangsanya muslim dan non muslim hampir sama banyak, lesen penjualan arak perlu diberi dengan sekadarnya. misalnya di taman melawati, dan taman permata, hulu kelang, ada dua 7-11 yang jual arak dan pasaraya besar Giant untuk beli arak secara borong. ini sangatlah tak perlu. kenapa? tak minum arak nanti jatuh sakit kah? ia bukan satu necessity. tutup kedua2 7-11 dan hanya benarkan giant saja yang jual arak. kalau ketagih sangat nak minum sampai mulut berbuih2 masa pukul 2-3 pagi, pergi saja di wangsa melawati (10 min jalan kaki dari giant).

4)sebagai pemulaan, kedai 7-11 yang berhenti jual arak, cukai iklan papantandanya tak perlu bayar sebagai insentif.

5)orang muslim tak boleh jual arak, hidang arak atau memandu lori yang membawa arak. ini termasuk pilot dan pramugari MAS.

a) MAS wajib berhentikan hidang arak kerana arak telah mencatatkan beberapa kes keganasan (air rage)dalam penerbangan termasuk gangguan seksual kepada pramugari. adakah MAS akan rugi kalau berhenti jual arak? TAK! berapa orang dalam dunia ni travel hanya untuk minum dalam flight? MAS patut pikir berapa ratus ribu RM yang dapat dijimatkan jika arak tidak dihidangkan. aku dengar ada beberapa syarikat penerbangan sudah pon haramkan arak, national carrier islam hadari bila lagi?

b) di kedai serbaguna 24 jam/ kedai rucit yang jual arak, wajib guna vendor mesin yang boleh baca kad pengenalan untuk pastikan pembeli lebih 18 tahun dan non muslim. tak boleh jual terus. dengan ini, cashier tu boleh terus pakai tudung.

6) kilang arak dah tak boleh bukak kat malaysia ni, simply sebab tak perlu.

7) dipasaraya besar, arak wajib dibayar dilorong 'non halal' yang digunakan untuk membayar daging babi.

ok dah, sesapa nak tambah?

kembali kepada isu rokok, saya rasa patot juga kerajaan wajibkan gambar ‘ngeri’ seperti di kotak rokok itu dilaksanakan juga kepada kotak cigars. amacam nazri (aziz)? ada efek tak?

semoga Tuhan bantu mereka yang bantu agamaNya. ameen

25.11.08

Sang Murabbi : filem terbaik selepas Sarjan Hassan!

sebelum ini dalam blog aku kat wordpress, ada aku iklankan filem Sang Murabbi.

kepada rakan2 yang berminat untuk sertai tayangan dan sesi bedah filem, satu program khas akan diadakan seperti berikut;

Hari/Tanggal : Minggu, 30 November 2008
Tempat : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Bintang Tamu: Irwan Rinaldy (pemeran utama), Neno Warisman, Zul Ardhia (Sutradara)
Harga Tiket : RM50 -> Sessi I (Pk.08.30 – 13.00) + ngobrol bareng
artis Sang Murabbi.
RM10 -> Sessi II (Pk.14.30 – 16.00)
Bonus : Doorprize

daripada tengok cerita madagascar 2 i like to move it move it, baik la bawak anak2 tengok cerita ni, mana tau dapat ganti ustaz rahmat!


atau layari www.sang-murabbi.blogspot.com

24.11.08

kjaan kapitalis vs kjaan komunis vs kjaan malaysia

mungkin ini dapat gambarkan beza sistem pemerintahan. politik darjah satu.

kerajaan kapitalis;

dalam perut bumi ada minyak, tawar syarikat koperat untuk dagangkan hasilnya agar mendapat keuntungan maksimum. cukai dipulangkan kepada kerajaan. rakyat dapat untung dari syarikat dan negara.

kerajaan komunis;

dalam perut bumi ada minyak, panggil rakyat untuk usahakan bersama, hasilnya dikongsi bersama.

kerajaan malaysia;

dalam perut bumi ada minyak, jual keluar negara kerana bermutu tinggi, beli minyak murah dan jual kepada rakyat. rakyat bayar 30 sen lebih mahal dari harga sebenar. untungnya diedarkan kepada kawan rapat, sedara mara, dan menantu. 'bonus' yang petronas bayar tahun lepas sunyi je, tetiba nak korek duit rakyat dalam kwsp untuk 'pacu' ekonomi negara.

