19.12.08

Kamal attaturk pun tentang PPSMI (1)

PPSMI ; Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris

kamal attaturk adalah ikon besar turki, juga dikenali bapa turki (atta-turk). sikapnya yang mengagungkan turki sehingga beliau telah mengarahkan azan dalam bahasa arab ke bahasa turki. beliau memang nasionalis turki yang pekat yang gerakannya mengalir ke tanah melayu (bersama keturunan) untuk membantu gerakan nasionalis merayu untuk merdeka.

hishamudin husin onn (dengar kata) ada darah turki. beliau juga adalah ketua pemuda UMNO, sebuah gerakan yang 'memperjuangan nasib dan masa depan' orang melayu. dia jugalah yang menghina bahasa melayu dengan terus menyokong PPSMI.

celaka sungguh!

aku masih teringat dalam perjumpaan Tun Mahathir anjuran Prowaris satu ketika dahulu. anak-anak muda yang hadir bangun bertanyakan soalan dalam bahasa inggeris. ada saya sebut tak perjumpaan ini diadakan di ibukota? ya, kuala lumpur, bukan kota lon-don atau new york. anak-anak melayu berkumpul untuk membincangkan tentang masa depan melayu, namun berbicara dalam bahasa inggeris. jijik.

bahasa inggeris dipandang simbol status tinggi. jika bicara dalam bahasa inggeris, membayangkan dia belajar di luar negara - kelas, kan? bahasa melayu ini bahasa IKM, IKBN dan politeknik. hina,kan?

PPSMI akan terus menghina bahasa melayu. tidak cukupkah hinanya bahasa melayu sekarang? lihat saja bertapa hinanya orang yang mengkelek Utusan Malaysia. jika di baca pun kena sembunyi2. kalau ada orang nampak, cepat2 buat alas lapik duduk. peniaga pun tak mahu balut nasi lemak guna utusan malaysia, katanya nanti cepat basi dan tak laku.

kapitlah surat khabar 'the star' dicelah ketiak, baru nampak macam melayu profesional dan glokal!

anehnya UMNO, sang pembela melayu belum sedar. aku tak tahu mereka bodoh kah atau otak kematu. aku tak tahu mereka bengap kah atau memang dilahirkan lembab.

aku benar2 tahu tahu!

beberapa kali ketika di luar negara ketika terserempak dengan rakyat Malaysia di luar negara, kami dengan bangganya bicara guna bahasa melayu, tak kira melayu, india atau cina. itu identiti kita. itu tanda kita orang malaysia!

tapi kenapa UMNO masih nak sokong PPSMI. nak melayu larut? nak melayu hilang identiti? mana lagi melayu tanpa bahasa melayu? bangsat. ya melayu bangsat. menumpang budaya orang lain. bangsat la tu. di seluruh dunia kini bangsa-bangsa lain mula mencari jatidiri, memperkasakan budaya sendiri, mengajar anak generasi depan tentang peri pentingnya zaman silam, kita di malaysia hendak hapuskan semua ini. kenapa? akhirnya bahasa melayu duduk di dalam kotak kaca muzium atau hanya jadi persembahan kepada pelancong luar seperti silat, zapin, menora dan lain2.

aku yakin, kalau kamal attaturk masih hidup sekarang beliau juga akan bingung kenapa organisasi yang kononya memperjuangan nasib dan masa depan orang melayu, ingin membunuh bahasanya sendiri. UMNO, (bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tapi united malay national organisation akan membasahkan tangannya dengan darah melayu. melayu seluruhnya!

8 comments:

Fazrulls said...

Salam Bro,

Betul apa yang diutarakan.. hee walau pun aku dok diutara tapi aku dulu belajar kat Politeknik Kuantan... memang guna bahasa melayu masa aku belajar dulu tak kiralah subjek apa pun,sampai kurus pemprosesan data pun diajar dalam bahasa melayu.. cuba bayangkan bangga sungguh... !!!
tapi itu dulu sebelum tahun 1995..tak da kelas.. tak tak da gaya.. orang lani guna IT.. ICT.. Dataprocessing.. dll.. budak U sekarang mesti kena amik MUET la TOFFEL La. segala macam untuk diiktiraf Ijazahnya.. hmmm..

Anonymous said...

jangan salahkan umno je...dap,pkr,pis-m,dll pun sama.bilamana mukris usulkan sekolah satu sistem semua MENJERIT mempertahankan bahasa pukimak diorang....tp tuduh parti umno rasis....sapa bapak rasis???-sori ye off topic skit.

bumilangit said...

tiba2 bila memperjuangkan bahasa ibunda dipanggil bapak rasis.

dalam dewan PWTC, menjulang keris (siap cium lagi!). "jangan cabar kite". jangan ganggu hak kite.

hak apa? hak mentekedarah duit?

itu bukan rasis.

jawapan: umno bukan bapak rasis, tapi bapak fasis.

ston_kol said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hak apa?biaq pi la...masing2 ada hak masing2.diorang nak cium kris ke,julang ke,sumbat kris dlm lubang terasa cock ke,... aku pedulik apa??!!skrg kan org yg kononnya cool liberal thinking urban wtf semua asyik ngan slogan HUMANS RIGHTS, FREEDOM OF SPEECH lah...dan mcm2 RIGHTS yg diceduk dr U Ass A.kononnya lah kalu diimplementkan kat msia ni semua benda akan jadi ok.utopian-like.happily ever after..POORAH!!!pada aku lah,,,..takde lagi negara ASIA yg ok kalu implement kan binatang beruk nie..semua huru hara...:p

bumilangit said...

tahniah kerana anda telah menggunakan freedom of speech anda!

pheewweeett!!

Anonymous said...

Usah diharap dengan UMNO untuk bela bahasa Melayu. Kalau 'bahasa jiwa bangsa', tentunya UMNO berjiwa Inggeris sebab UMNO masih terus kekalkan dengan singkatan bukan bahasa Melayu. Lagi satu, tulisan Jawi juga dimatikan oleh UMNO.

Anonymous said...

Mana adab dan adat bangsa bermaruah andai dalam hal bahasa pun tidak tahu memuliakannya.