berapa kali kita turut saja?
kerana ikut 'nasihat' profesor
mana kau tahu dia bukan sejenis kangkung?
yang berhujah dengan perut dan tembolok
berapa kali kita berhenti berfikir?
sebab orang lain dah tolong fikir
mana tau dia tak fikir dengan perut dan temboloknya?
atau fikir dengan kepala lutut atau mungkin dengan borang tendernya
berapa kali kita biarkan diri kita jadi bodoh?
masuk dalam penjara khayalan
bila mana kemalasan menjadi pengawal
dan fikir kita adalah tawanannya?
mari bebas. berhenti percaya. mula berfikir.
pentas152.blogpsot.com
Protected: fatal
5 weeks ago

4 comments:
Ya. Dan jangan sesekali berhenti fikir. Dan zikir.
(Wah, bunyinya macam jemaah tabligh pula.)
:)
komen yang kedua tu dipadam oleh tuan punya badan, bukan aku.
cuma nak jelaskan.
tok mudin, datang tak malam ni?
zikir dan fikir, insyaallah berjaya dunia akhirat..
Jangan takliq kata imam syafie..
fikir..
fikir..
baca..
baca..
Post a Comment