tadi semasa sembang2 dengan adihamka di desa melawati, terserempak dengan rakan2 umno yang baru habis mesyuarat (agaknya lah, masih dengan seragam).
aku disoal kenapa blog ini sudah lama tak dikemaskini.
mungkin kerana aku dah lama tak tulis mengenai politik kot. bukan aku dah malas, atau berundur dari medan 'perjuangan'. bukan juga kerana aku kena demam kura-kura, tapi kerana memang niat aku untuk menulis perkara2 yang bukan bermusim, seperti isu agar tulisan aku dapat hidup di masa hadapan. tulisan2 mengenai isu, seringnya mati bila isu itu mati atau lapuk, jadi secara tak langsung macam perbuatan sia-sia juga lah.
tapi kalau aku menulis perkara2 yang bertahan lama, mungkin entri blog ini boleh dibukukan. (mungkin blog ini akan dibukukan selepas raya eidul fitri, insyaAllah).
jadi sebab itulah aku cuba-cuba berseni dalam setiap tulisan. ada mesej dia tu, cuba senilah, halus dan kadang2 bersembunyi.
tapi pertanyaan rakan tadi telah sedikit sebanyak melempang muka aku agar tidak lupa untuk mengupas isu dengan pandangan yang lebih kreatif, dan bahasa mudah. ya, memang itu yang aku lupa.
semoga Allah beri semangat dan ilham untuk aku terus menulis, bukan untuk menghentam Umno atau puak2 yang aku tak berkenan, tapi untuk kita sama2 berfikir dan mengkoreksi semula instrumen betul-salah yang kita gunakan untuk menentukan nilai moral dan tindakan.
ameen.
Protected: fatal
5 weeks ago

2 comments:
Ohoo aku pun baru balik bersidang tadi.
Tapi ye lah,
ko dah jarang menulis tentang cerita-cerita. Sibuk belajar kot.
ramai yang pki seragam umno tuh..
aku pun ada kat meja dkt dgn ko mlm tu.. tp da tkr seragam..
biasalah.. ikut apa yang perlu..
time pangkah nnt baru kita undi parti yg dihati..
ahli umno ramai.. bp juta ntah tp bkn sume undi ameno..
Post a Comment