3.3.09

selama aku diam

kisah pertama;

pagi tadi aku bawa kancil comel ku ke tempat kerja. di tempat parkir aku selisih seorang perantis memandu suzuki swift.

aku cemburu. kau pun patot cemburu. macamana seorang pelajar mampu memandu kereta seperti itu? kalau aku buat kerja lebih masa pusing jam pun belum tentu mampu.

aku cemburu. aku tahu kau pun pasti cemburu. tapi bila teringat warkah abang kepada seorang adik dalam buku 'keluarga gerilya' proemadya anantatoer, hatiku lembut kembali. jika kau cemburu, mungkin kau patut baca buku itu.

kisah kedua;

selama blog ini bersawang, sebenarnya aku tengah membuat beberapa persiapan, antaranya 'backpacking' ke beijing. zaman indah berkelana seorang diri masa bujang dulu dah berlalu, kini aku 'terpaksa' membawa keluarga tercinta. maksudnya, tiada lagi tidur satu asrama dengan gadis caucasian, makan biskut vegetarian dan tidur di lapangan terbang.

perjalanan kali ini perlu tepat, selesa, selamat dan tiada ruang untuk salah. tapi kami tetap berkelana. tiada penunjuk jalan, cuma peta dan kamus mandarin. sebab itulah aku agak sibuk, perlu cari laluan metro, dan membiasakan diri dengan peta beijing.

sungguh aku pernah ke sana sekitar 2004, tapi itu sebelum olimpik. khabarnya banyak yang dah berubah. jalan kerbau juga, katanya sudah indah. sudah kurang hutong-nya. entahlah. InsyaAllah nanti aku khabarkan, ya.

sungguh, perjalanan kali ini temanya mudah. 1. makan kambing bakar ala monggol 2. tembok besar 3. membeli belah.itu saja, tak lebih; tak kurang. aku kurang minat untuk mendalami sejarah dan budaya china untuk trip kali ini kerana kesempitan waktu untuk membaca. tambahan pula, beijing adalah bandar baru untuk dinasti panjang Cina. jika mahu hayati sejarah, lebih baik aku ke xi'an.

persiapan kedua ialah dua program untuk AIC. satu ialah sayembara puisi. insyaAllah, satu pentas akan didirikan untuk siapa saja berpuisi pada petang itu. akan dibina juga pondok2 gerai untuk seniman menjual hasil seni mereka tanpa sebarang kadar sewa. penyanyi jalanan juga akan menyerikan petang itu. insyaAllah.

pada malamnya pemuisi ternama akan turun padang bersama artis jemputan untuk meriahkan pentas. jangan harap aku nak jemput carerator dung ataupun dato jamali shahadat. aku pertimbang untuk ketengahkan anak muda yang selama ini berada di bawah tanah (mana2 yang tidak menepuk punggung bila menyanyi). mana-mana saja.

persiapan ketiga ialah sembang ekonomi sambil teh tarik. tujuan program ini ialah untuk mempersiapkan kaum pekerja kelas tengah untuk menghadapi krisis ekonomi. sembang ini yang aku cadang nak jemput Pak din merican untuk beri sedikit gambaran kepada hadirin yang tak kenal mikro/makro ekonomi untuk memahami sedikit sebanyak tentang masalah dunia ini.

dalam program itu, speker akan menceritakan apakah impak krisis ini terhadap kelas menengah dan apa cara2 terbaik untuk mengurangkan kesannya. kemudian, cerita tentang peluang2 yang mungkin boleh direbut pada zaman meleset. akhirnya, apa yang kerajaan pakatan boleh bantu jika pekerja itu kena buang.

selama aku diam, tidaklah aku diam sangat,kan?

(bagaimanapun aku sangat kesal kerana tidak dapat hadirkan diri pada perhimpunan 7 mac ini. aku akan berdiri di dataran tianamen memegang sepanduk 'jangan bunuh bahasa ibundaku').

aku tidak se jantan itu. hahaha!

4 comments:

Fazrulls said...

Salam Bro,

Heee. memang hang tak diam pun.. hee penuh berisi ja XTVT hang.. hee. sampai terlupa sebernya nak update blog hang yang cun ni kan hee.. apa pun aku doakan segala perancangan hang dipermudahkan olehnya...

Sekian,

Unknown said...

1 hari perutukan utk tembok china pasal jauh....

Anonymous said...

terima kaseh utk trip ke beijing~~ walaupun penat yg amat, tp kite ttp dpt mkn kambing yg di idamkan tu ..betol tak?
trima kaseh sbb sayang kami semua~~

Anonymous said...

That’s Too nice, when it comes in india hope it can make a Rocking place for youngster.. hope that come true.

rH3uYcBX