PRU 13 lama lagi. kita katakan 2 tahun itu lama. dan jika 6 bulan, itu juga masa yang lama.
parti politik sekarang sudah bersedia dengan jentera untuk PRU13, semuanya berlumba2 meraih sokongan. bezanya ada dua, satu mengambil cara mempergunakan rakyat, satu lagi membijakkan rakyat.
mempergunakan rakyat maksudnya terus menerus menanam rasa benci yang kadangkala tak munasabah untuk terus mendapat sokongan. mereka tidak mengajak rakyat untuk berfikir, sebaliknya terus mengajar rakyat apa yang mereka mahu rakyat pikir.
dengan itu, massa akan terus bersama mereka.
membijakkan rakyat pula adalah tindakan memberi rakyat alatan untuk membuat analisis sendiri, mengajar rakyat cara membuat keputusan sendiri dan seterusnya mengajak rakyat untuk bersama-sama memajukan negara.
langkah ini bukan suatu jalan yang popular kerana mungkin melahirkan lebih banyak 'pemberontak' yang berpikiran kritis dan, cara ini bukanlah cara yang mudah untuk dilaksanakan. keputusan kepada cara ini ialah terbentuknya masyarakat madani yang mana rakyat sensitif kepada isu semasa (politikal mahupun tidak), dan membabitkan diri dalam perdebatan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah masyarakat.
masakini, PR dilihat mengambil kedua2 cara ini untuk meneruskan survivalnya dalam politik.
malangnya, cara pertama lebih popular dan ini akan terus membodohkan rakyat.
malang, kan?
Protected: fatal
5 weeks ago

1 comment:
Sejarah memihak kepada aliran yang memandaikan rakyat. Setiap revolusi yang dicetuskan dengan jaya - yakni keterlibatan massa adalah dengan menjelaskan kedudukan nilai insan yang sekian lama diperah oleh elit pemerintah. Revolusi di Perancis dan Iran menampilkan peranan intelektual ke hadapan menyuluh onar elit yang memerintah. Ayat ayat Syiah yang mengingatkan setiap hari akan peristiwa berdarah Karbala itulah tiupan yang menyuluh kegelapan. Setiap hari, detik dan saat adalah revolusi, zikrullah itu sebagai dinding, pengingat kerana manusia secara fitrahnya adalah pelupa, bukan Melayu Mudah Lupa (dicedok daripada hujah ahli tafsir oleh pakar pencedok terkemuka negara).
Post a Comment