30.1.09
politik malaysia yang semakin tak 'cool'
umno burukkan pakatan, pakatan burukkan umno - dua dua buruk.
politik amerika pun dah tak kool.
obama yang cool menang jadi presiden. orang yang cool tak pres.
yang kool, aku dan kamu saja.
aku nak setup sel untuk belajar jadi al farabi. mungkin sister ainis boleh pimpin?
27.1.09
nak pergi kuil hindu
aku mula2 risau nak pergi. namun setelah dipikirkan kembali, ini bukan kalu pertama aku masuk rumah ibadat agama lain. sempat juga aku senaraikan tempat ibadah yang pernah aku kunjungi (selain masjid).
1) gereja atas bukit kat tokyo. (aku tak tau nama apa). katanya kat situlah mula2 mubaligh kristian sampai di jepun.
2)kuil shinto kat jepun
3)gereja kat london's tower.
4)heaven's temple (?) kat beijing.
5)gereja st basilica, vantican city
6)gereja lama kat cork, ireland
7)aya sofya (bekas gereja)
tu jer la kot. ini kali pertama nak masuk kuil hindu. :P
26.1.09
cheng ho tak ke mana!
biar aku ringkaskan agar kamu tak bosan membaca.
pertama, servis:
aku perlu membayar 5% caj servis untuk perkhidmatan yang teruk. kami terpaksa meminta agar pelayan datang menambah air teh (free refill) dan malam tu, kami cuma dapat refill dua kali. pendek kata, sang pelayan tidak sensitif dan susah nak dipanggil. keduanya, taufu mapo aku sampai setelah SEMUA lauk yang lain habis. tu pun sebab aku sedar yang lauk yang dipesan tak cukup, kalau tak, sampai bila pun tak dapat.
kedua, mutu makanan:
ketam tak segar. ikan siakap tak segar. jangan nak temberang aku dan bapak aku tentang tahap kesegaran ikan, kami pernah jual ikan kat pasar tani dan taman kosas. aku order dua tipe masakan ikan, pertama ikan siakap ala cheng ho; ikannya deep fried dan disira kuah pedas di atasnya. malangnya hidangan ini semasa dihidangkan sudah hampir suam menyebabkan kerangupannya sudah kurang. sepatutnya hidangan ini ada kontras rangup bahagian luar dan lembut dalam isi ikan (bahagian putih) namun benda ni tak ada! fail!
jenis masakan kedua ialah ikan siakap stim. TOLONG INGAT INI WAHAI SURIRUMAH: jangan stim ikan yang tak fresh. kuahnya pula gagal menutup rasa ketidaksegaran daging ikan membuatkan hidangan ini juga gagal.
satu yang aku bleh puji ialah hidangan ketam masak dengan telur masinnya. ini kali pertama aku hadapi masakan yang unik ni. rasa lemak/masin telur asin sedikit sebanyak dapat menutup rasa ketam yang tak segar tu. itu je lah.
menu kat cheng ho ni kadang2 menyakitkan hati pun ada jugak. kau bayangkan, dalam set sayur, ada hidang 'four fairies' dan bila aku tanya apa tu, pelayan dia jawab, salad petai dan dan lain2. rasa macam nak kena tipu pun ada!
ketiga, harga.
aku ambil set 7 orang, 6 jenis lauk, nasi dan free refill teh. RM166. dan tambah ketam, RM45. berbaloi? tak!
::aku masih merindui masjid niujie di beijing. walaupun sesat kerana 'gatal' nak naik trem (aku tak pandai baca tulisan cina), namun nikmat itik gantung dan 'satay' kambing bisa mengubat keletihan. nota: satay kambing dia hampir 1 kaki panjang dan hanya kira2 RM0.50 satu. kepada sesiapa yang berminat, aku cadangkan pergilah guangzhou kerana situlah bahagian China yang paling dekat dengan malaysia dan kat sana ada komuniti muslim.
penerbangan Malaysia Airlines terbang ke sana dengan pesawat Airbus A330-300 dua kali sehari, tujuh hari seminggu dengan mengambil masa hampir 4 jam::
25.1.09
siap siaga ke persiangan pula!
lagi semangat lah aku nak ke persiangan. jom!
