23.2.09

kisah penakut dengan FRU

sang pemerintah, bila menyedari ada kekacauan, akan menggunakan seribu tipu daya jahat untuk menjaga ketenteraman.


namun nyata, ketenteraman tanpa keadilan, tanpa cinta atau kebebasan, takkan dapat membungkam suara teriakan ke dunia.


sang pemerintah, hanya membenarkan dua watak: penindas dan yang ditindas. mereka menukar manusia kepada patung-patung kaku yang penakut dan dalam masa yang sama menyimpan rasa benci yang amat sangat.

mereka mencacatkan tumbesaran manusia, melaga-lagakan rasa kasih.

dan bila mereka hampir jatuh, bilik tidur, bilik mesyuarat koperat, tempat ibadat dan sekolah , semua akan retak. semuanya telah korup.

keadilan dan kebebasan bukannya peralatan mewah (hanya untuk dinikmati oleh orang kaya) untuk dinafikan kepada rakyat biasa. tanpanya, ketenteraman takkan bertahan lama.

TANPA KEADILAN DAN KEBEBASAN; KETENTERAMAN TAKKAN BERTAHAN LAMA



sedutan dari novel grafik V for vandetta

6 comments:

lipandes said...

tu gambar budak pakai uniform sekolah ke apa tu?

bumilangit said...

budak itu menderhaka kepada pemerintah

lipandes said...

Apa kejadahnya budak sekolah masuk demonstrasi.

Budak sekolah duduk kat sekolah lah, mengundi pun tak boleh lagi.

bumilangit said...

benar!

aku sokong. dia mana ada hak untuk bersuara

Zahrin said...

Sebab ada gambar Vendetta..

remember remember remember,
5th of February..

Anonymous said...

If you jump to conclusions, you are likely to hurt yourself in the fall.