18.10.09

PATI indon adalah lipas

Pendatang indon yang berlambak2 di malaysia menjadi sumber baru wabak penyakit dan keruntuhan moral.

Kebanyakkan dari mereka terperangkap dengan penipuan ejen2 pekerjaan di indonesia yang kononnya menjanjikan pekerjaan yang lumayan, dengan syarat membayar sejumlah wang sebagai deposit. Sebahagian yang terpedaya, meminjam wang dari keluarga, ada yang menjual tanah dan ada yang sanggup menggunakan dengan peminjam wang haram dengan bunga yang tinggi.

Setibanya di malaysia, mereka dibiarkan dengan tanpa paspot sah, kad pengenalan atau permit kerja. Akhirnya mereka terperangkap, tidak dapat pulang ke indo, dan tak dapat kerja di malaysia.

Adalah lebih malang bagi mereka yang sudah berkeluarga dan melahirkan anak di sini. Anak2 mereka takkan dapat pendidikkan formal, dan akhirnya kekal bodoh sehingga dewasa.

Ada juga indon, kerana tertekan, terpaksa mencari jalan mencari duit dengan cara jenayah.

Kerana itu mereka dianggap seperti lipas di bumi malaysia, jijik, tidak berpelajaran, miskin, pengotor, menjadi sebab jenayah dan akan kekal lipas sehingga selamanya!

Ini adalah sinopsis filem district 9 pada pandangan aku. Ada yang cuba mentafsir filem ini mirip apatheid di afrika. Bagi aku, usahlah tengok jauh ke afrika sedangkan di tempat sendiri pun ada masalah yang sama. Menafikannya takkan membuatkan diri kamu mulia!

Makhluk asing dalam D9 mirip PATI indonesia, malah juga pendatang2 tanpa izin dari negara lain. Banyak yang tertipu dengan sindiket sehingga terpaksa hidup melarat di bumi asing, bukan atas kehendak sendiri, tapi terpaksa.

Orang malaysia yang mengaku manusiawi pula mengambil langkah mudah dengan tangkap, sumbat dalam kem2 transit yang dalam keadaan jijik, malah ada yang disebat!

Masalah ini takkan pupus sendiri, PATI itu sendiri bukanlah masalah, tapi ejen2 penipu dan mungkin rasa tamak ingin kemewahan mudah akan jadi punca utama.

Kalau pemerintah malaysia memaafkan terus PATI, lebih banyak PATI akan masuk ke malaysia secara haram. Tapi kalau diseksa dan dilayan seperti lipas, itu lebih binatang!

D9 menyelongkar hati setiap satu hati manusia, bukan untuk memberikan jawapan, sebaliknya untuk menilai sejauhmana ada manusiawi disebalik jasad2 berbentuk manusia itu. Jadi, sejauhmanakah manusianya anda?

(Rakyat Indonesia, bukan lipas, dan tidak dianggap seperti lipas, cuma D9 guna perumpamaan itu, yang mana aku pikir bagus, jadi aku gunakan lah jugak. Maaf pada yang tersinggung!)

1 comment:

Anonymous said...

Cara menyelesai masalah:

1. Hanya agensi kerajaan dibenarkan membawa masuk pendatang dari Indonesia. Ejen-ejen dihentikan permit mereka.

2. Adakan sistem yang dapat menapis kemasukan pendatang asing. Hanya mereka yang berkebolehan dan mempunyai IQ tinggi dibenarkan masuk. Sistem ini diamalkan di negara-negara lain dengan berjaya. Untuk penapisan segera di pintu masuk negara, ujian kemahiran dan IQ dikendalikan. Ini untuk mengatasi masalah pasport palsu.

3. Memastikan pendidikan dan perubatan yang sempurna kepada pendatang yang masuk secara sah.