24.1.09
pengkhianat bangsa melayu dan negara Malaysia
- Hanya tandatangan dan cop rasmi JPPP sahaja yang akan diiktiraf oleh semua agensi Kerajaan Pusat;
- Ketua jabatan agensi Kerajaan Pusat dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran Kerajaan Negeri, kecuali bagi beberapa jabatan tertentu sahaja;
- Antara mesyuarat yang dilarang untuk dihadiri tersebut ialah Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
kenapa lah makhluk2 ni dengki sangat? wahai pemuka2 umno, kembalilah kepada Islam. Islam tak ajar buat benda2 macam ni. melayu PHD ada la.
23.1.09
kita tutup semua starbucks di Malaysia. jom boikot!
While industry executives and shoppers will remember 2008 as the year the party ended, figure 2009 to be the year of the hangover. Already, Circuit City, Linens 'N Things and Mervyn's stores are going away. Sharper Image is too, though the company will continue to sell some of its high-end gadgets through license agreements with other retailers.
More pain is on the way. One-third of U.S. women recently surveyed by America's Research Group said they plan no clothing purchases--none--in 2009. Normally, it's just 4%. That means the market is still far too saturated with stores.
Expect closings and bankruptcies to rattle the likes of Lane Bryant, Gap, and Starbucks. It's the inevitable counterpunch to the days of retailers fighting hand over fist for market share during an era of loose credit and minuscule interest rates.
sumber: yahoonews
22.1.09
manek koran di nat kodiang
perjalanan 30 minit dari hutan setali ke pekan kodiang dihias lukisan yang paling cantik. bukit2 warna merah, hutan sawah padi warna hijau, dan langit warna biru. bernini dan beroni pasti akan merendah diri jika melihat gaya seni Tuhan ini. oh ya, kodiang itu katanya bermaksud 'bukit merah'. kat sini pernah terdiri beberapa kerajaan besar zaman silam, seperti di pulau maharaja dan kota siputih yang menyaksikan pertempuran antara kerajaan kedah dan pasai. kini tiada kastil yang besar2 untuk membuktikan semua itu, atau kubu2 tinggi. yang ada cuma bukit2 berwarna merah yang indah sekali.
sampai di pekan kodiang, kami mula turunkan barang. van diletakkan dibelakang sementara barangan niaga dipunggah. getah rambut, tisu, sikat dan barang2 ringan dikeluarkan dulu. semua barang2 ni sudah siap disusun dalam bekas seperti sia'/mangkuk tingkat versi besar, jadi apa yang perlu kami lakukan, cuma bukak meja lipat dan terus sedia untuk pamer.

paksu (arwah) kerja utamanya ialah memasang khemah bumbung dari kain nylon. nat kodiang cuma diadakan pada hari sabtu, seminggu sekali, jadi tak berbaloi untuk kami buat gerai tetap. nak pasang khemah tanpa tiang ini perlukan skil khas. skil untuk berpaut kepada tali khemah orang lain tanpa membuatkan ianya melayut.
tiada disiplin tetap untuk memasang khemah ini, peraturannya mudah, kena kukuh dan senang buka. bau bihun sup dan kuah laksa mula menggoda iman. air kopi dengan kueh tadi mana cukup untuk fizikalku yang meminta kos operasi yang tinggi. tapi kopi tok teh (arwah) ni lain macam sikit. kopi yang dibancuhnya humble tapi kaw, kopi kampung lah katakan. kesian kekadang tengok budak2 KL tergila2kan gloria jeans dan starbuck padahal kopi kita sendiri lebih sedap. mungkin mereka cuma membeli jenama.
