30.3.09

berapa bilion RM untuk gambar najib-altantuya?



salinan gambar makan malam najib altantuya di paris ada dalam simpanan. gambar ini bakal menghancurkan air muka najib yang telah bersumpah dengan kitab Quran yang dia tidak pernah jumpa altantuya. gambar ini akan menarik kaki najib dari kerusi perdana menteri.

berapa ringgit yang kamu sanggup bayar untuk gambar ini? jangan cerita pasal puluh ribu. bala dapat lagi banyak. jangan sembang juta-juta, ini soal harta dan tahta!

jika ditawarkan satu bilion, sanggup kamu bagi gambar tu untuk jatuhkan najib atau selamatkan najib. atau kamu boleh terus ugut dia. waahh.. lagi banyak duit yang kamu dapat nanti. (hati-hati, jangan nanti kamu kena C4 pula).

jika ada ejen risikan negara lain membelinya, berapa banyak untung yang dia akan dapat? laluan untuk semua rahsia negara - hanya untuk tutup satu rahsia. RAHSIA NAJIB.

ugutan ini yang melemahkan lutut najib. habis negara kita dijual. mula-mula ruang udara kita dibuka sedikit untuk laluan pesawat tentera negara lain, lama-lama entah apa pula akan terjadi.

bayangkan jika ini benar2 berlaku. gambar itu benar. ugutan ini benar. dan najib benar2 diugut dikemudian hari. sejauh manakah najib sanggup buat untuk tutup pekungnya?

betulkah gambar itu wujud? tanya bala. tapi sekarang dia di luar negara. menghabiskan 'duit pencen'nya. hahahah!!

(tulisan ini ditujukan buat najib shah bin iskandar shah, penjual cendol di kemaman. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah kena C4)

25.3.09

najib il duce : saga diktator bermula


**

dalam kurang seminggu, najib razak sudah tunjuk 'pembayang' cara pemerintahan yang bakal dijalankannya. perhimpunan pembangkang dihenyak, media pembangkang dibisukan. sebelum ini, seperti ada satu corak yang mana mereka yang menyerang atau membangkang najib razak hilang lesap.

semalam, satu lagi alamat buruk telah diperlihatkan, khairy jamaluddin, ketua samseng berijazah, telah menang kerusi pemuda Umno, secara tidak langsung menjadikan seluruh pemuda Umno ahli samseng.

ini mengingatkan aku akan mussolini il duce, pemimpin 'empayar italia' jalur fasis. diktator yang memeras ugut rakyat dengan samseng-samseng geng baju hitam (camicie nere).

samseng baju hitam, versi UK, memberi tabik spring kepada fasis british. mungkinkah pemuda umno juga akan membuat salut yang sama kepada najib?

bukan niat aku nak samakan najib razak dengan mussolini, susuk tubuh il duce lebih berkarisma berbanding najib yang bukan saja dilihat lemah, malah terbukti bila dilihat kepada cara felda ditadbir.

kembali kepada mussolini, kita boleh baca semula bagaimana mussolini mempermainkan rakyat dengan mengadakan pilihan raya olok-olok, yang mana semua pembangkangnya ditekan dan menghalang akhbar pembangkang dari diterbitkan. mussolini juga menggunakan sepenuh jentera kerajaan terutamanya polis untuk terus kekal dalam kuasa. pilihanraya olok-olok ini, kemudiannya menjadi simbol yang rakyat mahukan mussolini terus berkuasa dan bertapa mussolini ini masih mendokong demokrasi.

dah nampak coraknya?

baiklah, kita tengok pula apa maksud il duce. il duce maksudnya 'yang kedua'. siapa yang pertama agaknya,ya?

haha!



**pembangkang di sini bermaksud mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan najib, bukan sebagai satu entiti parti politik atau NGO.

petualang yang berucap itu


mari sini aku nak cerita tentang petualang.

(esok masa akhbar umno/BN ketuk gendang tentang cerita petualang ni, bolehlah kamu tunjuk bertapa lebih bijaknya kamu dikalangan rakan2mu).

kalau kita nak cari petualang itu, kita kena tahulah apa maksud petualang itu. ini kaedah biasa. kalau nak tahu maksud perogol anak gadis melayu, tanya pemimpin umno. kalau nak tahu siapa tauke arak, tanya juga pemimpin umno. kalau nak tahu mana duit rakyat banyak lesap, tanyalah pemimpin umno.

tapi kalau nak tahu apa itu petualang dan siapa itu petualang, kita rujuklah kamus dewan.

petualang

1.. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba meng­halangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.

rujukan : Kamus Dewan Edisi Empat

jika kita mengkaji contoh yang diberikan oleh pihak DBP, kita cuma dua calon pilihan untuk menjadi petualang ini; pertama tun mahathir, keduanya, hisham sendiri.

mereka berdua inilah petualang yang mempertahankan pelaksanaan PPSMI dan menyisihkan bahasa kebangsaan.

sekian

24.3.09

mimpi basah

semalam aku mimpi basah (masa tu aku masih jaga sebenarnya), ribuan manusia disimbah pemedih mata di taman ria. entah apa dosa hingga najib sanggup buat macam tu. anak-anak kecil, penjual bihun sup, dan pesawah, semuanya merasai 'kemewahan' yang sebelum ini hanya dirasai warga kota - gas pemedih mata.

mimpi basah aku terus lagi (masa ni aku dah mengantuk sangat), najib tahan permit harakah dan suara keadilan. kamu nak tahu kenapa akhbar ini diblok? kerana dua orang wanita. ya! najib tahan warganegara baca dua akhbar kerana dua wanita. satu cun, satu gebu. satu bujur sireh, satu lagi macam patrick starfish. satu namanya altantuya, satu lagi namanya rosmah.

aku tak tahu kenapa pemerintah malaysia menggeletar dan alah mendengar namanya minah monggolia ni. sebelum ini, seorang penggubal undang2 dilarang masuk dewan parlimen kerana sebut namanya. kini jutaan manusia dilarang membaca harakah dan SK hanya kerana minah ini juga.

apa yang najib takut sangat?

mimpi basah aku berhenti. memulas kepala aku berfikir, macamana malaysia berlari kebelakang. disaat tanah2 lain membenarkan kebebasan media dan perdebatan, malaysia menyekat. apa nak jadi dengan tanah malaysia? pemerintah diktator di zaman ni? amat janggal dan hampir kepada tak mungkin.

apa nak jadi kepada malaysia dibawah najib? makin besarkah dompet rakyat atau makin berselera serakah rosmah?

kamu nak tunggu dan lihat? bukan aku. mimpi basah ini harus berhenti

19.3.09

istanbul, kau pasti sedang indah

sudah hampir april. jalan2 disekitar sultanahmet pastinya indah dan gemilang. disatu sudut berdiri megah tugu kekuatan khalifah (dulu). disatu sudut lagi dihias kelembutan tulip.

klip ini aku ceduk dari blog brader muhaimin sulam. lihatlah bertapa megah dan 'grandeur'nya bumi istanbul satu ketika dahulu. lama dulu, lama sebelum 'empayar melaka' berkembang.

insyaAllah, april tahun depan. (hehe)

16.3.09

asal usul lebai



(tajuk foto : di mana saja aku pergi, aku mengadap wajahMu)

jika sesiapa yang tertanya-tanya dari mana datangnya istilah lebai ni, mungkin aku dapat tawarkan penjelasan.

lebai ni bukan perkataan arab. beza lebai dengan kopiah, lebai bukan saja menggambarkan sejenis penutup kepala, tapi juga kelas manusia. orang yang dipanggil lebai adalah orang yang rapat dengan surau/masjid.

aku ada jumpa lebai besar di beijing. namanya libai si atau biasa dipanggil niu jie mosque. masjid sufi ini dibina merentas beberapa dinasti pemerintahan maharaja china sebelum dinamakan semula oleh chenghua dari dinasti Ming.

mungkin lebai2 dari tanah melayu ini datang dari sana. siapa tahu? siapa sangka orang yang mula-mula membawa islam ke new zealand adalah pendakwah cina?

pendakwah2 dari china ini bertebaran di atas muka bumi ini, membina masjid dan menyebarkan firman Tuhan.

mungkin bila ada masa, aku boleh bercerita pula bertapa istimewanya kedudukan islam di china.

jika Allah benarkan.

(jemput tengok gambar kelana beijing aku dalam flickr)

merajuk bukan berpanjangan

berapa lama?

sampai bila nak bergaduh?

merajuk bukan berpanjangan...
berbaik-baiklah dengan Allah.

12.3.09

RM 60 biliyon- biliyon tipu rakyat (lagi)


koridor utara (NCER) RM17.5 billion,
koridor timur (ECER) RM112 Billion,
Wilayah Iskandar RM47 bilion,
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) RM 105 billion,
Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) RM107 billion

biliyon biliyon RM kata paklah. SEMUA menteri angguk-angguk. RAMAI rakyat tepuk-tepuk tangan. YA! barisan nasional sayangkan rakyat. mereka bagi biliyon-biliyon RM untuk bantu rakyat.

ini 2007. dua tahun lepas.

sekarang biliyon-biliyon tiada. mamanda baru yang nak naik tahta janji lagi biliyon-biliyon-biliyon. menteri angguk lagi. rakyat tepuk-tepuk lagi.

betul kata mamak bendahara lama. melayu mudah lupa.

terima kaseh berbiliyon kepada mat keri dan lebai google. silalah klik kat nilai koridor itu untuk baca berita lama.

11.3.09

cita2 baru ku

namanya wii.

bulan april ada exam EASA cat B.

tapi aku masih mahu wii.

bulan april juga ada oral exam untuk B737.

apa aku peduli.

aku mahu wii.

wiiiiiiiiiii................

10.3.09

paklah jumpa anwar : berpadulah malaysia

cadangan tok guru haji hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan mendapat reaksi sepi majoriti politikus. rata2 memandang perkara ini mustahil untuk berlaku dan menasihatkan agar sejarah PAS dalam perikatan diambil kira.

aku sokong bersyarat cadangan ini dan bila kita lihat pertemuan 6 mata paklah, anwar dan tok ayah, satu sinar baru muncul untuk rakyat malaysia.

semoga pergaduhan politik yang bodoh-bodoh ini berhenti dan semua rakyat kembali bekerja untuk memacu malaysia di mata dunia.

amin.

9.3.09

bila malaysia nak sedar?

kurangkan politik, tumpukan kepada perut! jika perut rakyat lapar, tiada siapa peduli siapa jadi perdana menteri.

politikus di malaysia dah melampau. gila kuasa. tak cukup nak berebut kuasa dalam pemilihan parti sendiri, buat pula rompakan kuasa.

rakyat masih melopong di bawah. negara lain dah buat macam2 untuk jaga ekonomi negara agar tak lumpuh. sampai ada yang bagi kupon duit untuk berbelanja. malaysia belum buat apa-apa lagi. tunggu ekonomi rebah, baru nak mengaku.

behentilah berpolitik sebentar. kuasa kamu tu bukan apa sangat. rakyat boleh rampas balik bila2 masa.

kepada rakyat yang prihatin dengan ekonomi negara, marilah kita bersama2 ke program ini.

Forum: Surviving The Economy
Date: Friday, March 20, 2009
Time: 8:30pm - 10:30pm
Location: Dewan Serbaguna MPSJ, SS15 Subang Jaya
Street: Jalan SS15/4, Subang Jaya
Phone: 0129050998
Email: contact@pkrsj.org

With the onset of the crisis that's affecting the global economy, what is the Federal and Selangor State government doing to help mitigate the effects on the local economy?

Join ..

YB Tony Pua (PR-PJ Utara)
YB Tian Chua (PR-Batu)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PR-Seri Setia)
Ms Tricia Yeoh (Special Assistant to the Menteri Besar of Selangor)

.. as they discuss the issues and seek public feedback on the Pakatan Rakyat's efforts to help the Malaysian people tide through this challenges.

A Q & A session will also be held during the event for questions from the floor.

program yang dalam bahasa melayu, tunggu. paper work dah sedia.

kembar makara sungai mas



makara sungai mas pernah menimbulkan polemik yang kononnya dapat menulis semula sejarah lembah bujang, bukan sebagai pusat kerajaan melayu hindu/buddha, dan membuka ruang persoalan yang lebih luas.

baca tentang makara ini dengan lebih lanjut di sini dan juga di sini.

aku tak berminat nak jadi ultra islamis dengan menafikan tanah melayu pernah dijajah raja hindu Chola, tapi mungkin kembar makara bapak sama mak asing yang aku jumpa di Kota Larangan beijing ini mungkin dapat membuka ruang perdebatan yang lebih luas tentang makara naga, pengaruh hindu atau pengaruh china.

juga perlu diingatkan, kota larangan baru saja di bina sekitar 14 masihi dibawah dinasti Ming.

mungkin nampak agak berlainan, di sana juga ada beberapa variasi makara ini, mungkin diukir pada zaman berbeza. namun belalai makara sungai mas yang gulung ke depan dan belalai (?) makara China yang gulung ke belakang menjadi beza utamanya.



