1.1.09

calon PAS tikam belakang PR

mustafa ali bukan orang anwar, malah semacam membenci anwar sehingga sanggup mencela projek 916 di media utusan.

dia juga merupakan pesuruhjaya PAS terengganu, tempat berlakunya PRK Kuala terengganu. calon yang 'dipilih' beliau untuk kerusi parlimen ialah ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut. mengikut harakahdaily, 'Abdul Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali'.

jika mengikut norma2 biasa, ahli parlimen mestilah seorang yang lantang dalam isu nasional, kerana perdebatannya bukan hanya dalam isu tempatan, maka perlulah seorang yang bertokoh, intelek, dan terkenal serata negeri. mungkin sebab itulah tok guru mursyidul Am meminta agar nama Mat sabu diambil kira. tapi siapa abdul wahid ni?

BN meletakkan satu calon yang tinggi ketokohannya, teruji kebolehannya. PAS meletakkan seorang ADUN, calon 'kalau kalah pun tak apa'.

mungkinkah ini satu sabotaj kepada Pakatan untuk menafikan lebih kerusi Parlimen?

mungkin saja, mungkin tidak.

sekian

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik