5.11.08

bulatan yang paling aku suka

aku baru balik dari satu program bulatan. jujurnya aku kurang bersungguh2 dengan program2 sebegini kerana sebab2 yang aku tak boleh dedahkan. (tapi join jugak sebab nak luruskan hati; kadang2 kau tak suka benda tu, tapi Allah suka~)

dalam bulatan hari ini, 'artis' jemputannya membincangkan al quran dan manusia dan bertapa manusia selalu terlepas pandang kehebatan Al quran, walaupun sering membacanya. dia juga membincangkan kenapa kita lebih mudah menerima fakta sains dari fakta Al quran walaupun benda tu dah memang ada dalam Al quran.

sebelum akhir, dia kupas tentang reformation, renaisance dan revolusi yang membentuk budaya sains barat hari ini. mata aku cerah la bila masuk bab2 ni. aku tolong sambung tentang ibnu rusyd dan kaitan falsafah dalam membina rangka sains.

hahahaha.. inilah bulatan paling bes setakat ini.

nota kaki;
yang aku boleh tahan lama dalam bulatan ni adalah sebab naqib aku belajar psychology dan falsafah, so kira satu kepala la. kalau tak, dah lama aku 'chow' kot. terima kaseh ALlah!

3 comments:

Cenangau said...

Pergh! Dahsyat tu, kat mana buat? nak joint sekali boleh, kat kg aku benda-benda macam tu kat meja kedai mamak ada laa tu pun kadang-kadang

bumilangit said...

ko biar btol cenangau, dalam harakah baru kata yang yang PAS tengah memperkasakan tarbiyahnya.

join la usrah depa, kita sama2 kayuh ke Allah

Anonymous said...

ika xpenah berminat nk join bulatan ni, tp thanx to you sbb kenal kan dgn ketua yg best and thats on of the reason i stayd till now..=)