23.11.08

kelab jiwa luka : dedikasi buat diana danielle

'kenapa kau lukakan hatiku wahai dani? kan aku dah janji nak belanja slurpee?'

semalam aku dapat berita sedih dari sahabat aku yang hantar gambar diana danielle pakai 'two piece swiming suit'.

aku kecewa. aku masuk kelab jiwa luka. dengar lagu jiwang 80-90an. sedih beb. apsal ko buat kat aku macam ni dani? kenapa ko bogel kat khalayak umum? sob sob.

malam tu sang 'malaikat' datang memujuk.

m: dia bukan bidadari pun.

aku: biar benar beb, kalau dah cun macam tu pun bukan bidadari, nak cun macamana lagi?

m: kau cuma pikir apa yang kau tahu. kan kau tak dapat bayangkan apa yang kau tak pernah lihat.

aku: owh, memang pikiran aku limited. mungkin sebab tu aku tak dapat tengok sayap ko. ada orang kata macam rama-rama, ada yang kata macam sayap burung.

m: kau nak tengok bidadari tak?

aku: ko biar betul!

m: aku ada bawak gambar.. nah!

aku: lawak la tuh!

kembali ke alam asal.

aku cuma kejar apa yang aku nampak. cita2 aku yang jauh, yang dijanjikan kat depan,yang manusia tak nampak- itulah yang aku selalu terlepas pandang. rugi betul aku ni.

harap yang tergantung selama ni dah hilang. mungkin bukan aku, tapi orang lain. harap ini yang menutup kotak hitam pandora.

buat dani, tiada lagi janji slurpee, maaf. aku cuma nak sang bidadari. (bukan hume, tapi bidadari!)

nota: rakan aku ni janji nak terjemahkan lagu tema keroro dari Ga ga ga SP untuk aku. terubat jugalah hati ini.

21.11.08

mari berzanji dan marhaban

tak, ini bukan jemputan cukur jambul.

-pecah peluh-

jiran depan rumah aku ajak pergi majlis marhaban/cukur jambul. kat kampung aku mana ada benda2 gini. kami semua, dari ketua kampung sampailah ke tauke kedai kopi; semua salafis. (haha).

aku tanya bini aku, orang johor. dia kata marhaban ni ada dua sesi, lelaki dan pompuan. masa aku keluar rumah tadi ada perempuan saja. aku patah balik.

(updated)
bini aku kata group lelaki dah sampai. lagi 5 minit masuk waktu zuhur. (hmm..?) aku kena pergi sekarang. ini majlis berendoi/cukur jambul/marhaban pertama dalam hidup aku.

-pecah peluh-

20.11.08

tahan teksi

(gambar hiasan)

satu watak, suatu hari di tepi jalan di pinggir kota.

watak 1: -tahan teksi-

-teksi berhenti-

-buka pintu-

Pemandu: mau pergi mana?

watak 1: ban kaya satu, air kotak laici satu.

ini ialah reaksi terhadap idea bijaksana noh omar untuk membenarkan pemandu teksi menjual makanan ringan.

17.11.08

majalah wajib beli bulan ni!

entry ni terdiri dari dua bahagian, pertama intro (sangat tak penting dan tak berfaedah); kedua aku promot off the edge bulan ni.


part one
ceritanya macam ni...

semalam masa on the way balik umah dari tempat kerja (ya, aku kerja hari ahad sebab harga pampers budak belum turun), tetiba hujan- lebat pulak tu!. masa tu kat NKVE. aku pon apa lagi, cilok baeeekkk punya menggunakan Honda wave 125. cilok punya cilok, masuk shell untuk berteduh. kat shell tu ada ATM maybank, kedai serbaguna, KFC dan kedai buku. secara fitrahnya, dalam sejuk2 begini kalau kena ayam goreng KFC yang panas berasap tu- peerrgh! tapi sebab aku tak banyak duit, aku pergi round kedai buku kot-kot ada majalah menarik.

