6.11.08

Obama : produk asy-syahid Malek Syabaz

(entri ini ditulis berdasarkan memori bumilangit yang membaca biografi X 2 tahun lepas, kalau ada kesilapan, harap maaf)
kemenangan obama diraikan di seluruh dunia; bagaikan harapan perubahan Amerika membawa juga harapan baru untuk bumi. Satu sejarah baru dicipta, bukan kerana presiden Amerika yang baru ini berkulit gelap, tetapi kerana simbol penghakisan sifat perkauman berdasarkan warna kulit.

Sejarah yang baru dicipta ini sebenarnya adalah aliran masa yang panjang, seperti sungai yang berliku. Mungkin kemenangan obama ini tanda arusnya sudah sampai ke muara. Sungai ini ada hulunya- ada asal usul mata air, yang mana ditinggalkan oleh pejuang lama yang aku berani kata, ‘dilupakan’. Malek al Syabazz, atau Malcom X, pejuang Islam yang syahid kerana ketegasannya.

Amerika di zaman muda malcom X, atau nama timangannya Red tidak seindah kini. Menurut buku autobiografinya, The Autobiography of Malcolm X ; warga kulit hitam ketika itu dihina oleh kaum kulit putih, tidak diberi peluang secukupnya dan hidup tanpa wawasan dan ‘masa depan yang sebenar’. Warga kulit hitam disisih dan dianggap manusia kelas kedua, punca masalah social dan hidup di’setinggan’ kota. Red juga tenggelam dalam arus ini. Dia tanpa malu berkongsi sejarah hitam hidupnya yang bergelumang dalam dunia dadah, rompakan, dan pelacuran sehinggalah beliau dipenjarakan ketika berumur 21 tahun.

Dalam penjara, beliau mula mengenali pertubuhan ‘Nation of Islam’, organisasi warga kulit hitam radikal yang memanggil semua orang kulit putih sebagai syaitan. Nation of Islam (NOI) amat berbeza dengan Islam yang dibawa oleh RasululLah dari semua segi. Red banyak menghabiskan masa dalam penjara dengan membaca, bila keluar, beliau terus berjumpa dengan ketua NOI, Elijah Muhammad dan dari situ Red menukar namanya dari Malcom Little kepada Malcom X, digugurkan Little kerana itu bukan nama sebenar keturunan beliau sebaliknya ianya telah diberi oleh pemilik ‘hamba’ yang membawa masuk datuk-nenek beliau. NOI berkembang dibawah kepetahan dan kepintaran Malcom sehingga berjaya mengkader beribu2 ahli baru. Amerika mula melihat kepada susuk Malcom dan media mula berkejaran mendapatkan beliau. Warga kulit hitam mendapat wira baru untuk menyatukan bangsa mereka dan memberi nafas baru dalam kehidupan mereka. NOI memberi jatidiri baru untuk menjadi seorang warga kulit hitam. Dengan teori orang kulit putih adalah hasil eksperimen silap seorang prof gila, warga kulit hitam sudah boleh berjalan dengan dada yang tinggi.

Pehimpunan NOI diadakan di stadium2 bagi menampung jumlah penonton yang ramai. “My beautiful black sister” kata malcom, memuji kecantikan wajah gadis afrika- untuk tidak cuba poyo yoyoan meniru rupa orang kulit putih. Harapan baru sudah terukir, warga kulit hitam bukan lagi kulit kacang untuk dipijak ditepi kaki lima!

Keimanan Malcom terhadap NOI mula goyah selepas ada berita hubungan sulit Elijah dengan setiausaha sulitnya. Setelah disiasat dan didapati benar, Malcom meninggalkan NOI dan tinggal bersama peninju terkenal. Muhammad Ali buat beberapa ketika. Ali mengajak Malcom mengenali Islam yang sebenar dengan lebih dekat. Malcom mengucapkan kalimah tauheed dan menukar nama menjadi Malek.

Antara perkara pertama yang Malek buat selepas menjadi muslim ialah mengerjakan haji di Makkah. Beliau ceritakan dalam buku itu bertapa perjalanan haji itu benar2 mengubah hidup dan persepsinya mengenai dunia. Dalam odisi itu, dia lihat bagaimana persaudaraan Islam melepasi sempadan warna kulit, tak kira arab, hitam, puteh atau sawo matang, semuanya sama darjat; tak seperti yang diajar oleh NOI, black supremacy. Inilah yang sepatutnya disebarkan dan dikembangkan bila pulang ke Amerika nanti. Malek menambah namanya menjadi Malek alSyabaz, kerana percaya itulah nama datuk nenek beliau sebelum diculik dan dijual sebagai hamba di Amerika.

Bila pulang ke Amerika, Malek El Syabazz mengalami pelbagai tribulasi dan ugutan dari pihak ultra kulit putih dan pengikut NOI yang ingin membunuh beliau. Beliau akhirnya syahid dalam cuba memurnikan ajaran Islam dari NOI dan mempromosikan kesamaan hak berbeda kulit. Ini berlaku pada 1965.

Tahun 2008 menyaksikan hasil perjuangan jerih Asyahid Malek Syabaz, pertamanya meningkatkan keyakinan kaum kulit hitam dan memberi mereka harapan baru dan yang kedua memperjuangkan kesamaan hak pasca pulang dari Haji. Aku tak percaya obama akan berjaya tanpa sungai masa ini melalui gentir liku Malek al syabaz.

Semoga Allah merahmati roh beliau, amen."Time is on the side of the oppressed today, it's against the oppressor. Truth is on the side of the oppressed today, it's against the oppressor. You don't need anything else."

7 comments:

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

amin.....dahsyat jugak dia punya perjalanan hidup.......hu hu hu.

ade ker orang macam tu lagi kat dunia nie???

Ibnurashidi said...

Selagi mana seorang bernama kafir memerintah USA..nescaya suma tak guna..umat Islam jadi mangsa..

rastom said...

Ada juga kafir yang bernama Najashi al Habshi turut membantu aliran sungai yang akhirnya sampai juga di Tanah Melayu. Dan ada juga orang Islam yang menghapuskan tulisan Jawi dan kemut duit Sek Agama rakyat..hehehe

bumilangit said...

pendekar;
aku rasa ada, tapi kita yang belum jumpa.

ibnurashidi dan pak rastom;
pendapat saya, asalkan pemimpin itu tak kacau gerakan Islam. itu satu permulaan yang sangat positif.
bila orang dah tak kacau, kita kena la tunjukkan contoh yang Islam ni adalah penyelesaian yang terbaik.

saya pasti yang obama akan bantu rejim yahudi, tapi selagi tidak menekan muslimin, ianya lebih baik dari sekarang- untuk permulaan

ston_kol said...

Pelan² kayuh...
Takkan senang² jer nak orang Islam perintah USandA sekarang??.
Tengok macam mana susahnya & berapa lama brader/sis kulit hitam nak sampai tahap ni...
Mungkin cabaran Islam akan 2 atau 3 kali ganda dari apa yang diorang lalui sekarang ni.

Bantu rejim?Kalau orang Islam yang perintah sekalipun USandA tu musti kene bantu punyer,walaupun bukan cara terang terangan.Dah memang situ lubuk dia.

Ada tempat yang diperintah oleh Islam.Tapi still umat Islam kat sana jadik mangsa jugak....Heheheheh

bumilangit said...

USandA atau USofA?

atau USANA?

ston_kol said...

Aku ikut cakap Borat Sagdiyev,
"Touristic Guidings to Glorious Nation of Kazakhstan/Touristic Guidings to Minor Nation of U.S. and A."
NICE....
I LIKE....!!! ;)