tisu, sikat, cekak rambut, kitab2, pisau, alatan dapur, periuk belanga. ini semua barang yang tok wan haron (arwah) jual. orang kata ini meniaga manek koran. sampai sekarang aku tak tahu mana satu manek dan mana satu koran. cuma semacam disepakati ramai, ini meniaga manek koran. matahari semakin meninggi. jam pukul 8.15pagi. dah tiba masa untuk 'menyorok'/sarapan yang serius sebelum pelanggan mula datang. tok wan bagi RM2 untuk makan. masa tu roti canai masih RM0.40 sekeping, kueh masih 5 seringgit. nak pergi makan mana? bihun sup ada awek cun, nasi lemak, boleh ambil lauk daging (masih within budget). awek bihun sup? haha. teringat kat mat anip. awek dia, ekin jual bihun sup, jadi tiap2 minggu, time pasar malam, dia dapat bihun sup free. untung,kan?
ekin tu cun. last sekali aku jumpa dia, dah nak jadi ustazah. dulu masa kecik2, gedik bukan main!
nak meniaga ni, pesan tok wan, ada adab dia. ada masa kita kena layan pelanggan yang datang, ada masa kita kena bagi masa untuk dia pilih barang. katanya lagi, kita kena hormat pelanggan, layan elok2. nak bagi barang atau duit baki, tak boleh main baling2 saja, kena bagi guna 2 belah tangan. nak panggil orang pun ada caranya. jangan jerit2 (kelui) depan muka orang.
bila masuk bab menjerit2 ni, teringat aku masa meniaga kat pasar juadah ramadhan kat tepi sungai golok, jitra. masa tu kami jual laicikang, ada la jugak jual cincau/lengkong/jeli hitam tu. kat kedah orang panggil benda ni lengkong, tapi masa tu dah ramai orang KL balik untuk beraya, jadi aku kena jerit jugak cincau, kalau tak orang KL ingat agar2. maka jeritlah aku, "lengkong!cincau!lengkong!cincau!", tak lama tu aku perasan orang yang lalu lalang beralih tengok aku dengan muka pelik. rupa2nya dalam aku asyik promot lengkong cincau tu, aku dah 'tersambungkan' dua perkataan tu jadi "lancau! lancau!"
jadilah aku seorang kanak2 berusia 14 tahun yang menjerit "lancau! lancau!" di pasar ramadhan.
kembali ke nat kodiang.
tok wan aku ni kira perintis peniaga nat kodiang ni, jadi tapak perniagaan kami ni pun kita tempat hot lalu lalang orang ramai. dalam nat ni ada beberapa seksyen, ada ikan, daging, pakaian - kebanyakkannya imported (dari siam), buah2 (dari siam jugak) dan makanan. gerai sebelah aku apek jual tembakau. "balut, isap~" jeritnya saban kali. tembakaunya ada macam2 gred. kau nak ringan ada, keras pun ada. boleh test dulu sebelum beli. "balut, isap~". rokok balut dengan tembakau fresh, perggghh... memang heaven! apek ni pun baik dengan aku. kalau dia datang aku kena cover kemaluan aku, apek ni tak betul sikit, melawak dia stail lucah. nasib baik aku kecik lagi masa tu, kalau tak aku raba balik dia punya. kah kah kah!
tapi apek ni baik, dia pernah bagi nasihat, kalau nak buat benda apa2, kalau boleh guna tangan. masa tu aku alihkan batu guna kaki (aku malas nak tunduk). dia kata orang guna kaki ni pemalas saja. hahahah.. patut dia balut rokok guna tangan. apek, lu hidup lagi tak? "balut, isap!".

dalam pukul 1tghari tu kami akan bersiap2 untuk pulang ke pangkuan keluarga. kalau untung banyak, tok wan akan belanja pasembor kodiang. (speechless) aku tak boleh gambarkan keenakkannya dengan bahasa dunya. fffuuuuhhhh.... pasembor dia lazat seperti dimasak menggunakan teknologi alien. memang tip top. tapi sekarang dah tak bes macam dulu. jangan la buang masa pergi beli, dah tak rock.

itu cerita dulu2. masa umurku sekitar 12 tahun. sekarang roh nat kodiang dah diganti gedung2 besar dan tinggi milik tauke2 taikon. nat kodiang berlatar belakangkan gua kerbau itu semakin lama semakin dilupakan. mungkin akan hilang terus. seperti kubu2 tinggi dan kastil2 megah, zaman kegemilangan empayar islam siam kedah di kota siputeh dan pulau maharaja.
