**
dalam kurang seminggu, najib razak sudah tunjuk 'pembayang' cara pemerintahan yang bakal dijalankannya. perhimpunan pembangkang dihenyak, media pembangkang dibisukan. sebelum ini, seperti ada satu corak yang mana mereka yang menyerang atau membangkang najib razak hilang lesap.
semalam, satu lagi alamat buruk telah diperlihatkan, khairy jamaluddin, ketua samseng berijazah, telah menang kerusi pemuda Umno, secara tidak langsung menjadikan seluruh pemuda Umno ahli samseng.
ini mengingatkan aku akan mussolini il duce, pemimpin 'empayar italia' jalur fasis. diktator yang memeras ugut rakyat dengan samseng-samseng geng baju hitam (camicie nere).
samseng baju hitam, versi UK, memberi tabik spring kepada fasis british. mungkinkah pemuda umno juga akan membuat salut yang sama kepada najib?
bukan niat aku nak samakan najib razak dengan mussolini, susuk tubuh il duce lebih berkarisma berbanding najib yang bukan saja dilihat lemah, malah terbukti bila dilihat kepada cara felda ditadbir.kembali kepada mussolini, kita boleh baca semula bagaimana mussolini mempermainkan rakyat dengan mengadakan pilihan raya olok-olok, yang mana semua pembangkangnya ditekan dan menghalang akhbar pembangkang dari diterbitkan. mussolini juga menggunakan sepenuh jentera kerajaan terutamanya polis untuk terus kekal dalam kuasa. pilihanraya olok-olok ini, kemudiannya menjadi simbol yang rakyat mahukan mussolini terus berkuasa dan bertapa mussolini ini masih mendokong demokrasi.
dah nampak coraknya?
baiklah, kita tengok pula apa maksud il duce. il duce maksudnya 'yang kedua'. siapa yang pertama agaknya,ya?
haha!
**pembangkang di sini bermaksud mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan najib, bukan sebagai satu entiti parti politik atau NGO.

No comments:
Post a Comment