dalam rak majalah, senarai wanted aku ialah newsweek, times, i, seni beladiri dan off the edge. (maaf, mastika dan URTV tak termasuk). selak punya selak, off the edge bubuh muka tok guru nik aziz kat depan. perggh! ini mesti baca. rupa-rupanya diorg interviu tok guru. off the edge ni kadang2 bes, kadang2 tak bes. dia pernah interview beberapa politikus dimasa yang songsang, Anwar- ketika dia tengah diboikot oleh Mass media, Mahathir- ketika dia dah bukan PM dan Azmin Ali-?.

aku sambar la bai, tunggu lagi? sebelum membuat pembayaran, aku tengok dulu iklan arak kat muka belakang majalah tu, 'bombay sapphire'- product of england.

part two
kenapa interviu tok guru nik aziz dalam off the edge dan tidak sebegitu signifikan dalam harakah atau siasah? -farish A noor.

encik farish punya pemikiran tidak selurus lebuhraya utara selatan,sebaliknya bengkang bengkoknya sering membuatkan kita terbeliak biji mata dan segar minda. majalah off the edge (OTE) pula audiensnya tertumpu kepada budayawan pemikir muda, (golongan enlighted mungkin?) yang bukan condong kepada Islamis. macamana nak hidangkan pemikiran tok guru nik aziz kepada golongan macamni tanpa memperjudikan statistik jualan OTE? dalam hal ini, encik farish telah menjadi jambatan yang sangat berkesan!

interviu ini berkisar tentang topik luas, dari politik, pengaruh idea, sejarah dan personal tok guru. tidak seperti temuramah biasa, bahasa yang digunakan oleh farish dan tok guru bagaikan sehati berdansa, kedua-duanya memainkan peranan mereka dengan baik dan seperti memahami satu sama lain. yang lebih syok, farish gunakan bahasa kedah untuk menyoal dan tok guru jawab guna bahasa kelantan. ini yang otentik! kemudian barulah diterjemah dalam bahasa orang putih.

berita paling hot dalam interviu ini ialah bila farish cuba mencungkil rahsia keturunan tok guru nik aziz yang turun dari susur galur raja langkasuka, ketamadunan melayu pertama dia di asia tenggara. kalau nak tahu lebih lanjut, rujuk blog lama aku, entri mencari melayu. apa jawapan tok guru? apa lagi cerita disebalik keturunan darah Raja melayu yang paling tua ini? kenapa tok guru rahsiakan semua ini?

nak tahu, beli lah sendiri beb!

penutup
dah beli, aku pergi kat ATM, cucuk duit dan beli 2 ketol ayam KFC. baca sambil tunggu hujan berenti. hah!

**aku tak mendapat apa-apa upah dari 'iklan' ini, tiada duit, tiada 'bombay sapphire, distilled london dry gin'.

16.11.08

Isu Pengkid : jangan sokong polis moral

Rata-rata umat manusia madani kini menentang mewujudkan polis moral; istilah yang popular di Malaysia setelah serbuan oleh JAIS dan RELA di pusat hiburan Zouk sekitar tahun 2005. Moral police ini kononnya ditubuhkan untuk menguatkuasakan ‘undang-undang’ moral, satu tindakan yang jelas mencabul hak kebebasan individu.

Baru-baru ini, beberapa NGO seperti FoodNotBomb dan katagender pula memprotes fatwa yang mengharamkan perlakuan pengkid oleh gadis muslim dan sekali lagi isu polis moral ini dibangkitkan.

Untuk memahami isu ini, kita perlu memahami ‘moral’ itu sendiri. Moral berkaitan pertimbangan ‘betul-salah’ dalam sesuatu pertimbangan. Professor Harvard Law School, Alan M. Dershowitz berpendapat, moral bukan isu betul atau salah, cuma pengajaran yang kita dapat darinya. Kerana itu persepsi dan indikator moral tidak sama bagi sesuatu bangsa atau zaman.

Jika kita lihat dengan pandangan makro, nampak jelas yang moral tidak perlu penguatkuasaan kerana tidak atau pandangan seseorang tentang betul atau salah, tidak sama. Bagaimana untuk membentuk satu peraturan jika sesuatu itu tidak tentu betul salahnya? Tindakan mewujudkan polis moral hanya akan menghina kebijaksanaan individu, seolah-olah kita tidak mampu berfikir perkara betul salah dan penguatkuasaannya pula akan kacau bilau kerana moral bukanlah suatu yang tetap.

Polis moral ini bukan saja wujud di Malaysia yang mengamalkan Islam hadhari, tetapi juga di negara India, Nepal, Arab Saudi dan Israel. Jadi, adakah moral itu hak individu? Ya, tetapi jika ia dibezakan dengan akhlak.

Akhlak berasal dari bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai. Dalam Islam akhlak dikaitkan dengan nilai. Nilai itu pula dihubungkan dengan al-Quran dan sunah Nabi s.a.w. Contohnya, seseorang itu dikatakan tidak berakhlak sekiranya melakukan maksiat. Maksiat pada nilai Allah (al-Quran) dan nilai sunah Nabi s.a.w. dianggap kerja-kerja yang menyalahi. Sebaliknya sekiranya seseorang itu amanah terhadap janji ia dikatakan berakhlak kerana menepati janji. Amanah kepada janji atau menepati janji adalah ajaran daripada Allah dan ajaran daripada Nabi. Oleh itu konsep akhlak dalam Islam berkait rapat dengan nilai Ilahi dan nilai Nabi. Apa yang Nabi lakukan kita ikut dan apa yang Allah tidak suruh atau larang, kita jauhi.

Beza besar antara moral dan akhlak ialah moral berkaitan tentang norma atau kebiasaan manakala akhlak bersumber kepada Al Quran dan sunnah. Persoalan yang timbul kini, adakah kita tak perlukan polis akhlak?

(bersambung kalau aku rajin)

7.11.08

M16 cari tajuddin MP pasir salak.

mapley, mau minum apa?", sapa anney sambil tarik kerusi untuk aku.

"teh tarik kaw kurang manis". aku tak tengok pun muka dia, mata terpaku kat TV- slot buletin utama. macam-macam berita pelik2 keluar mutaakhir ni, tak payah beli majalah misteri, tengok berita kat tv dah cukup.

"do you have nescafe?", cet, speaking mat salleh pulak mamat ni, ingat ni starbucks ka?

"yes sir!", makin kuat angguk anney ni, taat betul. sisa radioaktif penjajah masih kuat dalam minda kita kot.

"then i'll have nescafe o tarik, shaken, not stirred."

perrgghh.. biar betul mamat ni.mai nak tengok muka sikit. tak handsome pun. hensem lagi aku. ukur2 badan, taf lagi aku.

dia keluarkan peta malaysia, penuh satu meja. aku rasa macam nak pergi kat meja dia dan tanya, your great country, where your came from, dont have GPS uh?

dia perasan aku perati dia. dia senyum. aku senyum balik.

"do you know where is pasir salak?" ni anak cucu JWW birch ke apa? haha!

"yes, its in the state of perak". aku bangun dan pergi tunjuk kawasan pasir salak dalam peta dia.

"ahh.. there you are. thanks. my name is bond, james bond". tangan besar dia hulur kat aku.

bumilangit. senyum. kalau aku bagitau kat mak aku ni taubat dia tak percaya. "so your are here just visiting or..."

"no, no.. im looking for my old friend, 'tajuddin'. he is MP for pasir salak, do you know him."

mamak datang hantar air. cawan nescafe tu special, siap ada corak2 dan coaster. i wonder, betul ke korang ni dah merdeka?

aku angguk. aku kenal muka dan perangai je. kalau nomor telefon tu, aku takdak.

"owh good". dia bukak kasut, dail nombor dan letak kat telinga.


"i found him". senyap. "i'll bring that bloody bastard back for good."

aku buat muka blur sotong.

"does your name has some sort of meaning?" bond buka bicara. ini style perisik bila nak korek rahsia, mula2 dia ajak bersembang, bila kau dah selesa bercakap, baru dia selitkan soalan yang dia nak tanya. Freud.

"ya, earth-sky". betul ke? macam tak bes je nama aku bila dah translate.

"owh, what about perak?"

"perak is silver."

"mm.. pasir salak?"

"barking sand". dahi aku berkedut. betul ke ni?

"barking as in woof woof barking?"

ye la kot. mana aku tau. "yes yes".

"haha!", dia gelak sambil menampakkan sawi kat celah gigi dia.