::kredit gambar buat http://www.flickr.com/photos/aida_rahman/ dan http://www.omaq.org
21.1.09
aku mahu jadi juru-tera
aku mahu jadi jurutera, yang paham seloka sokratis, bertanggungjawab seperti aristotle.
aku mahu jadi jurutea, yang rindukan Tuhan, yang dakap Al Quran.
aku mahu gaji lebih tinggi, untuk sekolah safiah, untuk susu sustagen junior.
aku mahu jadi jurutera, tapi birokrasi pengacau periuknasi, cakap dengan air liur basi.
menyusahkan saja.
(aku baru gagal ujian lisan teknikal)
rasa hati: geram, kecewa, hampa, pedas, bodoh dan marah.
19.1.09
malangnya, pakatan menang di KT
bila kemenangan Pakatan di KT diumumkan, itulah bahasa yang paling sesuai diucapkan. kemenangan itu bagaikan 'tanda redha oleh rakyat' yang bermaksud cara pentadbiran negeri2 pakatan sekarang lebih dari tahap yang memuaskan.
betulkah cara pertadbiran pakatan selepas hampir setahun memerintah LEBIH DARI JANGKAAN kita? dah bagus kah? atau mirip2 tinggalan BN dulu?
kisah satu, kereta mewah exco selangor.
aku tak paham betul lah, kenapa exco negeri kena pakai kereta mewah? betul2 tak paham. kalau pakai avanza tak boleh buat kerjakah? kalau pakai waja, kerja tak jadikah?
inilah yang aku sebut sebagai tradisi BN, tradisi sombong dengan rakyat. rakyat dengan 'pemimpin' diletakkan jurang yang tinggi di antaranya, macam tulah dan daulat.
cuba tengok lim guan eng, naik kapal terbang kelas 3. sampai jugak ke destinasi. kerja pun jalan. yang nak sombong sangat kenapa?
kisah dua, janji pilihanraya.
janji2 pilihanraya terus sunyi. haaaa... jangan buat2 lupa! kalau kau ingat kau bagi air percuma dan aku terus lupa, kau silap! aku tak mahu cakap banyak. PR di selangor terutamanya yang tabur banyak janji ni, kena lah penuhi. jangan jadi macam Umno, penipu.
kisah tiga, PBT
MBPJ, MPAJ, MBSA maaaacam dulu jugak. kalau medan selera tu kotor, dari tahun 2004, sampai sekarang kotor. kalau kes highland towers dulu tak ada sapa nak ambil tanggungjawab, tanah runtuh 2008 pun tak ada sapa nak tanggungjawab. kepala sama macam dulu jugak, macam Umno.
kisah lain-lain
kalau nak cari salah orang ni memang senang dan memang banyak, jadi tak payah lah aku tunjukkan satu2. yang pentingnya aku tak nampak ada sebarang indikasi yang mengatakan kerajaan PR akan berubah jadi yang lebih baik, dan peluang terbaik untuk beri 'wake-up call' kepada pimpinan pakatan telah terlepas - di kuala terengganu.
(sebenarnya hati kecil ku bersorak girang dengan kemenangan PR di kuala terengganu. Nah najib! hameek kao! muahahaahah!)
14.1.09
khairy-lah wira rakyat
anak muda ini, yang dijerit2 oleh pemuda umno sebagai 'anak melayu pertama di oxford' telah menganalisis dan natijahnya, sebelum hari pengundian, menukar slogan BN, 'Cakna Rakyat' telah kepada "Pas Kluk Klek" atau Pas flip flop.
(bodoh, sufiah tu siapa? mereka betul2 telan bulat2 tipu konco khairy)
ya, inilah formula yang akan memenangkan Umno/BN.
khairy sebenarnya bukanlah pemilik idea 'the best way to defense is to attack', malah sebenarnya dia dah tiru teknik ini dari mamat seorang lagi. mamat seorang ini telah berbuih mulut menyerang lawan untuk menutup kelemahan sendiri.
kenal tak mamat mulut berbuih ini? bukan, dia tak berlakon iklan sabun daia.
tapi buihnya memang banyak. kakakakakaak!
terima kaseh-lah kepada khairy untuk kemenangan ini.