3.3.09

selama aku diam

kisah pertama;

pagi tadi aku bawa kancil comel ku ke tempat kerja. di tempat parkir aku selisih seorang perantis memandu suzuki swift.

aku cemburu. kau pun patot cemburu. macamana seorang pelajar mampu memandu kereta seperti itu? kalau aku buat kerja lebih masa pusing jam pun belum tentu mampu.

aku cemburu. aku tahu kau pun pasti cemburu. tapi bila teringat warkah abang kepada seorang adik dalam buku 'keluarga gerilya' proemadya anantatoer, hatiku lembut kembali. jika kau cemburu, mungkin kau patut baca buku itu.

kisah kedua;

selama blog ini bersawang, sebenarnya aku tengah membuat beberapa persiapan, antaranya 'backpacking' ke beijing. zaman indah berkelana seorang diri masa bujang dulu dah berlalu, kini aku 'terpaksa' membawa keluarga tercinta. maksudnya, tiada lagi tidur satu asrama dengan gadis caucasian, makan biskut vegetarian dan tidur di lapangan terbang.

perjalanan kali ini perlu tepat, selesa, selamat dan tiada ruang untuk salah. tapi kami tetap berkelana. tiada penunjuk jalan, cuma peta dan kamus mandarin. sebab itulah aku agak sibuk, perlu cari laluan metro, dan membiasakan diri dengan peta beijing.

sungguh aku pernah ke sana sekitar 2004, tapi itu sebelum olimpik. khabarnya banyak yang dah berubah. jalan kerbau juga, katanya sudah indah. sudah kurang hutong-nya. entahlah. InsyaAllah nanti aku khabarkan, ya.

sungguh, perjalanan kali ini temanya mudah. 1. makan kambing bakar ala monggol 2. tembok besar 3. membeli belah.itu saja, tak lebih; tak kurang. aku kurang minat untuk mendalami sejarah dan budaya china untuk trip kali ini kerana kesempitan waktu untuk membaca. tambahan pula, beijing adalah bandar baru untuk dinasti panjang Cina. jika mahu hayati sejarah, lebih baik aku ke xi'an.

persiapan kedua ialah dua program untuk AIC. satu ialah sayembara puisi. insyaAllah, satu pentas akan didirikan untuk siapa saja berpuisi pada petang itu. akan dibina juga pondok2 gerai untuk seniman menjual hasil seni mereka tanpa sebarang kadar sewa. penyanyi jalanan juga akan menyerikan petang itu. insyaAllah.

pada malamnya pemuisi ternama akan turun padang bersama artis jemputan untuk meriahkan pentas. jangan harap aku nak jemput carerator dung ataupun dato jamali shahadat. aku pertimbang untuk ketengahkan anak muda yang selama ini berada di bawah tanah (mana2 yang tidak menepuk punggung bila menyanyi). mana-mana saja.

persiapan ketiga ialah sembang ekonomi sambil teh tarik. tujuan program ini ialah untuk mempersiapkan kaum pekerja kelas tengah untuk menghadapi krisis ekonomi. sembang ini yang aku cadang nak jemput Pak din merican untuk beri sedikit gambaran kepada hadirin yang tak kenal mikro/makro ekonomi untuk memahami sedikit sebanyak tentang masalah dunia ini.

dalam program itu, speker akan menceritakan apakah impak krisis ini terhadap kelas menengah dan apa cara2 terbaik untuk mengurangkan kesannya. kemudian, cerita tentang peluang2 yang mungkin boleh direbut pada zaman meleset. akhirnya, apa yang kerajaan pakatan boleh bantu jika pekerja itu kena buang.

selama aku diam, tidaklah aku diam sangat,kan?

(bagaimanapun aku sangat kesal kerana tidak dapat hadirkan diri pada perhimpunan 7 mac ini. aku akan berdiri di dataran tianamen memegang sepanduk 'jangan bunuh bahasa ibundaku').

aku tidak se jantan itu. hahaha!

2.3.09

bantu adikku

aku tak pernah mintak tolong kamu sebelum ni kan? tak pernah kan?

begini kawan. adikku ada impian. dia mahu pergi jauh.

aku suka impian itu. asalkan dia jauh dari ku.

bantulah dia, gembirakan aku. undi untuk adikku.


"dah... gi main jejauh"