22.1.09

manek koran di nat kodiang

angin pagi memukul mukaku yang separuh mamai. kat luar terbentang sawah padi luas, menghijau. angin sejuk terus menghempas pipi di tepi tingkap van. sekarang pukul 7 pagi. aku baru mandi air telaga yang sejuk gedi. air paip yang dibekalkan mengalir perlahan sekali.

perjalanan 30 minit dari hutan setali ke pekan kodiang dihias lukisan yang paling cantik. bukit2 warna merah, hutan sawah padi warna hijau, dan langit warna biru. bernini dan beroni pasti akan merendah diri jika melihat gaya seni Tuhan ini. oh ya, kodiang itu katanya bermaksud 'bukit merah'. kat sini pernah terdiri beberapa kerajaan besar zaman silam, seperti di pulau maharaja dan kota siputih yang menyaksikan pertempuran antara kerajaan kedah dan pasai. kini tiada kastil yang besar2 untuk membuktikan semua itu, atau kubu2 tinggi. yang ada cuma bukit2 berwarna merah yang indah sekali.

sampai di pekan kodiang, kami mula turunkan barang. van diletakkan dibelakang sementara barangan niaga dipunggah. getah rambut, tisu, sikat dan barang2 ringan dikeluarkan dulu. semua barang2 ni sudah siap disusun dalam bekas seperti sia'/mangkuk tingkat versi besar, jadi apa yang perlu kami lakukan, cuma bukak meja lipat dan terus sedia untuk pamer.

paksu (arwah) kerja utamanya ialah memasang khemah bumbung dari kain nylon. nat kodiang cuma diadakan pada hari sabtu, seminggu sekali, jadi tak berbaloi untuk kami buat gerai tetap. nak pasang khemah tanpa tiang ini perlukan skil khas. skil untuk berpaut kepada tali khemah orang lain tanpa membuatkan ianya melayut.
tiada disiplin tetap untuk memasang khemah ini, peraturannya mudah, kena kukuh dan senang buka. bau bihun sup dan kuah laksa mula menggoda iman. air kopi dengan kueh tadi mana cukup untuk fizikalku yang meminta kos operasi yang tinggi. tapi kopi tok teh (arwah) ni lain macam sikit. kopi yang dibancuhnya humble tapi kaw, kopi kampung lah katakan. kesian kekadang tengok budak2 KL tergila2kan gloria jeans dan starbuck padahal kopi kita sendiri lebih sedap. mungkin mereka cuma membeli jenama.

tisu, sikat, cekak rambut, kitab2, pisau, alatan dapur, periuk belanga. ini semua barang yang tok wan haron (arwah) jual. orang kata ini meniaga manek koran. sampai sekarang aku tak tahu mana satu manek dan mana satu koran. cuma semacam disepakati ramai, ini meniaga manek koran. matahari semakin meninggi. jam pukul 8.15pagi. dah tiba masa untuk 'menyorok'/sarapan yang serius sebelum pelanggan mula datang. tok wan bagi RM2 untuk makan. masa tu roti canai masih RM0.40 sekeping, kueh masih 5 seringgit. nak pergi makan mana? bihun sup ada awek cun, nasi lemak, boleh ambil lauk daging (masih within budget). awek bihun sup? haha. teringat kat mat anip. awek dia, ekin jual bihun sup, jadi tiap2 minggu, time pasar malam, dia dapat bihun sup free. untung,kan?

ekin tu cun. last sekali aku jumpa dia, dah nak jadi ustazah. dulu masa kecik2, gedik bukan main!

nak meniaga ni, pesan tok wan, ada adab dia. ada masa kita kena layan pelanggan yang datang, ada masa kita kena bagi masa untuk dia pilih barang. katanya lagi, kita kena hormat pelanggan, layan elok2. nak bagi barang atau duit baki, tak boleh main baling2 saja, kena bagi guna 2 belah tangan. nak panggil orang pun ada caranya. jangan jerit2 (kelui) depan muka orang.