"barking dog seldom bites". separuh berbisik.
"let me tell you something about this tajuddin fella. we've been looking for him for 15 years, i was shocked when i was told that he become an MP in malaysia. that bloody fella become MP?"

15 belas tahun? aku memang kena ajar dia pakai GPS. "why are u looking for him?"

"that bloody bastard..." mukanya berkerut macam menyesali sesuatu.

kalau nak tahu berita penuh, tontonlah cerita quantum solace di pawagam berdekatan anda!

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2394512/Article/index_html

6.11.08

Obama : produk asy-syahid Malek Syabaz

(entri ini ditulis berdasarkan memori bumilangit yang membaca biografi X 2 tahun lepas, kalau ada kesilapan, harap maaf)
kemenangan obama diraikan di seluruh dunia; bagaikan harapan perubahan Amerika membawa juga harapan baru untuk bumi. Satu sejarah baru dicipta, bukan kerana presiden Amerika yang baru ini berkulit gelap, tetapi kerana simbol penghakisan sifat perkauman berdasarkan warna kulit.

Sejarah yang baru dicipta ini sebenarnya adalah aliran masa yang panjang, seperti sungai yang berliku. Mungkin kemenangan obama ini tanda arusnya sudah sampai ke muara. Sungai ini ada hulunya- ada asal usul mata air, yang mana ditinggalkan oleh pejuang lama yang aku berani kata, ‘dilupakan’. Malek al Syabazz, atau Malcom X, pejuang Islam yang syahid kerana ketegasannya.

Amerika di zaman muda malcom X, atau nama timangannya Red tidak seindah kini. Menurut buku autobiografinya, The Autobiography of Malcolm X ; warga kulit hitam ketika itu dihina oleh kaum kulit putih, tidak diberi peluang secukupnya dan hidup tanpa wawasan dan ‘masa depan yang sebenar’. Warga kulit hitam disisih dan dianggap manusia kelas kedua, punca masalah social dan hidup di’setinggan’ kota. Red juga tenggelam dalam arus ini. Dia tanpa malu berkongsi sejarah hitam hidupnya yang bergelumang dalam dunia dadah, rompakan, dan pelacuran sehinggalah beliau dipenjarakan ketika berumur 21 tahun.

Dalam penjara, beliau mula mengenali pertubuhan ‘Nation of Islam’, organisasi warga kulit hitam radikal yang memanggil semua orang kulit putih sebagai syaitan. Nation of Islam (NOI) amat berbeza dengan Islam yang dibawa oleh RasululLah dari semua segi. Red banyak menghabiskan masa dalam penjara dengan membaca, bila keluar, beliau terus berjumpa dengan ketua NOI, Elijah Muhammad dan dari situ Red menukar namanya dari Malcom Little kepada Malcom X, digugurkan Little kerana itu bukan nama sebenar keturunan beliau sebaliknya ianya telah diberi oleh pemilik ‘hamba’ yang membawa masuk datuk-nenek beliau. NOI berkembang dibawah kepetahan dan kepintaran Malcom sehingga berjaya mengkader beribu2 ahli baru. Amerika mula melihat kepada susuk Malcom dan media mula berkejaran mendapatkan beliau. Warga kulit hitam mendapat wira baru untuk menyatukan bangsa mereka dan memberi nafas baru dalam kehidupan mereka. NOI memberi jatidiri baru untuk menjadi seorang warga kulit hitam. Dengan teori orang kulit putih adalah hasil eksperimen silap seorang prof gila, warga kulit hitam sudah boleh berjalan dengan dada yang tinggi.

Pehimpunan NOI diadakan di stadium2 bagi menampung jumlah penonton yang ramai. “My beautiful black sister” kata malcom, memuji kecantikan wajah gadis afrika- untuk tidak cuba poyo yoyoan meniru rupa orang kulit putih. Harapan baru sudah terukir, warga kulit hitam bukan lagi kulit kacang untuk dipijak ditepi kaki lima!

Keimanan Malcom terhadap NOI mula goyah selepas ada berita hubungan sulit Elijah dengan setiausaha sulitnya. Setelah disiasat dan didapati benar, Malcom meninggalkan NOI dan tinggal bersama peninju terkenal. Muhammad Ali buat beberapa ketika. Ali mengajak Malcom mengenali Islam yang sebenar dengan lebih dekat. Malcom mengucapkan kalimah tauheed dan menukar nama menjadi Malek.

