
ini adalah resepi buat teman2 yang tak mahu menderma kepada 'tabung bunuhlah palestin' McDonald, tetapi mencintai prosperity burgernya.
(nota: resepi ni nampak macam panjang sebab aku masukkan tips2nya sekali)
bahan2;
i- patty daging
daging cincang ramly
bawang putih
kuning telur
serbuk roti (1roti Hi5 yang biasa, dipanggang sampai keras/ranggup kemudian dihancurkan)
garam
ii-sos lada hitam
pelajaran pertama, jangan beli sos lada hitam yang dah siap dalam botol!
serbuk brown sos segera (ada dijual kat giant, biasanya dalam pek satu kg)
lada hitam
iii-penambah seri
roti burger (bukan buatan israel)
bawang kuning (yang besar tu)
cara2 nak buat
i-patty
gaul daging cincang, garam, telur, bawang putih yang telah dikisar dan serbuk roti. patty ini jangan tebal sangat, kita mahukan rasa daging yang kuat. buat bentuk bulat. masak ala kadar, jangan terlebih masak, sebab tu bentuknya kena nipis. kalau takut tak puas, tambahkan kepingan patty dalam roti burger - jangan tambah tebal patty.
ii-sos lada hitam
lada hitam yang kita akan gunakan mestilah yang biji(bukan serbuk). aku lebih suka tumbuk guna lesung sebab ia akan menghasilkan tekstur pelbagai (kasar dan halus).
panaskan kuali, masukkan secawan air, biar mendidih kemudian masukkan serbuk brown sos sedikit demi sedikit sampai likat dan pekat. masukkan pula serbuk lada hitam yang ditumbuk tadi. peringatan, 'secawan' air bergantung kepada kuantiti sos yang korang nak, kalau nak buat kenduri kahwin, takkan nak pakai secawan air je kan? pandai2 lah. keduanya, kuantiti lada yang dimasukkan, ikut suka lidah anda. jangan takut letak lada banyak2, kalau takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan.
ii-hiasan
mula2, letakkan patty tadi di atas roti. siramkannya dengan sos lada hitam custom-made anda. taburkan hirisan bawang dan kapit dengan roti. taadddaaa!!! anda boleh menikmati prosperity burger tanpa rasa bersalah kepada saudara anda di palestin!


4 comments:
Salam bro,
bila masa pulak tukar profession tukang masak ni.. hmmm.. jadi ceff...
tapi apa pun rasa macam bersalah ja bila makan mac'd ni kan...
hebat resepi saudara..
mudah nampaknya..
fazrul;
aku nak jadi 'renaissance man'. haha!
citramaya;
memang mudah dan murah pulak tu! kalau beli kat McD mau cecah dekat RM9 sebiji. kalau buat sendiri, dengan kos RM30, boleh dapat berpuluh2 biji.
rasanya pulak, lebih sedap; minus the guilt
Salam.
ni, aku mbik resepi nei.
Terima kasih..
Post a Comment