Sang odisi, wira perang yang sesat seribu jalan dan mati hidup semula untuk bertemu penolope, kekasihnya.
Majnun, anak muda ingusan, hilang punca kerana laila, gadis pujaannya.
Odisi mengembara mencari jalan pulang, bertemu dewi2 indah rupa, menyayangi mereka, meniduri mereka sebelum sedar dan kembali ingatkan kekasihnya penolope.
Majnun, mengembara tanpa punca, duduk sendirian terkenangkan laila. Cintanya tersebar hinggakan sang rusa pun merasainya. Angin mengasihinya. Majnun yang bodoh, sehingga alam berasa kasihan.
Odisi pulang ke rumahnya dan harta milikkannya. Merangkul semula penolope.
Untung jika majnun dapat peluang serupa. Untung juga laila. Tapi cinta mereka tiada harapan. Dan mereka tahu tentang itu. Dan mereka masih berharapan!
Odisi untung walau telah meniduri sang dewi, dan pulang sebagai wira.
Sedangkan majnun, terus dikenang sebagai sang bodoh-dungu, mabuk dalam cintanya laila.. Teguh setianya.
Dan odisi curang.
Majnun bodoh.
Kalau begitu, bagaimana mahu menilai cinta?
Sent from my BlackBerry® smartphone
Protected: fatal
5 weeks ago

1 comment:
Majnun jadi negatif kerana namanya bermakna gila (bhs Arab). Kisah kisah Penelope, Odisi dsb terasa agak jauh berlakunya. Kita ada yang localised -> Hikayat-hikayat Panji, pilihlah yg mana satu e.g Panji Semerang. Sama jua naratif cinta dan perjuangan+kembara. Glokal?
Post a Comment