mungkin ini dapat gambarkan beza sistem pemerintahan. politik darjah satu.
kerajaan kapitalis;
dalam perut bumi ada minyak, tawar syarikat koperat untuk dagangkan hasilnya agar mendapat keuntungan maksimum. cukai dipulangkan kepada kerajaan. rakyat dapat untung dari syarikat dan negara.
kerajaan komunis;
dalam perut bumi ada minyak, panggil rakyat untuk usahakan bersama, hasilnya dikongsi bersama.
kerajaan malaysia;
dalam perut bumi ada minyak, jual keluar negara kerana bermutu tinggi, beli minyak murah dan jual kepada rakyat. rakyat bayar 30 sen lebih mahal dari harga sebenar. untungnya diedarkan kepada kawan rapat, sedara mara, dan menantu. 'bonus' yang petronas bayar tahun lepas sunyi je, tetiba nak korek duit rakyat dalam kwsp untuk 'pacu' ekonomi negara.
Protected: fatal
5 weeks ago

1 comment:
Feudalis berbaju Melayu, berlidah burung kakaktua terlatih serta petah membunyikan kata D-e-m-o-k-r-a-s-i!
Post a Comment