aku malu. aku baru tengok 40min filem itu dan aku dah tak sanggup teruskan. penat rasanya dada ni.
aku anggap filem ini bukan filem propaganda kehebatan siam, buddha dsbnya. aku pandang positif filem ini walaupun tidak menyebut kerajaan 'langkasuka' itu adalah kerajaan melayu muslim. tak perlu agaknya seorang pengarah filem bukan islam melakukan usaha dakwah dalam filemnya. tiada tanggung jawab atas bahunya untuk mantapkan jatidiri melayu muslim dalam filem itu.
dalam filem ini, kerajaan langkasuka digambarkan seperti catatan liang-shu, pengembara cina pada kurun ke tujuh. tak, ikut sejarah, ratu hijau bukan ratu langkasuka, tapi ratu patani. kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah sebenar cerita ni, bukalah buku sejarah atau baca kat sini. aku malas nak tulis panjang2.
apa yang aku paling malu ialah bila inisiatif untuk filemkan kisah ini datang dari orang melayu. tengok pada kostum dan nama, jelas, ini adat melayu. dengan keris dan nama. ini bukan nak kuatkan jatidiri siam. ini 'filem melayu'!
orang melayu di malaysia sibuk buat cerita mat rempit, impak maksima dan bohsia, sedangkan orang lain pula yang angkat kehebatan sejarah sendiri. tak malu kah?
secara keseluruhannya, aku berterima kasih kepada sang direktor yang buat filem ini. ya, ada beberapa masalah yang aku tak setuju, tapi oleh kerana sejarah ini telah dibiarkan usang dan bersawang, tanpa ada orang melayu yang peduli. padanlah dengan muka orang melayu.
aku sarankan kita terus menggali sejarah tanah ini, bukan saja masa purba, tapi juga zaman pra merdeka, pasca merdeka agar kita lebih bangga jadi anak malaysia.
kalau berminat nak dengar cerita aku dulu2, silalah ke blog lama aku di sini dan di sini.
nota pendek:
ada tiga meriam sebenarnya, sri patani, sri nagara dan mahalela. dan ketiga2 meriam ini merupakan hadiah dari turki uthmaniah, bukan dari belanda. kalau nak tengok meriam yang hebat2 lagi, pergilah ke istanbul. MAS ada buat tambang murah ni. haha!
Protected: fatal
5 weeks ago

4 comments:
tabik kt director yg buat filem ni. n spatutnye n smmemangnye filem ini muncul dr Malaysia.
filem ini jika ikut fakta yg sebenar m'punyai nilai sejarah, tp sygnye p'buat filem di Malaysia x nmpk.
de byk faktor:
kekangan kewangan utk buat filem epik n sejarah cmni, perlu bajet besar cm Puteri Gunug Ledang.
malas mengkaji - filem2 ini perlu diteliti dari pelbagai aspek, eg: fakta2, kostum, latar n nilai sejarah itu sndiri
keuntungan - filem yg dibikin msti nak gempak, aksi n perempuan. hanya ini yg nmpk n dpt pulangan. kalo xdpt pe2, cmne nk cari makan.
perkare ni antara yg patut disedari n perlu diatasi. sokongan pelbagai pihak diperlukan.
itulah masalahnya, bila buat kerja, ukuran pertama untung-rugi.
tapi aku juga paham, bukan mudah nak buat filem macam ni dalam masa yang sama difahami orang. jangan lah jadi macam filem embun atau paloh. filem syok sendiri.
tapi kita perlu bermula dari sesuatu
Filem nie cantik. Dari segi pemandangan, baju, sampai ke senjata dia pun cantik.
Secantik filem nie...Cantik juga budaya dalam filem nie. Budaya kita, adat kita, seni kita.
Saya tak berpengetahuan ttg sejarah sebenar langkasuka sebab saya masih lagi buat research sana sini. Tapi cerita membuatkan saya terfikir, kenapa Malaysia atau MELAYU tak buat cerita ni dulu,. Kenapa "kecantikan" dalam cerita nie bukan ditonjolkan atau dinaikkan oleh bangsa kita sendiri...
Yang saya pasti, filem ni bagi impak yg dalam utk saya supaya lebih menghargai kecantikan budaya kita dan untuk mencari diri "kita". Di manakah...Langkasuka....
Saudara-saudari baca saja buku Hikayat Patani karangan Syeikh Daud al-Fathani dan Merong Mahawangsa, walaupun diakui bahasa yang digunakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa agak seperti tunggang terbalik. Kedua-dua buku tersebut saling berkaitan.Ikut kisahnya Langkasuka bermula sejak abad pertama masihi lagi di kawasan Kedah. Kemudian berpindah ibu kota ke Patani sana selepas kurun ke-6 M sebab Kedah mula meningkat menjadi satu Negara Kota dengan raja baru berketurunan Parsi.Langkasuka meliputi Kedah Utara, negeri-negeri Pantai Timur kita, dan Selatan Thailand. Dulunya, ada ura-ura menubuhkan Langkasuka Raya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia sekarang, tetapi masalah yang dihadapi pula, ibu kota Langkasuka ada di bahagian Thailand sana dan Thailand tak mahu lepaskan bahagian tersebut.
Post a Comment