bila masuk bab menjerit2 ni, teringat aku masa meniaga kat pasar juadah ramadhan kat tepi sungai golok, jitra. masa tu kami jual laicikang, ada la jugak jual cincau/lengkong/jeli hitam tu. kat kedah orang panggil benda ni lengkong, tapi masa tu dah ramai orang KL balik untuk beraya, jadi aku kena jerit jugak cincau, kalau tak orang KL ingat agar2. maka jeritlah aku, "lengkong!cincau!lengkong!cincau!", tak lama tu aku perasan orang yang lalu lalang beralih tengok aku dengan muka pelik. rupa2nya dalam aku asyik promot lengkong cincau tu, aku dah 'tersambungkan' dua perkataan tu jadi "lancau! lancau!"

jadilah aku seorang kanak2 berusia 14 tahun yang menjerit "lancau! lancau!" di pasar ramadhan.

kembali ke nat kodiang.

tok wan aku ni kira perintis peniaga nat kodiang ni, jadi tapak perniagaan kami ni pun kita tempat hot lalu lalang orang ramai. dalam nat ni ada beberapa seksyen, ada ikan, daging, pakaian - kebanyakkannya imported (dari siam), buah2 (dari siam jugak) dan makanan. gerai sebelah aku apek jual tembakau. "balut, isap~" jeritnya saban kali. tembakaunya ada macam2 gred. kau nak ringan ada, keras pun ada. boleh test dulu sebelum beli. "balut, isap~". rokok balut dengan tembakau fresh, perggghh... memang heaven! apek ni pun baik dengan aku. kalau dia datang aku kena cover kemaluan aku, apek ni tak betul sikit, melawak dia stail lucah. nasib baik aku kecik lagi masa tu, kalau tak aku raba balik dia punya. kah kah kah!

tapi apek ni baik, dia pernah bagi nasihat, kalau nak buat benda apa2, kalau boleh guna tangan. masa tu aku alihkan batu guna kaki (aku malas nak tunduk). dia kata orang guna kaki ni pemalas saja. hahahah.. patut dia balut rokok guna tangan. apek, lu hidup lagi tak? "balut, isap!".

dalam pukul 1tghari tu kami akan bersiap2 untuk pulang ke pangkuan keluarga. kalau untung banyak, tok wan akan belanja pasembor kodiang. (speechless) aku tak boleh gambarkan keenakkannya dengan bahasa dunya. fffuuuuhhhh.... pasembor dia lazat seperti dimasak menggunakan teknologi alien. memang tip top. tapi sekarang dah tak bes macam dulu. jangan la buang masa pergi beli, dah tak rock.

itu cerita dulu2. masa umurku sekitar 12 tahun. sekarang roh nat kodiang dah diganti gedung2 besar dan tinggi milik tauke2 taikon. nat kodiang berlatar belakangkan gua kerbau itu semakin lama semakin dilupakan. mungkin akan hilang terus. seperti kubu2 tinggi dan kastil2 megah, zaman kegemilangan empayar islam siam kedah di kota siputeh dan pulau maharaja.

::kredit gambar buat http://www.flickr.com/photos/aida_rahman/ dan http://www.omaq.org

4 comments:

bumilangit said...

ekin bihun sup tu tak sama dengan ekin yang kahwin dengan mawi.

nak bagitau je

Fazrulls said...

Salam bro,

Perhh nostalgia bro... kecik2 layan blues kan... menarik memang menarik masa kita zaman kanak2 dulu...

rastom said...

ada lagi nat tu, masih ramai dan menarik kalau dibandingkan dengan nat nat lain di utara, tapi kerana peralihan zaman, mungkin tak se glamour dulu dulu.

bumilangit said...

pak rastom,

awek yang dok jual bihun sup ada lagi ka?

dah menikah ke apa?