Antara perkara pertama yang Malek buat selepas menjadi muslim ialah mengerjakan haji di Makkah. Beliau ceritakan dalam buku itu bertapa perjalanan haji itu benar2 mengubah hidup dan persepsinya mengenai dunia. Dalam odisi itu, dia lihat bagaimana persaudaraan Islam melepasi sempadan warna kulit, tak kira arab, hitam, puteh atau sawo matang, semuanya sama darjat; tak seperti yang diajar oleh NOI, black supremacy. Inilah yang sepatutnya disebarkan dan dikembangkan bila pulang ke Amerika nanti. Malek menambah namanya menjadi Malek alSyabaz, kerana percaya itulah nama datuk nenek beliau sebelum diculik dan dijual sebagai hamba di Amerika.

Bila pulang ke Amerika, Malek El Syabazz mengalami pelbagai tribulasi dan ugutan dari pihak ultra kulit putih dan pengikut NOI yang ingin membunuh beliau. Beliau akhirnya syahid dalam cuba memurnikan ajaran Islam dari NOI dan mempromosikan kesamaan hak berbeda kulit. Ini berlaku pada 1965.

Tahun 2008 menyaksikan hasil perjuangan jerih Asyahid Malek Syabaz, pertamanya meningkatkan keyakinan kaum kulit hitam dan memberi mereka harapan baru dan yang kedua memperjuangkan kesamaan hak pasca pulang dari Haji. Aku tak percaya obama akan berjaya tanpa sungai masa ini melalui gentir liku Malek al syabaz.

Semoga Allah merahmati roh beliau, amen."Time is on the side of the oppressed today, it's against the oppressor. Truth is on the side of the oppressed today, it's against the oppressor. You don't need anything else."

5.11.08

bulatan yang paling aku suka

aku baru balik dari satu program bulatan. jujurnya aku kurang bersungguh2 dengan program2 sebegini kerana sebab2 yang aku tak boleh dedahkan. (tapi join jugak sebab nak luruskan hati; kadang2 kau tak suka benda tu, tapi Allah suka~)

dalam bulatan hari ini, 'artis' jemputannya membincangkan al quran dan manusia dan bertapa manusia selalu terlepas pandang kehebatan Al quran, walaupun sering membacanya. dia juga membincangkan kenapa kita lebih mudah menerima fakta sains dari fakta Al quran walaupun benda tu dah memang ada dalam Al quran.

sebelum akhir, dia kupas tentang reformation, renaisance dan revolusi yang membentuk budaya sains barat hari ini. mata aku cerah la bila masuk bab2 ni. aku tolong sambung tentang ibnu rusyd dan kaitan falsafah dalam membina rangka sains.

hahahaha.. inilah bulatan paling bes setakat ini.

nota kaki;
yang aku boleh tahan lama dalam bulatan ni adalah sebab naqib aku belajar psychology dan falsafah, so kira satu kepala la. kalau tak, dah lama aku 'chow' kot. terima kaseh ALlah!

4.11.08

korban di bangladesh

aku baru dapat mesej dari ustaz ridzuan md noor yang kata dia akan adakan korban di bangladesh tahun ni,
satu bahagian RM250. akikah pun ada.

berminat, sila kontek dia atau email aku di jonbuobage(o)yahoodotcom

berhenti 4:49



jika aku dapat kongsi dengan komrads. perhatikan terjemahannya. adduhh...

3.11.08

madam low PKNS : obama dalam kelambu


hari ini Amerika akan buat pilihan, obama atau mc cain. bagi aku, dua2 tak guna. kenapa? belanja aku teh tarik dan aku akan cerita.

hari ini selangor sibuk kisah Madam Low, orang tionghua yang dilantik memimpin PKNS, pertubuhan kebajikan bangsa melayu. haha! korang pun perasankan, takdak pon nama melayu kat situ!

kat amerika sana, obama ni kira pendatang la, macam khir toyo. nenek dia pon masih ada di kenya. amerika ini bukan di afrika, dia dibenua lain, dijumpa orang columbus yang sesat semasa cari india.

madam low nendanya tidaklah aku tahu kat mana, tapi pada ukuran usia, aku rasa dah tak ada.

