17.5.10

#buku

Berita permergian abuya assyaari sedikit sebanyak menyentuh jiwa. Walaupun tak pernah mendapat tarbiyah al arqam, tapi aku ramai kawan dgn anak2 pengikut mereka semasa di dusun tua dan di hutan kampung. Ya, mereka ada salah di sini-sana, tapi utk menekan terus sebagai teror dan parti ajaran sesat, aku kira sbg melampau.

Pemikiran aku byk terbentuk dari buku2 al arqam. Ketika ditingkatan 4-5, aku ditinggalkan dengan sebuah rak buku yg sarat dgn buku-buku pro kontra al arqam, milik bapa saudaraku, seorang wartawan yang mengkaji tentang gerakkan al arqam.

Dari banyak buku, tulisan abuya dlm buku 'mengenal tuhan' (?) amat mempengaruhi aku. Ayat-ayat mudah, yang dekat di hati menjadi senjata utama mengkader ahli2 baru pada awal penubuhan al arqam. Bagi aku, tulisannya mirip tulisan imam ghazali dalam ihya, cantik dan menyentuh hati. Formulanya, kira aku ialah, simple, mudah paham dan contoh2 yg dekat dgn pembaca.

perkara lain yang aku belajar ialah fitnah2 yg dilemparkan utk menyekat pergerakkan arqam yg ketika itu dilihat mengancam kedudukkan umno. Sedang arqam yg langsung tak diberi peluang utk menjawab, sepertimana pakatan rkyat sekarang, pandangan orang luar mulai menyampah dengan ahli arqam yg dilihat terlalu fanatik dgn abuya.

Dan perkara ini diburukkan lagi dgn sikap inklusif arqam dan cara messiah arqam mendidik ahlinya.

Buku2 itu akhirnya menjadi asas pemikiran aku utk bersikap kritikal, tidak mudah menerima apa yg disumbat dalam akhbar dan menilai dahulu segala fakta yg mampu aku dapat sebelum membuat kesimpulan.

Terima kaseh abuya, kerana pelajaran dari hidupmu, dan terima kasih buku2 kerana menulis sejarah2 sebelum hidupku.

Semoga rohnya diterima Allah, sebagaimana roh2 jiwa2 yg tenang. Ameen.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: