pilihan BN untuk tidak sertai PRK penanti memang tepat. kerajaan dapat jimat kos entah berapa juta dari dibazirkan pemimpin2 umno. setiap kali PRK, mereka akan tabur projek mee segera, itu belum kira majlis perasmian mega (bukan projek mega, perasmiannya saja). bapak2 menteri yang datang pula bawa polis eskot berduyun2. macamlah orang kampung tu semuanya penyamun.
dan aku berharap BN juga akan mengambil langkah 'bijak' seperti ini apabila DUN perak dibubar nanti. biar semua dapat kat pakatan. kah kah kah!
teh boh air kopi,
orang bodoh jadi menteri.
Protected: fatal
5 weeks ago

7 comments:
Siapa kat BN tak bertanding, BN tak keluar duit?
Heh!
Aku pun ada pantun jugak.
Bila pilihanraya tarik undi,
habis ceramah sana sini,
bila menang apa dah jadi,
tiba-tiba dia cabut lari.
Dulu kata fitnah konspirasi,
Konon BN nak cuba hakis,
rupa-rupanya arahan parti,
Pilihan raya macam buat sarkis.
September 16 apa sudah jadi,
Tapi bila Perak dia marah,
Berpolitik pulak tak henti-henti,
sampai orang naik menyampah.
Makan Lala makan kerang,
Restoran makanan laut Batam,
pilihanrayalah sorang-sorang,
Maka ceramahlah sampai lebam.
Aku memang suka berpantun,
Seni bahasa cukup indah,
kalau susah sangat jaga adun,
Baik bagi PAS je lah...
eh ehh comelnya Leha,
Jangan marah haaa....
1 julai 2009.
Anwar penah jadi menteri. Bodoh ka Bijak?
anon: mungkin juga, ya!
sinatra:
keliling najib banyak pembodek,
semua betul, semua kena;
menyokong umno mengharap projek,
bila kau sokong mengharap apa?
tok mudin;
baling batu sembunyi tangan, bagi duit letak calon bebas.
joe rawk;
rehat ya! selamat pulang dari hospital
Mengharap apa?
Itu panjang cerita,
kalau nanti ada sesi teh tarik aku cerita la... Aku belanja.
teh tarik ka?
insyaAllah, nanti, ok?
Post a Comment