30.9.10

dalam hal perang: benar atau menang?



#wibisana merupakan satu watak dlm cerita ramayana, dia merupakan adik kpd rawana

Utk mrk yg belum baca ramayana, bacalah. Dlm epik itu, rawana culik sita, isteri kpd rama. #wibisana ni adik rawana, dr kaum rasaksa.

Diceritakan #wibisana ni mmg baik, ketika Brahma dtg, abg2nya, rawana dan kumbakarna minta power utk takluk dunia dewa, tp..

Tp #wibisana tak. Dia mintak utk sentiasa dijalan yg benar, dan dipihak yg benar. Begitulah keperibadiannya sejak awal

Jadi satu hari, kecewa dgn tindakan kekanda2nya, yg terus mnzalimi Rama, #wibisana bertindak melompat masuk parti megat sri rama.

Tapi tak ramai rakan2 Rama percaya kpd #wibisana. mungkin saja dia dtg utk masuk dan mengintip dari dlm, kekuatan dan kelemahan Rama.

Mungkin juga #wibisana masuk ke kem Rama utk memporak perandakan bala tentera Rama. Begitulah jangkaan rakan2 Rama

Hey, rakan2 rama bukannya jahat! Mereka dah korbankan segalanya utk Rama. Kesetiaan tak brbelah bagi. Mrk cuma risau #wibisana akan belot

Ketika dihadapkan kemasukkan #wibisana kpd Rama, baginda telah berkata dgn bijaksana. Katanya..

"Kalau #wibisana berlakon baik, aku menerimanya dan kemudian dia berlaku khianat, maka dia org yang jahat."

"Tapi kalau #wibisana ingin berbuat baik, dan aku yg menolaknya; maka akulah yang jahat".

Dengan itu #wibisana terus bersama dgn tentera Rama utk menyelamatkan Seri Sita Dewi. Dan dia tak pernah belot.

Jadinya, kesimpulan dlm cerita #wibisana ni, dlm setgh hal, mmg wajar kita berprasangka, terutamanya dlm peperangan.

Tp jangan lupa, akhlak dan moral yg kita junjung. Kalau kita buat jahat, buang masa sj kita lawan org jahat, sbb kita pun jahat.

Akkhhhhiirrr sekali, bukan menang atau kalah yg dikira, tapi perilaku yg benar.

11.7.10

Dari tinta Victor Hugo

Aku genggam tanganmu yg lemah, yg lembut itu. Dan aku dengar jantungmu berdegup, seperti anak burung kecil yang mengibas2kan sayapnya.

Dalam sunyi panjang, kita mencari2 di awan; ketika subuh berlalu pergi. Oh! apakah yg telah melanda jiwa kita ini? Cinta! Cinta!

Seperti bidadari menunjukkan rupa, kamu memandangku dalam malamku. Dengan matamu yg berkaca kejora, menyiram sinar menyuluhku.

Victor Hugo

Dari;
'Mon bras pressait ta taille frele.'
Sent from my BlackBerry® smartphone

6.7.10

Lembah bujang dan ketuanan melayu!

Jadi empayar lembah bujang akan tenggelamkan empayar melaka?

Cak pong cak pong!

Penemuan kota lembah bujang akan membuka dimensi baru dalam cara kita melihat hubungan antara kaum di malaysia. Lembah bujang akan memperlihatkan bertapa hubungan akrab antara tanah melayu, india hindu dan buddha indo china telah terbit lebih awal dari jus soli.

Lembah bujang adalah tamadun paling awal di nusantara, iaitu ketika nabi Isa dilahirkan; lebih awal dari borobodur, lebih awal dari angkorwat.

Bagaimanakah orang melayu mahu menerima fakta ini? Tercabarkah idea ketuanan melayu dgn pertemuan ini? Jeng jeng jeng....

Cak pong! Cak pong!


Sent from my BlackBerry® smartphone

17.5.10

#buku

Berita permergian abuya assyaari sedikit sebanyak menyentuh jiwa. Walaupun tak pernah mendapat tarbiyah al arqam, tapi aku ramai kawan dgn anak2 pengikut mereka semasa di dusun tua dan di hutan kampung. Ya, mereka ada salah di sini-sana, tapi utk menekan terus sebagai teror dan parti ajaran sesat, aku kira sbg melampau.

Pemikiran aku byk terbentuk dari buku2 al arqam. Ketika ditingkatan 4-5, aku ditinggalkan dengan sebuah rak buku yg sarat dgn buku-buku pro kontra al arqam, milik bapa saudaraku, seorang wartawan yang mengkaji tentang gerakkan al arqam.

Dari banyak buku, tulisan abuya dlm buku 'mengenal tuhan' (?) amat mempengaruhi aku. Ayat-ayat mudah, yang dekat di hati menjadi senjata utama mengkader ahli2 baru pada awal penubuhan al arqam. Bagi aku, tulisannya mirip tulisan imam ghazali dalam ihya, cantik dan menyentuh hati. Formulanya, kira aku ialah, simple, mudah paham dan contoh2 yg dekat dgn pembaca.

perkara lain yang aku belajar ialah fitnah2 yg dilemparkan utk menyekat pergerakkan arqam yg ketika itu dilihat mengancam kedudukkan umno. Sedang arqam yg langsung tak diberi peluang utk menjawab, sepertimana pakatan rkyat sekarang, pandangan orang luar mulai menyampah dengan ahli arqam yg dilihat terlalu fanatik dgn abuya.

Dan perkara ini diburukkan lagi dgn sikap inklusif arqam dan cara messiah arqam mendidik ahlinya.

Buku2 itu akhirnya menjadi asas pemikiran aku utk bersikap kritikal, tidak mudah menerima apa yg disumbat dalam akhbar dan menilai dahulu segala fakta yg mampu aku dapat sebelum membuat kesimpulan.

Terima kaseh abuya, kerana pelajaran dari hidupmu, dan terima kasih buku2 kerana menulis sejarah2 sebelum hidupku.

Semoga rohnya diterima Allah, sebagaimana roh2 jiwa2 yg tenang. Ameen.
Sent from my BlackBerry® smartphone

24.3.10

Nilai cinta odisi dan majnun

Sang odisi, wira perang yang sesat seribu jalan dan mati hidup semula untuk bertemu penolope, kekasihnya.

Majnun, anak muda ingusan, hilang punca kerana laila, gadis pujaannya.

Odisi mengembara mencari jalan pulang, bertemu dewi2 indah rupa, menyayangi mereka, meniduri mereka sebelum sedar dan kembali ingatkan kekasihnya penolope.

Majnun, mengembara tanpa punca, duduk sendirian terkenangkan laila. Cintanya tersebar hinggakan sang rusa pun merasainya. Angin mengasihinya. Majnun yang bodoh, sehingga alam berasa kasihan.

Odisi pulang ke rumahnya dan harta milikkannya. Merangkul semula penolope.

Untung jika majnun dapat peluang serupa. Untung juga laila. Tapi cinta mereka tiada harapan. Dan mereka tahu tentang itu. Dan mereka masih berharapan!

Odisi untung walau telah meniduri sang dewi, dan pulang sebagai wira.

Sedangkan majnun, terus dikenang sebagai sang bodoh-dungu, mabuk dalam cintanya laila.. Teguh setianya.
Dan odisi curang.
Majnun bodoh.

Kalau begitu, bagaimana mahu menilai cinta?
Sent from my BlackBerry® smartphone