"peraturan yang banyak hanya melahirkan pesalah yang banyak"
selepas azilah dan sirul dijatuh hukuman mati, semakin meluat melihat kepada undang2. celaka. undang2 ini bukan untuk membela manusia, bukan untuk menjamin 'law and order', tapi sebagai aparatus menghalalkan kekejaman individu yang berkuasa dan banyak harta.
peraturan yang banyak melahirkan lebih banyak pesalah, bukan untuk menghidupkan kesopanan. apatah lagi untuk menjamin ketinggian akalbudi manusia.
terus selepas ini, undang2 hanya akan menjadi pembenar orang2 kaya yang banyak duit untuk membayar peguam-peguam yang membelit. orang miskin macam kau dah aku sentiasa bersalah, tak kira apapun.
memang celaka.

3 comments:
Benar sedara. Sebagai contoh, boleh baca kisah benar The Innocent Man oleh John Grisham. Betapa tidak adilnya undang-undang manusia. Seorang dituduh hanya supaya kes kelihatan selesai. Polis boleh lepas tangan. Masyarakat boleh diam, kononnya yang bersalah telah terhukum.
Damn!
betul, undang2 patutnya bukan ditulis atas kertas, tetapi atas akhlak.
jika atas kertas, boleh dipijak2. tapi jika atas akal budi yang sihat, insyaAllah manusia akan terbela
biarkan luncai terjun dengan labu-labunya...
Post a Comment