Kata tok guru nik aziz, ahli umno takkan masuk syurga, seolah-olah syurga miliknya dan dialah orang yang menetapkan, sapa masuk syurga, dan siapa masuk neraka. Sekurang-kurangnya, penyataan inilah yang mahu disebarkan oleh media umno dan para cybertroopers yang karat moral.
Yang paling tersentak dengan kenyataan begini ialah rakan2 dalam pakatan yang selama ini melihat agamawan (islam atau agama lain) sebagai jumud, kolot dan mempergunakan agama untuk tujuan peribadi.
Timbulnya sosok2 seperti Nizar, saari sungib khalid samad dan tok guru sendiri berjaya mengubah pandangan ini, dengan membawa imej progresif dan terkedepan, dengan cara menghidupkan Islam dalam keperibadian mereka dan pemerintahan. Ini memberi keyakinan baru kepada agama untuk menjadi ubat kepada masalah politikus yang mempunyai sijil bergulung2 tapi korup akhlak.
Sebaran massa tentang kenyataan tok guru itu merupakan fitnah yang ultra jahat, kerana menggugat usaha dakwah, hanya untuk kepentingan yang sedikit; iaitu memenangi sebuah kerusi DUN.
Semoga orang2 jahat ini diberi balasan di dunia oleh Tuhan, agar menjadi teladan kepada orang lain.
Ameen..
Protected: fatal
5 weeks ago

2 comments:
Setuju sangat...mereka lah yang telah menjadikan Islam tidak ada Gap dengan bukan Islam...Sepatutnya YB khalid jadi PJ selangor..marilah wat solat hajat di bulan ramadhan ni supaya yb khalid jd PJ selangor.. Usah kita bagi muka kepada UMNO kerana mereka seperti doa nabi nuh...Ya Allah, kalau ko tak hancurkan golongan ini, nescaya mereka akan sesatkan para hamba2MU generasi2 yang akan datang..Umno dah sesatkan kita 50 tahun lebih...kalau kita bagi nyawa lagi dengan K.perpaduan, muzakarah, pjnjian hudaibiah memang umno akan terus menyesatkan rakyat malaysia sampai beratus2 tahun akan datang..
Salam...
Dah tukar name blog gua ke PUAKA KERAMAT bro...
RAMADHAN KAREEM!
Post a Comment