5.1.09

cerita tahun baru

cerita tahun baru satu

selamat tahun baru! mungkin sedikit lambat. lima hari lewat. haha. tapi hari ini lah tahun baru bermula sebenarnya. jalan mulai sesak semula. anak-anak kecil pakai baju unifom sekolah semula. dikapurnya kasut putih baru setebal mungkin.
anak-anak orang kaya memperaga beg sekolah baru. anak kampung jahit beg sekolah lama. aku tahu, aku anak kampung. anak murid sekolah kebangsaan padang perahu, jitra kedah.

cerita tahun baru dua

selamat tahun baru! jalan sesak semula. ya Tuhan! aku kurang paham apa kena mengena budak ke sekolah dan kembalinya jalan sesak. budak-budak itu bukan naik kereta pun. mungkin mak bapak eksyen nak tayang kereta besar mereka kot. nak tunjuk kat cikgu2 yang bergaji ciput itu kereta yang mereka tak mampu beli. atau pun takut anak diculik. mana satu, ya?

cerita tahun baru tiga

selamat tahun baru! gaza masih dihenyak. oh! maaf, itu cerita lama. holocaust? itu cerita yang lebih lagi lama.

cerita tahun baru empat

selamat tahun baru! hari ini hamzah fateh berumur satu tahun. aku ingin belikan pedang plastik untuknya, tapi tak sempat pulang awal dari pejabat. video di akhir entri ini khas buatmu, anakku!

cerita tahun baru lima
owh, bosannya tahun baru. seperti tahun-tahun-tahun yang lepas, ada bunga api. ada yang kena tangkap basah kerana beromen. tak ada pula cerita mat rempit tahun baru ni. aneh.

BERITA TERKINI: datuk azeez merikan naina merikan umumkan tadi yang beliau dah hantar 1000 mat rempit untuk buat XPDC terjunan bebas bersama motosikal ke sempadan Gaza.

seperti yang dijanji, video untuk hamzah. "hamzah, gerakkan lutut ke sisi!"

3 comments:

Anonymous said...

Oh, selamat hari lahir untuk anakmu. Sebaya dengan puteri kami, Alya Wafiyah. Cukup setahun esok, 6 Januari.

Fazrulls said...

Salam bro.. tak terjah ke KT ka hari ni? mengajar ka?

Orait apa pun goodluck.. kenapa kita tak hantar ja mat2 rempit kat Gaza tu.. boleh la mengelak2 bom2 tu kan..

bumilangit said...

tok mudim,
selamat hari jadi alya!

fazrulls,
aku tengah tunggu tarikh exam. dah dekat 3 bulan menanti. sob sob.

mat rempit di gaza bukan untuk mengelak bom, tapi untuk menahan bom dengan betis mereka. macam cerita temasek dilanggar todak.