Rata-rata umat manusia madani kini menentang mewujudkan polis moral; istilah yang popular di Malaysia setelah serbuan oleh JAIS dan RELA di pusat hiburan Zouk sekitar tahun 2005. Moral police ini kononnya ditubuhkan untuk menguatkuasakan ‘undang-undang’ moral, satu tindakan yang jelas mencabul hak kebebasan individu.
Baru-baru ini, beberapa NGO seperti FoodNotBomb dan katagender pula memprotes fatwa yang mengharamkan perlakuan pengkid oleh gadis muslim dan sekali lagi isu polis moral ini dibangkitkan.
Untuk memahami isu ini, kita perlu memahami ‘moral’ itu sendiri. Moral berkaitan pertimbangan ‘betul-salah’ dalam sesuatu pertimbangan. Professor Harvard Law School, Alan M. Dershowitz berpendapat, moral bukan isu betul atau salah, cuma pengajaran yang kita dapat darinya. Kerana itu persepsi dan indikator moral tidak sama bagi sesuatu bangsa atau zaman.
Jika kita lihat dengan pandangan makro, nampak jelas yang moral tidak perlu penguatkuasaan kerana tidak atau pandangan seseorang tentang betul atau salah, tidak sama. Bagaimana untuk membentuk satu peraturan jika sesuatu itu tidak tentu betul salahnya? Tindakan mewujudkan polis moral hanya akan menghina kebijaksanaan individu, seolah-olah kita tidak mampu berfikir perkara betul salah dan penguatkuasaannya pula akan kacau bilau kerana moral bukanlah suatu yang tetap.
Polis moral ini bukan saja wujud di Malaysia yang mengamalkan Islam hadhari, tetapi juga di negara India, Nepal, Arab Saudi dan Israel. Jadi, adakah moral itu hak individu? Ya, tetapi jika ia dibezakan dengan akhlak.
Akhlak berasal dari bahasa Arab `Khuluq' yang membawa kaitan dengan pekerti, tingkah laku dan perangai. Dalam Islam akhlak dikaitkan dengan nilai. Nilai itu pula dihubungkan dengan al-Quran dan sunah Nabi s.a.w. Contohnya, seseorang itu dikatakan tidak berakhlak sekiranya melakukan maksiat. Maksiat pada nilai Allah (al-Quran) dan nilai sunah Nabi s.a.w. dianggap kerja-kerja yang menyalahi. Sebaliknya sekiranya seseorang itu amanah terhadap janji ia dikatakan berakhlak kerana menepati janji. Amanah kepada janji atau menepati janji adalah ajaran daripada Allah dan ajaran daripada Nabi. Oleh itu konsep akhlak dalam Islam berkait rapat dengan nilai Ilahi dan nilai Nabi. Apa yang Nabi lakukan kita ikut dan apa yang Allah tidak suruh atau larang, kita jauhi.
Beza besar antara moral dan akhlak ialah moral berkaitan tentang norma atau kebiasaan manakala akhlak bersumber kepada Al Quran dan sunnah. Persoalan yang timbul kini, adakah kita tak perlukan polis akhlak?
(bersambung kalau aku rajin)
Protected: fatal
5 weeks ago

2 comments:
Hmm Polis Moral? polis entry want to jaga... polis mati.. pencuri jaga..
polis sentri la..mana lak entry nih..ermm..
Post a Comment