19.1.09

malangnya, pakatan menang di KT

MALANG dan CELAKA.

bila kemenangan Pakatan di KT diumumkan, itulah bahasa yang paling sesuai diucapkan. kemenangan itu bagaikan 'tanda redha oleh rakyat' yang bermaksud cara pentadbiran negeri2 pakatan sekarang lebih dari tahap yang memuaskan.

betulkah cara pertadbiran pakatan selepas hampir setahun memerintah LEBIH DARI JANGKAAN kita? dah bagus kah? atau mirip2 tinggalan BN dulu?

kisah satu, kereta mewah exco selangor.

aku tak paham betul lah, kenapa exco negeri kena pakai kereta mewah? betul2 tak paham. kalau pakai avanza tak boleh buat kerjakah? kalau pakai waja, kerja tak jadikah?
inilah yang aku sebut sebagai tradisi BN, tradisi sombong dengan rakyat. rakyat dengan 'pemimpin' diletakkan jurang yang tinggi di antaranya, macam tulah dan daulat.
cuba tengok lim guan eng, naik kapal terbang kelas 3. sampai jugak ke destinasi. kerja pun jalan. yang nak sombong sangat kenapa?

kisah dua, janji pilihanraya.

janji2 pilihanraya terus sunyi. haaaa... jangan buat2 lupa! kalau kau ingat kau bagi air percuma dan aku terus lupa, kau silap! aku tak mahu cakap banyak. PR di selangor terutamanya yang tabur banyak janji ni, kena lah penuhi. jangan jadi macam Umno, penipu.

kisah tiga, PBT

MBPJ, MPAJ, MBSA maaaacam dulu jugak. kalau medan selera tu kotor, dari tahun 2004, sampai sekarang kotor. kalau kes highland towers dulu tak ada sapa nak ambil tanggungjawab, tanah runtuh 2008 pun tak ada sapa nak tanggungjawab. kepala sama macam dulu jugak, macam Umno.

kisah lain-lain

kalau nak cari salah orang ni memang senang dan memang banyak, jadi tak payah lah aku tunjukkan satu2. yang pentingnya aku tak nampak ada sebarang indikasi yang mengatakan kerajaan PR akan berubah jadi yang lebih baik, dan peluang terbaik untuk beri 'wake-up call' kepada pimpinan pakatan telah terlepas - di kuala terengganu.

(sebenarnya hati kecil ku bersorak girang dengan kemenangan PR di kuala terengganu. Nah najib! hameek kao! muahahaahah!)

9 comments:

lipandes said...

Ah ko ni!
Menang salah kalah pun Salah.
Susah betullah lah ko ni.

Oh ye, ni apa cerita facebook status ko lah?

P/S - PAS menang pakai Undi hantu

bumilangit said...

sinatra,

tegur salah tak tegur salah, jadi kita serba salah!

P/S- dah kalah sudah lah... tanak ngaku pulak. bluueeek! :P

Anonymous said...

Kamu ni jenis tengok gelas setengah penuh atau setengah kosong?

:)

bumilangit said...

tok mudim,

bergantung, teh tarik atau kopi janda

lipandes said...

Ahh itu lah dia,
sebelum undi bukan main buat report polis kata ada berkoyan-koyan bas la bawak undi hantu laa apa laaa list nama laaa dah menang hantu mana ntah jatuh longkang habih hilang.

PR kata ada undi hantu, jadi aku setuju la, itu yang aku kata PAS menang pasal diorang pakai Undi hantu. Diorang yang kata ada. Bukan aku.

bumilangit said...

aku ada cakap dengan hantu2 tu semalam, katanya mereka cukup kecewa dengan tindakan pimpinan umno/bn yang bertindak lebih hantu dari mereka.

sebab tu mereka sabotaj pilihanraya KT.

lipandes said...

Biasa la tu,
hantu-hantu tu memang macam tu dah nama hantu. Tapi yang aku pelik tu Hantu tu keluar bila kalah je, bila menang dia hilang.

PUTRAKENCANA said...

Biasalah Pengundi Hantu akan berkumandang kalau PAS kalah, Menang akan ucap terima kasih SPR.

Tahniah kepada yang menang, teruskan kerja untuk Rakyat. Masih jauh perjalanan kita ini.

Anonymous said...

moral of the story,...pegundi hantu memang hantu...rekaan semata-mata.untuk menakutkan rakyat...btw,thanks hantus for voting pis-m.