soalan ini timbul bila aku lihat rakan2 dah pakai kereta besar dan berpangkat besar. aku juga mahu seperti itu.
aku rasa, aku mahu;
pangkat tinggi, jadi seperti seorang bos yang banyak kuasa. bila dipandang orang takut. bila suruh orang buat kerja, hanya tunjuk kaki. orang pun tak berani melawan perintah ku. bila berjalan, semua orang kenal dan ampu, "bos semakin slim-lah".
aku juga mahu harta banyak! kereta mewah besar yang tak mampu dibeli orang pengusaha MLM. aku mungkin mahu hummer, atau BMW dua pintu, atau honda baru. bila di jalanraya semua kereta akan memandang. aku mahu duit banyak, agar aku boleh pergi ke serata dunia, lihat kebun limau di itali, berbasikal menyusuri kebun anggur di perancis, berguling2 di ladang lavender di korea dan berjalan perlahan2 di antara batas tulip di belanda. aku juga mahu rumah besar di atas bukit, yang mana anjungnya mengadap hutan hijau. bayangkan kamu bangun pagi2, tersedia kopi di meja, dengan permandangan pokok dan burung melompat2. apa lagi yang lebih hebat dari bau kopi dan udara segar?
dan gadis2 comel. putih gebu dengan skirt pendek. mata besar dan bibir mugil tunggu digigit. dan bayangkan begini, bila setiap pagi, kamu ingat kamu dah mati kerana bila buka saja mata, ada bidadari sedang tidur di sebelah. satu lagi permandangan indah!
atau aku mahu terus begini, menolak dunia, kerana yakin adanya hari pembalasan, yang akan mengira satu per satu setiap perbuatan ku. setiap sen masuk dan setiap sen keluar.
decartes kata, "pernahkah kamu dilihat hari kiamat? syurga? neraka?, jadi bagaimana kau tahu ianya wujud? rugi kamu kalau tolak semua ini".
aku jawab, "pernahkah kamu tengok hari esok? jika tak, mana kau tahu kau akan hidup esok? jual semua pelaburanmu dan habiskan semuanya hari ini".
aku rasa, biarlah aku terus begini.