6.12.08

menanti monsoon di terengganu

8 mac bila pakatan mendapat mandat besar rakyat, orang kata ABU, Asalkan Bukan Umno. tapi teori ni ternyata salah bila kekalahan kedua Umno di pematang pauh bila ada parti selain PKR iaitu AKIM masuk namun gagal mendapat 'undi protes' rakyat, seperti teori ABU.

kini angin perubahan akan memukul kuala terengganu pula. kali ini PAS bukan akan menang kerana jenteranya atau faktor Anwar, tapi pepecahan teruk dalam BN. MCA mungkin saja akan boikot kempen seperti di Ijok. MIC nyawa2 ikan. UMNO? haa... ini special.

UMNO di terengganu bergolak hebat bukan hanya MBnya, ahmad said yang bergaduh dengan hampir SEMUA bekas exco, tetapi juga bahang pemilihan agung UMNO yang akan memecahkan blok-blok jentera UMNO, dari wanita, pemuda, hinggalah ke MT, semua akan cuba tunjuk jaguh. tak percaya? haha. tunggu lawak badut2 ini.

wayang pertama: badut wanita : kem rafidah 'but why?' lawan kem shahrizad 'pantai dalam'.

wayang kedua : badut putera : 'naina' KJ lawan KT (khir tempe) lawan mukhriz 'anak mahadey'.

tapi kita kena duduk diam2, macam pak rastom kata, napoleon pernah kata, "jangan kacau orang yang tengah ralit korek hidung".

enjoy the show~

6 comments:

Gelombang Rakyat said...

Perhaps it is Moon soon.

Kan?

ABU!!!

Hahahaha...

bumilangit said...

perhaps perhaps perhaps...

Gelombang Rakyat said...

Ada peranan kita dalam gerak memelihara apa yang di antaranya, bumi langit di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga kita sama-sama sedunia meraih nikmat rahmat berkat dari-Nya dalam memanfaatkan pengertian Qorban.

rastom said...

Susah mau diramal senario di T'ganu, sama seperti keadaan cuaca di musim Moon Soon.

Gelombang Rakyat said...

Ramalan Cuaca barangkali mudah sedikit.

Yang payah ialah ramaln Khuakha.

Hahahaha...

Bila mana membabitkan manusia dan ragam mereka.

bumilangit said...

pak zubli nak menujum, ya.

cuba yang ini,

'jika pak zaid menghadiri ceramah anwar di pecat, bagaimana pula pak ariff yang makan bersama anwar?'