12.4.09

spender hitam berdaki (2)

spender hitam berdaki (2)


lelaki botak itu
pakai kot segak
tali leher simpul windsor knot
cuffling dilengan, lidah pelat pemaisuri ratu

berspender belang merah putih
dengan daki di tepi
genggam erat takut lucut
nanti ternampaklah kemelayuannya

spender kusam
mencengkam kemelayuannya
melindungi kemelayuannya
jangan dilihat orang

lelaki botak melayu itu
berpakaian orang puteh
fasih lisan mat saleh
tapi punggungnya hitam legam
kerana itu agaknya dia malu jadi melayu

nanti ternampaklah kemelayuannya

(dari sajak 'celana dalam', ismail muhammad 'antologi sajak keranda 152'

5 comments:

panrita tua said...

ape la..spender pun nk buat sajak..buat malu bangsa jer...takda bende lain ker nk wat sajak...sudu ker..??beras ker..??

bumilangit said...
This comment has been removed by the author.
bumilangit said...

lepas berak, lari.

tinggalkanlah alamat blog anda dulu lain kali.

hahahahahah....

Anonymous said...

Menanam Hatiku Yang Luka

Aku masuk ke dalam rumahku
Ku buka baju
Seluar dan seluar dalam
Tanpa malu

Begku aku hanya campak
Ke atas sofa
Atas suratkhabar yang makin berlambak

Telanjang, aku menghadapnya
Tandas yang kecil
Lima kali lima

Aku duduk atas takhta porselain
Macam pelacur yang
Baru belajar main

Dan aku 'pasrah'
Aku berserah
Sambil ususku memerah.

Pasrah beberapa lama
Bungkusan keluar jua

Lamaaaaaaa.....

Ah, legaaaaaa...

Aku flush, aku basuh sampai suci
Sampai wangi
Dan kemudian aku flush lagi.

Lega rasanya,
Menanam hatiku yang luka

bumilangit said...

tra la la la la...