restoran cheng ho di wangsa maju amat mengecewakan aku. aku menyanjung tinggi sebenarnya restoran ini selepas mendapat pujian2 dalam sekitar laman blog, selain pernah menerima kunjungan Tok guru Nik Aziz. malam tahun baru cina, aku dan keluarga pergi makan di situ, makan besar!
biar aku ringkaskan agar kamu tak bosan membaca.
pertama, servis:
aku perlu membayar 5% caj servis untuk perkhidmatan yang teruk. kami terpaksa meminta agar pelayan datang menambah air teh (free refill) dan malam tu, kami cuma dapat refill dua kali. pendek kata, sang pelayan tidak sensitif dan susah nak dipanggil. keduanya, taufu mapo aku sampai setelah SEMUA lauk yang lain habis. tu pun sebab aku sedar yang lauk yang dipesan tak cukup, kalau tak, sampai bila pun tak dapat.
kedua, mutu makanan:
ketam tak segar. ikan siakap tak segar. jangan nak temberang aku dan bapak aku tentang tahap kesegaran ikan, kami pernah jual ikan kat pasar tani dan taman kosas. aku order dua tipe masakan ikan, pertama ikan siakap ala cheng ho; ikannya deep fried dan disira kuah pedas di atasnya. malangnya hidangan ini semasa dihidangkan sudah hampir suam menyebabkan kerangupannya sudah kurang. sepatutnya hidangan ini ada kontras rangup bahagian luar dan lembut dalam isi ikan (bahagian putih) namun benda ni tak ada! fail!
jenis masakan kedua ialah ikan siakap stim. TOLONG INGAT INI WAHAI SURIRUMAH: jangan stim ikan yang tak fresh. kuahnya pula gagal menutup rasa ketidaksegaran daging ikan membuatkan hidangan ini juga gagal.
satu yang aku bleh puji ialah hidangan ketam masak dengan telur masinnya. ini kali pertama aku hadapi masakan yang unik ni. rasa lemak/masin telur asin sedikit sebanyak dapat menutup rasa ketam yang tak segar tu. itu je lah.
menu kat cheng ho ni kadang2 menyakitkan hati pun ada jugak. kau bayangkan, dalam set sayur, ada hidang 'four fairies' dan bila aku tanya apa tu, pelayan dia jawab, salad petai dan dan lain2. rasa macam nak kena tipu pun ada!
ketiga, harga.
aku ambil set 7 orang, 6 jenis lauk, nasi dan free refill teh. RM166. dan tambah ketam, RM45. berbaloi? tak!
::aku masih merindui masjid niujie di beijing. walaupun sesat kerana 'gatal' nak naik trem (aku tak pandai baca tulisan cina), namun nikmat itik gantung dan 'satay' kambing bisa mengubat keletihan. nota: satay kambing dia hampir 1 kaki panjang dan hanya kira2 RM0.50 satu. kepada sesiapa yang berminat, aku cadangkan pergilah guangzhou kerana situlah bahagian China yang paling dekat dengan malaysia dan kat sana ada komuniti muslim.
penerbangan Malaysia Airlines terbang ke sana dengan pesawat Airbus A330-300 dua kali sehari, tujuh hari seminggu dengan mengambil masa hampir 4 jam::
Protected: fatal
5 weeks ago


No comments:
Post a Comment