11.1.09
berhenti merokok dan selamatkan nyawa
10.1.09
poster boikot mcdonald - bumilangit style

aku tahu poster ni masih kurang impaknya, namun aku harap ini menjadi cabaran kepada rakan2 untuk mereka poster2 yang lebih menarik sempena menyemarakan boikot massa ini. kerana aku tak faseh dengan program2 grafik, aku ambil masa yang agak lama untuk buat poster ni.
sesiapa yang sudi bantu aku untuk buat poster2 lain, email/facebook kan aku.
8.1.09
lawak boikot II
Pak lah dan seisi keluarga bersetuju untuk mengadakan sidang tergempar parlimen untuk meng'laknat' perbuatan Zionis membantai Gaza. katanya lagi, duta Palestin ke Malaysia juga akan dijemput dalam persidangan itu.
yang pi panggil duta palestin tu buat apa? dia boleh buat apa? panggil lah duta amerika ke malaysia, habaq kat depan muka dia.
paklah kata,"taakkkkk... bukan kita tak berani panggil, tapi kita BOIKOT!"
boikot dua
seluruh rakyat malaysia digesa oleh pemimpin kerajaan BN/UMNO untuk boikot produk Zionis dan sahabat Zionis.
pelabur Zionis di Iskandar Malaysia bagaimana? dengar kata nak bukak legoland kat situ. lego bukan dari denmark kah? dulu beria-ria suruh orang boikot produk denmark selepas mereka gagal minta maaf isu kutuk RasuluLlah. owh, kalau boleh kembungkan kocek kamu, tak payahlah boikot ya?
semua ini lawak-lawak mat jenin minta populariti. jika benar serius, gerakkanlah jentera kerajaan macam kempen 'buy british last' zaman mahathir dulu.
boikot tiga
israel bertegas mengatakan pejuang Hamas menggunakan kanak2 sebagai perisai, sebab itulah ramai kanak2 yang terbunuh.
macam biasa dengar tak dialog ini? paling akhir aku dengar masa perarakan JERIT, kedua masa perhimpunan BERSIH dulu. tapi kali ini yang cakap tu orang melayu, bukan yahudi.
7.1.09
resipi anti zionis : prosperity burger

ini adalah resepi buat teman2 yang tak mahu menderma kepada 'tabung bunuhlah palestin' McDonald, tetapi mencintai prosperity burgernya.
(nota: resepi ni nampak macam panjang sebab aku masukkan tips2nya sekali)
bahan2;
i- patty daging
daging cincang ramly
bawang putih
kuning telur
serbuk roti (1roti Hi5 yang biasa, dipanggang sampai keras/ranggup kemudian dihancurkan)
garam
ii-sos lada hitam
pelajaran pertama, jangan beli sos lada hitam yang dah siap dalam botol!
serbuk brown sos segera (ada dijual kat giant, biasanya dalam pek satu kg)
lada hitam
iii-penambah seri
roti burger (bukan buatan israel)
bawang kuning (yang besar tu)
cara2 nak buat
i-patty
gaul daging cincang, garam, telur, bawang putih yang telah dikisar dan serbuk roti. patty ini jangan tebal sangat, kita mahukan rasa daging yang kuat. buat bentuk bulat. masak ala kadar, jangan terlebih masak, sebab tu bentuknya kena nipis. kalau takut tak puas, tambahkan kepingan patty dalam roti burger - jangan tambah tebal patty.
ii-sos lada hitam
lada hitam yang kita akan gunakan mestilah yang biji(bukan serbuk). aku lebih suka tumbuk guna lesung sebab ia akan menghasilkan tekstur pelbagai (kasar dan halus).
panaskan kuali, masukkan secawan air, biar mendidih kemudian masukkan serbuk brown sos sedikit demi sedikit sampai likat dan pekat. masukkan pula serbuk lada hitam yang ditumbuk tadi. peringatan, 'secawan' air bergantung kepada kuantiti sos yang korang nak, kalau nak buat kenduri kahwin, takkan nak pakai secawan air je kan? pandai2 lah. keduanya, kuantiti lada yang dimasukkan, ikut suka lidah anda. jangan takut letak lada banyak2, kalau takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan.
ii-hiasan
mula2, letakkan patty tadi di atas roti. siramkannya dengan sos lada hitam custom-made anda. taburkan hirisan bawang dan kapit dengan roti. taadddaaa!!! anda boleh menikmati prosperity burger tanpa rasa bersalah kepada saudara anda di palestin!
