ramai yang menentang usaha perbincangan PAS dengan umno, tak kurang juga yang bertanya, "apa salahnya jika untuk perpaduan melayu?".
atau mungkin juga yang mengharap kerajaan perpaduan ini dapat membina malaysia baru yang mana persaingan sihat akan berlaku untuk membuktikan parti mana yang lebih bagus dan parti mana yang retorik semata.
secara asasnya, memang perbincangan UMNO-pas adalah usaha yang baik, walaupun jika masih belum jelas hala tujunya. adakah untuk membina kerajan perpaduan? atau untuk menjatuhkan calon bukan melayu (tak kiralah, dari PR atau BN) untuk teruskan dominasi melayu dalam parlimen. mungkin saja,kan?
apabila diterangkan tentang kerajan perpaduan, namun fokus atau target negosiasi itu masih kabur. apa yang PAS mahu sebenarnya? cukupkah sekadar beberapa kerusi menteri berpotfolio penting dalam kabinet? yaaa... persoalannya, cukupkah dengan itu?
masalah Malaysia ialah masalah sistem. dari kepala PM, hingga ke kuku ketua cawangan UMNO bermasalah. dan malaysia, tanpa siapa pun boleh nafi, ialah negara UMNO, negara parti UMNO. jadi, jika PAS pikir dengan beberapa potfolio yang akan dipegangnya, dapat menyelesaikan masalah besar malaysia, aku sangat pesimis.
jadi apa yang diharapkan dengan kerajaan kerjasama ini?
yang paling lawak jenaka nya ialah bila PAS seolah2 membantu UMNO ketika dia sedang nazak. kenazakkan umno ini, diakui sendiri oleh pemimpin umno. bukan kita saja2 sebut. kenapa tidak terus berusaha bersama PR dan tamatkan terus nyawa umno yang mengkhianati rakyat selama ini, dan membina kerajaan baru, yang meneruskan usaha reformasi.-
jadi, persoalan 'kenapa nak wujudkan kerajaan perpaduan ini' dan 'kenapa nak tubuhkan ketika umno sedang nazak', adalah persoalan yang bagus untuk dijawab oleh PAS.
aku suka bayangkan bagaimana UMNO pulih selepas kerajaan perpaduan dan menikam PAS melalui SPR dan polis. owh, ini bukan dejavu, tapi sejarah.
selamat terhegeh2 mintak appoinment dengan khairy dan najib. sabar ya!
Protected: fatal
5 weeks ago

4 comments:
Umno is not only bad but evil. i support PAS, because PAS is going to be the party for all races.
i support orang Melayu dari PR.
BL
dah la tu..asyik hentam umno 24/7 apa cerita???banyak lg masalah yg lebih penting menimpa agama/bangsa/negara yg perlu disettlekan..baik berganding idea cmna nak kembalikan EKONOMI ke tahap yg lebih baik...
anon;
aku sokong tok guru nik aziz saja sekarang.
joe;
ekonomimasukpoketkroniwangransangansemua untukahliumnodankaumkeluargarakyatmacamtujuga
ye ke?
Post a Comment