4.2.09

berita sedih (dan anda patut menangis)

setakat berita ini ditulis, 4 ADUN pakatan telah keluar dengan itu, robohlah kerajaan negeri Perak dan pihak istana juga belum membenarkan pilihanraya semula di perak.

pendek kata, paksi kejahatan telah menang. dengan seribu tipu daya dan kepaksaan.

dan sekarang rakyat melopong, tiada apa yang mampu dilakukan. masih tertunggu-tunggu nasib sendiri. sedih bukan? kuasa rakyat yang dimomokkan sebelum ini atas label demokrasi sebenarnya hanya penutup kepada kerakusan sebenar sesetengah pihak.

kuasa2 demokrasi yang sepatutnya menjadi hak rakyat sejagat, disatukan menjadi satu angka yang dipegang oleh satu individu. akhirnya satu individu itu lah yang menentukan nasib rakyat, dah bukannya rakyat.

dari sini aku telah kecewa dengan demokrasi (ala malaysia sekurang-kurangnya).

aaaahhhh... (sambil lap air mata). kenapa aku kecewa? aku kan anarkis?

HAAHAHAHAHAHAH!!!

7 comments:

Anonymous said...

kereta camry utk dilelong.baru dua bulan pakai.warna hitam.berminat?!sila hubungi asSUK PERAK! :))

bumilangit said...

ko tanak beli ke joe?

lipandes said...

Alahai sekarang tiba tiba ko nak bersedih? Paksi Kejahatan menang,
Demokrasi telah tumbang? Kuasa rakyat dirampas...

Masa Adun bota lompat dulu takde pulak ko nak bersedih.. Masa kononnya sept 16 dulu takde pulak rampasan kuasa atau rakyat telah dicuri haknya atau tipu daya.

Sekarang bila orang buat ko nak sedih pulak. Kecewa dengan demokrasi. Masa Bota lompat bukan main gumbira.

Aku tak setuju lompat-lompat nih, aku lebih suka pilihanraya. Tapi aku rasa la Pakatan Rakyat memang padan muka betul.

Tak usahlah bersedih sebab BN berjaya buat apa yang Pakatan Rakyat cuba buat selama ni tapi gagal...

Bak kata pepatah Inggeris lah...

You Reap what you sow.

Oh mungkin aku silap kot. Kalau lompat pergi PR itu prinsip, kalau lompat BN itu politik wang. Hmmm..... Keadilan Double Standard.

bumilangit said...

sinatra,

sebagai kawan, aku takkan guna bahasa mendesak dan menyakitkan hati sepertimana yang ko guna.

aku nak cerita la kat kau beza 916 dengan apa yang terjadi kat perak kini.

dalam plan 916, selepas dah ambil kuasa, beberapa badan akan di'neutral'kan umpamanya BPR, SPR dan badan kehakiman. kemudian parlimen akan dibubar semula untuk memberi peluang yang sama rata untuk rakyat.

(sopan kan?)

lipandes said...

alahai....

Ok lah maaflah kalau aku tak sopan.

Tapi macam ni lah,
Satu hari ko curi kereta aku, kemudian ko pun bangga ko curi. Aku pun marahlah jadi aku pergi curi balik kereta aku dari kau, kereta kau, kereta binikau dan jugak TV plasma ko.

Memang tindakan aku mencuri tu salah dan jahat, tapi samalah dengan tindakan kau cuma aku lebih berjaya mencuri lebih.

Adakah itu menghalakan kes mencuri aku?
tak.

Adakah itu menghalakan kes mencuri kau?
tak.

Adakah kau berhak nak marah aku sebab aku curi barang kau?
Juga tidak.

Aku nak kita ni jadi orang berprinsip. Aku walaupun sokong BN tapi aku tak setuju lompat parti. Sama seperti aku tak menyokong lompat parti masa Sept 16 walau apa pun alasan yang nak diberikan.

You reap what you sow.

Sultan Azlan Shah tak setuju bubar dewan, adakah dia juga sekarang dalam paksi kejahatan juga?

Aku yakin kau kata tidak kan.
Memang lah pedih, tapi realiti memang begitu, samalah masa BN kalau bulan MAC, memang pedih tapi kenalah kita belajar. Bukan salahkan pihak lawan.

Anonymous said...

"You Reap what you sow"...i like!!!

Anonymous said...

Constitution of Malaysia
PART XI - SPECIAL POWERS AGAINST SUBVERSION, ORGANISED VIOLENCE, AND ACTS AND CRIMES PREJUDICIAL TO THE PUBLIC AND EMERGENCY POWERS
149

(1) If an act of parliament recites that action has been taken or threatened by any substantial body of persons, whether inside or outside the Federation -

(a) to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organised violence against persons or property; or

(b) to excite disaffection against the Yang di-Pertuan Agong or any Government in the Federation; or

(c) to promote feelings of ill-will and hostility between different races or other classes of the population likely to cause violence; or

(d) to procure the alteration, otherwise than by lawful means, of anything by law established; or

(e) which is prejudicial to the maintenance or the functioning of any supply or service to the public or any class of the public in the Federation or any part thereof; or

(f) which is prejudicial to public order in, or the security of, the Federation or any part thereof,

any provision of that law designed to stop or prevent that action is valid notwithstanding that it is inconsistent with any of the provisions of Article 5, 9, 10 or 13, or would apart from this Article be outside the legislative power of Parliament; and Article 79 shall not apply to a Bill for such an Act or any amendment to such a Bill.