6.1.09
lawak boikot yahudi
menyampah~
(contoh idea boikot ntahapapa)
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
hari esok, tali di hidungku akan gugur
bangkai phoenix dah jadi abu.
cenderawasih dah tak cukup oksigen.
esok aku akan lepaskan tali yang mengikat hidung ini.
bangkai phoenix dah jadi abu.
sepatutnya dia bangkit dan terbang melangit,
selepas dibakar api.
tapi aku hangus.
aku dah penat.
-tunggu phoenix bangkit.
-tunggu tali hidung ditarik.
aduhhh... esok kena jadi hero lagi
buat muka tak malu dan minta kasihan.
(esok lusa siapa tahu-phoenix akan terbang tinggi!)
5.1.09
cerita tahun baru
selamat tahun baru! mungkin sedikit lambat. lima hari lewat. haha. tapi hari ini lah tahun baru bermula sebenarnya. jalan mulai sesak semula. anak-anak kecil pakai baju unifom sekolah semula. dikapurnya kasut putih baru setebal mungkin.
anak-anak orang kaya memperaga beg sekolah baru. anak kampung jahit beg sekolah lama. aku tahu, aku anak kampung. anak murid sekolah kebangsaan padang perahu, jitra kedah.
cerita tahun baru dua
selamat tahun baru! jalan sesak semula. ya Tuhan! aku kurang paham apa kena mengena budak ke sekolah dan kembalinya jalan sesak. budak-budak itu bukan naik kereta pun. mungkin mak bapak eksyen nak tayang kereta besar mereka kot. nak tunjuk kat cikgu2 yang bergaji ciput itu kereta yang mereka tak mampu beli. atau pun takut anak diculik. mana satu, ya?
cerita tahun baru tiga
selamat tahun baru! gaza masih dihenyak. oh! maaf, itu cerita lama. holocaust? itu cerita yang lebih lagi lama.
cerita tahun baru empat
selamat tahun baru! hari ini hamzah fateh berumur satu tahun. aku ingin belikan pedang plastik untuknya, tapi tak sempat pulang awal dari pejabat. video di akhir entri ini khas buatmu, anakku!
cerita tahun baru lima
owh, bosannya tahun baru. seperti tahun-tahun-tahun yang lepas, ada bunga api. ada yang kena tangkap basah kerana beromen. tak ada pula cerita mat rempit tahun baru ni. aneh.
BERITA TERKINI: datuk azeez merikan naina merikan umumkan tadi yang beliau dah hantar 1000 mat rempit untuk buat XPDC terjunan bebas bersama motosikal ke sempadan Gaza.
seperti yang dijanji, video untuk hamzah. "hamzah, gerakkan lutut ke sisi!"
1.1.09
calon PAS tikam belakang PR
dia juga merupakan pesuruhjaya PAS terengganu, tempat berlakunya PRK Kuala terengganu. calon yang 'dipilih' beliau untuk kerusi parlimen ialah ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut. mengikut harakahdaily, 'Abdul Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali'.
jika mengikut norma2 biasa, ahli parlimen mestilah seorang yang lantang dalam isu nasional, kerana perdebatannya bukan hanya dalam isu tempatan, maka perlulah seorang yang bertokoh, intelek, dan terkenal serata negeri. mungkin sebab itulah tok guru mursyidul Am meminta agar nama Mat sabu diambil kira. tapi siapa abdul wahid ni?
BN meletakkan satu calon yang tinggi ketokohannya, teruji kebolehannya. PAS meletakkan seorang ADUN, calon 'kalau kalah pun tak apa'.
mungkinkah ini satu sabotaj kepada Pakatan untuk menafikan lebih kerusi Parlimen?
mungkin saja, mungkin tidak.
sekian

