3.11.08

madam low PKNS : obama dalam kelambu


hari ini Amerika akan buat pilihan, obama atau mc cain. bagi aku, dua2 tak guna. kenapa? belanja aku teh tarik dan aku akan cerita.

hari ini selangor sibuk kisah Madam Low, orang tionghua yang dilantik memimpin PKNS, pertubuhan kebajikan bangsa melayu. haha! korang pun perasankan, takdak pon nama melayu kat situ!

kat amerika sana, obama ni kira pendatang la, macam khir toyo. nenek dia pon masih ada di kenya. amerika ini bukan di afrika, dia dibenua lain, dijumpa orang columbus yang sesat semasa cari india.

madam low nendanya tidaklah aku tahu kat mana, tapi pada ukuran usia, aku rasa dah tak ada.

obama laungkan 'the change we need' - perubahan yang kita perlukan. madam low adalah perubahan itu.

selepas mengambil alih kerajaan negeri selangor, mahu tak mahu pihak pentadbiran PKNS haruslah mengikut angin perubahan yang ditiupkan oleh rakyat. akhir2 ini kita dapat lihat usaha Khalid Ibrahim cuba mengambil alih SYABAS dan mereformasikan agensi2 yang dirasakan perlu untuk melancarkan pemerintahannya di selangor. sekarang tiba masa untuk mengambil alih PKNS, bila pengerusi yang lama tamat kontrak, inilah masa yang terbaik untuk meletakkan tokoh yang dapat bekerjasama dengan MB. panggillah kronisme atau apa, kalau aku pun, aku akan lantik orang yang aku rapat dan benar2 percaya.

dalam proses transisi ini, perlu ada seorang yang akan mengambil jawatan pengerusi buat sementara. jika nak lantik timbalan pengerusi, aku rasa tak sesuai kerana nanti kena turun jawatan balik bila pengerusi baru datang. kan janggal macam tu.

bila Khalid lantik madam low yang berstatus kontrak, tiadalah rasa pelik sangat bila dia kena turun jawatan nanti, mungkin boleh bersara terus.

aku juga ingin tengok PKNS dibawah tadbir madam low, adakah lebih baik dari pentadbiran orang melayu? jika ya, beliau akan set standard baru dalam PKNS. tak bagus ke macam tu?

aku percaya, khalid akan ambil orang luar untuk bantu jana duit PKNS. selangor adalah negeri Pakatan Rakyat yang tak dapat banyak bantuan dari Pusat, maka dia harus jana duit sendiri- duit yang banyak. Khalid bukan orang sebarangan, seorang strategis yang hebat- satu kali dia pikir macam seratus kali dia pikir. haha

melayu yang jeles sangat dengan perlantikan madam low ni kena ingat, dalam pertandingan lumba lari, jika kita ikat kaki lawan kita dengan pemberat, ia takkan membuatkan kita lari lebih laju. tak perlu sekat orang lain, sebaliknya kita perlu belajar bagaimana dia dapat lari laju- atau berlatih bersamanya.

esok obama akan menang di negara majoriti orang puteh. yahudi, british, polish dan hispanic akan redha orang kulit hitam pimpin mereka ke arah perubahan.

esok belum tentu untuk kita; mungkin masih cuba tidur dalam kelambu bangsa.

6 comments:

Sharifah Natasha said...

salam alayk, eh ye ke? pipi ana mcm kena tampar sekejap. kenapa ana tak tahu pun mengenai madam low ni akan ambil alih pkns? ke memang dah femes citer dia kat malaysia..dan ana baru nak tahu?

lipandes said...

sepatutnya Hillary Clinton lawan Ron Paul.

PKNS banyak berjasa dekat orang melayu dan ini bukan semata-mata angin perubahan atau cakap-cakap ultra melayu UMNO kosong, masakan tidak Hadi Awang mintak penjelasan.

Janganlah menidakkan jasa dan bakti dahulu semata-mata untuk terikut-ikut dengan rentak orang lain.

Malah kalau nak diikutkan merit, Madam Low bukanlah orang yang mempunyai merit tertinggi apatah lagi PKNS sebelum ini bukanya rugi tapi untung. Tak semestinya kalau Orang melayu teraju hancur berderai duit bagi kat kroni.

Unknown said...

satu kali dia pikir macam seratus kali dia pikir.???

ko salah bagi kot

satu kali dia fikir macam seratus kali kita fikir....yer kot.


he he he

aku dudok kat shah alam nie dan banyak yang aku dengar pasal khalid dari member2 SUK...

memang diorang respek kat khalid, cuma mintak2 jangan khalid run selangor macam run business, heh

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Hebat.. dan hebat..

Apa yang hebat pun tak tau...

Tapi cerita ni memang hebat..

Salam,

bumilangit said...

bloggers, maaf ya kerana lambat reply komen kamu kerana masih terkial2 dengan tata atur blogger.com ni.

tasha;
tak penting pon sebenarnya~

zaidel;
ustaz hadi ada minta penjelasan ke? bukan tu spin media? lihat harakahdaily. takkan kau dah kena spin sekali?

pedekar;
nampak sangat enta belum tengok sivaji the boss!
aku sebenarnya tengok gaya khalid macam nak run selangor macam nak run bisnes, malah rakan2 YB pun cakap macam tu. tapi jangan risau, ini ekonomi manusiawi. rakan dari PSM ada dalam DUN selangor. hahah!

fazrul;
tuan selalu puji saya! (cakap gaya sinchan)

rastom said...

Bukan senang jadi pembangkang (kes negeri Selangor). Barisan yang baru tatih jadi pembangkang mestilah selalu berlatih membangkang. Practice makes perfect - latih tubi itu membawa kepada kesempurnaan. Jika saya TS Khalid, saya akan amat berterimakasih dengan setiap bangkangan kerana setiap kali dibangkang saya akan dapat publisiti....yang memang payah diberikan sebelum ini hehehe..