semalam aku mimpi basah (masa tu aku masih jaga sebenarnya), ribuan manusia disimbah pemedih mata di taman ria. entah apa dosa hingga najib sanggup buat macam tu. anak-anak kecil, penjual bihun sup, dan pesawah, semuanya merasai 'kemewahan' yang sebelum ini hanya dirasai warga kota - gas pemedih mata.
mimpi basah aku terus lagi (masa ni aku dah mengantuk sangat), najib tahan permit harakah dan suara keadilan. kamu nak tahu kenapa akhbar ini diblok? kerana dua orang wanita. ya! najib tahan warganegara baca dua akhbar kerana dua wanita. satu cun, satu gebu. satu bujur sireh, satu lagi macam patrick starfish. satu namanya altantuya, satu lagi namanya rosmah.
aku tak tahu kenapa pemerintah malaysia menggeletar dan alah mendengar namanya minah monggolia ni. sebelum ini, seorang penggubal undang2 dilarang masuk dewan parlimen kerana sebut namanya. kini jutaan manusia dilarang membaca harakah dan SK hanya kerana minah ini juga.
apa yang najib takut sangat?
mimpi basah aku berhenti. memulas kepala aku berfikir, macamana malaysia berlari kebelakang. disaat tanah2 lain membenarkan kebebasan media dan perdebatan, malaysia menyekat. apa nak jadi dengan tanah malaysia? pemerintah diktator di zaman ni? amat janggal dan hampir kepada tak mungkin.
apa nak jadi kepada malaysia dibawah najib? makin besarkah dompet rakyat atau makin berselera serakah rosmah?
kamu nak tunggu dan lihat? bukan aku. mimpi basah ini harus berhenti
Protected: fatal
5 weeks ago

1 comment:
Malaysia berlari kebelakang kerana pemimpin yang lemah, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Mungkin mimpi basah boleh mengandaikan apa yang akan berlaku selepas ini?
Post a Comment