aku dibesarkan dalam keluarga tipikal melayu. mitos, tahyul dah jadi semacam darah daging. aku tak tahu dengan bangsa lain, tapi melayu ni memang kuat mistiknya.
masa aku duduk bersama nenek, rumah kami tepi kubur. bilik air kami cuma ada kolah (yang air pilinya sangat perlahan), telaga, dan pelita minyak tanah. setiap subuh pagi sebelum ke sekolah aku akan menghadapi dua ketakutan, pertama ingatan hantu dari kubur sebelah rumah dan sejuknya air dari telaga.
kalau boleh bayangkan, setiap pagi atau senja, aku kena mandi dengan bantuan cahaya api pelita. api pelita ni pula nakal menari2 untuk menggamit khayal aku tentang hantu. selalu saja bayang2 aku 'menyerupai' makhluk2 seram untuk teman aku mandi.
nenek aku ada berpesan. katanya, kalau rasa macam ada sesuatu kat belakang, toleh dan tengok benda tu. ia akan hilangkan kegusaran dihati. kalau rasa macam ada hantu kat belakang, toleh saja belakang, bila tengok tiada hantu, hati akan tenang semula. tapi semua ini perlukan keberanian untuk menoleh. nasihat inilah teman aku untuk mandi setiap subuh dan senja. setiap kali rasa macam ada lintasan, aku akan toleh untuk buktikan kepada diriku yang benda itu tak ada sebenarnya.
walaupun tok teh dah lama tak ada, tapi aku masih sentiasa toleh bila aku rasa sangsi. walaupun kini bilik air aku ada water-heater dan lampu kalimatang, namun aku sentiasa mencari keberanian untuk mencabar benda tahyul.
sekian lama masa berlalu, barulah aku paham dengan perkataan 'fear of the unknown'.
aku tak rasa nenek pernah paham istilah ni.
tapi pesan tok teh memang berkesan; jangan takut dengan lembaga ciptaan diri sendiri. benda yang tak ada mungkin tak wujud. beranilah melawan takut.
hebatkan nenek aku?
Protected: fatal
5 weeks ago

2 comments:
hebat, hebat. terima kasih kerana berkongsi. :)
yerla..
ada persamaan dengan orang jawa..
penuh dengan pantang...
kadang i benci dengan terlalu kepercayaan yang diragui....
kesumadewi2003
Post a Comment