aku betul2 tak paham tindakan polis yang membuat provokasi berlebihan.
kenapa perlu sekatan jalan raya?
kenapa perlu tembak air asid dan gas pemedih mata?
kalau pihak polis benarkan perhimpunan berlangsung dengan aman, kan bagus. biarkan saja demonstran hantar memo kepada YDP Agong, sedia kan plan jalan, tutup untuk laluan perarakan, kan lebih sopan begitu?
tadi, bukan demonstran yang bikin kacau, bukan demonstran yang pukul orang, tapi polis!
aku rasa mahu nyanyi lagu SCAB, some cops are bastards.
scab scab scab....
(yang tak bastards pun ada, mereka ini baik2 belaka. tapi yang terajang orang tadi memang bastards.. semoga anak kamu tak dapat nombor satu dalam peperiksaan).
Protected: fatal
5 weeks ago

4 comments:
Aku lagi taka faham.
Kenapa pergi juga setelah dibaeritahu jangan? Kenapa berdemonstrasi juga sesudah tahu itu demonstrasi haram?
Usah salahkan orang lain, salahkan diri sendiri kerana tidak menghargai kedamaian manusia yang lebih ramai.
Hak asasi mana hendak dijaga? Segelintir manusia atau manusia yang lebih ramai?
Ya.
Aku setuju. Kepentingan orang ramai lebih penting daripada kepentingan demonstrasi yang tidak ada apa-apa makna.
Bukankah ISA sedang dikaji dan akan diperbaiki?
Aku juga tak faham.
1) siapa kata demonstrasi itu haram?
kalau haram, kenapa PM najib nak sediakan tempat pula selepas ini?
2) hak asasi manusia adalah hak individu sebagai SEORANG manusia. adakah jumlah orang itu yang menjadi justifikasi betul-salah sesuatu perilaku?
3)ISA takkan dapat dibaiki kerana kesalahan utamanya ialah kewujudannya sendiri. mencuri RM500 dan mencuri RM50 tetap mencuri. saya sarankan tuan pahami apa itu ISA dan kenapa kita semua perlu tentang ISA. adakah peruntukan undang2 lain tidak cukup tanpa ISA?
Orang yang pro-ISA di akhir zaman tidak akan diakui umatnya Nabi Muhammad s.a.w. kerana hakikat beliau diturunkan adalah untuk membebaskan manusia daripada tahyul, khurafat, tangkal, azimat (termasuk undang undang yang menyekat kebebasan berfikir dan mengkritik).
Post a Comment