obama laungkan 'the change we need' - perubahan yang kita perlukan. madam low adalah perubahan itu.

selepas mengambil alih kerajaan negeri selangor, mahu tak mahu pihak pentadbiran PKNS haruslah mengikut angin perubahan yang ditiupkan oleh rakyat. akhir2 ini kita dapat lihat usaha Khalid Ibrahim cuba mengambil alih SYABAS dan mereformasikan agensi2 yang dirasakan perlu untuk melancarkan pemerintahannya di selangor. sekarang tiba masa untuk mengambil alih PKNS, bila pengerusi yang lama tamat kontrak, inilah masa yang terbaik untuk meletakkan tokoh yang dapat bekerjasama dengan MB. panggillah kronisme atau apa, kalau aku pun, aku akan lantik orang yang aku rapat dan benar2 percaya.

dalam proses transisi ini, perlu ada seorang yang akan mengambil jawatan pengerusi buat sementara. jika nak lantik timbalan pengerusi, aku rasa tak sesuai kerana nanti kena turun jawatan balik bila pengerusi baru datang. kan janggal macam tu.

bila Khalid lantik madam low yang berstatus kontrak, tiadalah rasa pelik sangat bila dia kena turun jawatan nanti, mungkin boleh bersara terus.

aku juga ingin tengok PKNS dibawah tadbir madam low, adakah lebih baik dari pentadbiran orang melayu? jika ya, beliau akan set standard baru dalam PKNS. tak bagus ke macam tu?

aku percaya, khalid akan ambil orang luar untuk bantu jana duit PKNS. selangor adalah negeri Pakatan Rakyat yang tak dapat banyak bantuan dari Pusat, maka dia harus jana duit sendiri- duit yang banyak. Khalid bukan orang sebarangan, seorang strategis yang hebat- satu kali dia pikir macam seratus kali dia pikir. haha

melayu yang jeles sangat dengan perlantikan madam low ni kena ingat, dalam pertandingan lumba lari, jika kita ikat kaki lawan kita dengan pemberat, ia takkan membuatkan kita lari lebih laju. tak perlu sekat orang lain, sebaliknya kita perlu belajar bagaimana dia dapat lari laju- atau berlatih bersamanya.

esok obama akan menang di negara majoriti orang puteh. yahudi, british, polish dan hispanic akan redha orang kulit hitam pimpin mereka ke arah perubahan.

esok belum tentu untuk kita; mungkin masih cuba tidur dalam kelambu bangsa.

1.11.08

wasiat setahun lalu

wasiat ini ditulis pada 9/11/07, sehari sebelum perhimpunan BERSIH. ketika itu kerajaan menakut2kan rakyat agar tidak turun berhimpun dengan 1001 ugutan. roadblock, media, semuanya mencengkam jiwa rakyat. tiada sapa sangka perhimpunan itu akan berjaya. dari bibit ketakutan itu, aku tulis wasiat ini-just in case aku takkan dapat tengok dunia luar lagi. ini aku kutip dari blog lama aku.mari kita gelakkan hari semalam!

Surat Satu

Ya Tuhan, hambamu ini sedar dia sering bongkak dan angkuh terhadapMu. Dia juga dengan sedar sering biadap denganMu.
Tapi hambaMu ini tahu yang Kamu tahu (sesungguhnya Kamu Maha mengetahui) yang tak sedetikpun hambaMu ini pernah lupakanMu, hatta ketika aku berlaku serong.

HambaMu ini tiada pernah berTuhankan selain dariMu. Ya Tuhan, Kamulah Tuhan ketika hambamu ini senang dan susah.

Kalau elok bagiMu maka eloklah bagiku. Hambamu ini serahkan batang tubuhnya dan nyawanya padaMu. Ia tak pernah jadi milikku.

Jika ada ruang kasih Ya Tuhan, baikkanlah keluargaku, umat Muhammad seluruhnya. Jagalah keluargaku dari api narakaMu. Hambamu yang kerdil ini tahu, jagaanMu lebih baik dari jagaanku sendiri. Dan anak-anakku yang tidak berdosa itu, jagalah mereka. Tiada lagi yang hambaMu ini harapkan melainkan Kamu sahaja.

Surat Dua

Mama dan abah. Jon tau yang semuanya akan marah setelah apa yang terjadi. Jon tak terkejut dan dah tahu perkara ini akan terjadi. Sebab tu jon tulis surat ni siap-siap. Bijak kan anak mama ni?

Jon takdak alasan nak bagi untuk justify tindakan jon. Jon pun malas nak salahkan orang lain terutamanya kerajaan sebab semua orang tahu jahatnya mereka.

Jon cuma nak bagitahu bertapa teringinnya jon nak peluk mama dan abah. Peluk erat-erat. Kenapa jon tak pernah peluk mama n abah sebelum ni taklah jon tahu. Mungkin sebab ego kot. Atau mungkin ia symbol kejantanan. Hahahaha. Sekang baru nak nyesal. Kaklia, tolong pelukkan depa untuk jon~

Surat Tiga

Ika ika sayang! Hanya engkaulah makhluk yang layak dipanggil kekasih. Penampung tulang belakangku sehinggalah hari ini. Terima kasih sayang.

Bila ingat balik sejarah panjang kita, masa gelak dan sedih. Masa tu semua dah berlalu. Mari kita gelakkan masa lalu! Bertapa bodoh dan tabahnya kita. Bertapa berani dan gopohnya kita. Ketawa dan ketawalah lagi!

Ika, masa depan mungkin nampak gelap. Sebenarnya, sejak kita bersama, kita tak pernah tau pun apa nak jadi masa depan,kan? Tapi setakat ni, ok je, kan?

Jon tau ia akan jadi susah sikit tanpa jon. Tapi jon yakin, Allah akan tolong awak. Jon dah taktau nak mintak tolong sapa sebenarnya.

Awak buat la apa yang patut. Apa sikit yang jon ajar awak selama kita bersama ni, harap-harap akan beri kefahaman tentang apa yang jon buat dan kenapa jon buat semua ni. Jon tak kesah kalau awak tak bangun dan lawan untuk jon. Awak tu bukan jenis macam tu. Jon tau. Duduk rilek dan tunggu jon.

Anak-anak kita tu awak buat la apa yang patut. Janji besar jadi manusia yang tak penting diri. Ajar depa untuk berkongsi walau satu biskut meri. Ajar depa untuk jaga each other. Ingat, jangan selalu marah dan tengking, nanti awak akan send wrong message.

Ia akan jadi sesuatu yang sangat susah dan panjang sayang, dan yang paling sedih, jon takder nak tolong awak. Maaf. Jon sayang awak.

Jon janji sayang, insyaAllah jika panjang umur, satu hari nanti kita akan duduk kat tepi pantai, pada waktu malam, sambil minum kopi, sambil tengok bintang, jon akan kata kat awak, “awak ingat tak masa dulu? Masa kita susah, dan masa kita senang. Semuanya dah berlalu. Mari kita ketawakan masa lalu”

Surat Empat

Buat ibu dan bapa mertua ku, kakak2ku, dan saudara mara aku. Maaf kerana perlu susahkan kamu semua. Tolong jaga ika seadanya. Jon tak boleh janji apa-apa. Hanya Allah mampu balas jasa baik kamu semua. Dan setahu jon, Allah la yang paling bagus kalau nak mintak balasan. Maaf kerana perlu susahkan kalian. Maaf sangat-sangat!

Surat Lima

Buat seluruh rakyat Malaysia dan seluruh umat manusia. Islam diturunkan untuk bebaskan manusia dari ditindas oleh makhluk Allah yang dinamakan manusia. Jangan tunduk atau takut kepada manusia.

Penjara ini bukan menutup kebebasan aku. Aku bebas. Aku merdeka. Ia cuma batang –batang besi yang disusun agar jasad aku tidak dapat pergi kepadamu, satu per satu dan bisikkan bertapa nikmatnya kebebasan itu. Kebebasan tanpa takut. Jeriji ini pula yang dibuat untuk takutkan kamu. Jangan takut! Kerana kebebasan itu dirampas kerana takut.

Berdirilah dengan dada mu tinggi. Sebagai manusia yang bebas. Bukannya tunduk sebagai hamba, penuh takut dengan makhluk Allah juga.

rumah baru

ini rumah baru aku. nak masuk kena basuh kaki dulu.